Dalam banyak-banyak topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dulu, saya paling suka topik akhlaq. Di sekolah agama pun sama. Sebabnya, berbanding topik seperti fiqah, tauhid dan tajweed, matapelajaran akhlaq tidak begitu memerlukan kita untuk menghafal banyak fakta dan info. Atau dalam bahasa lainnya, boleh jawab dengan logik akal berdasarkan kefahaman kita terhadap sesuatu topik itu. Jawapannya juga subjektif, agak sukar untuk ustaz/ustazah 'claim' yang jawapan itu bukan jawapan kepada soalan yang ditanya.
Jadi ketika exam PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) dan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa), maka agak mudah lah juga untuk score bab akhlaq tersebut. Cuma.. cuma, bila dah besar ni baru perasan yang mengaplikasikan akhlaq yang ditulis di kertas-kertas jawapan adalah jauhhh lebih sukar daripada menulis dan memuntahkannya semata-mata.
Ok, kisahnya macam ni.
Saya dan keluarga baru saja pulang dari makan di sebuah kedai. Jadi tadi kami pun membuat pesanan kepada cik waitress yang datang ke meja kami.
Cik waitress: Minum? (wajah serius)
Ayah: Teh ais dua. Teh o ais dua
Ibu: Jus tembikai laici satu
Cik waitress: Jus habis (masih serius)
Ibu: Oh jus oren lah macam tu
Cik waitress: ..... habis (masih serius. Kerana keadaan kedai yang agak bising, saya gagal menangkap apa yang dikatakan cik waitress pada awal jawapannya. Hanya perkataan habis yang saya dengar di belakang).
Disebabkan tak berpuas hati sebab Ibu tak dapat apa yang dihajatinya, lantas saya bertanya
'Jadi jus apa yang ada ya?'
Maka jawapan cik waitress adalah... jeng3
'Jus habislah! Faham-faham lah yang sekarang ni musim raya!'
Aduh. Sungguh. Terkedu saya dibuatnya dengan jawapan yang diberikan. Belum pernah seumur hidup saya dimarahi oleh orang yang mengambil pesanan di kedai-kedai. Dan dalam hati saya juga macam nak balas je jawapan yang diberikan kepada saya dan ibu saya. Tapi disebabkan terkejut dengan respon yang tak diduga seperti tembakan.. bukan, seperti bom atom yang dijatuhkan dari udara yang tenang mungkin, lidah saya langsung jadi kelu.Astaghfirullah. Apa yang saya sedar ketika itu, selera saya terus mati. Dan disebabkan perangai saya yang cepat sangat terasa, macam terasa mata saya semakin panas, kabur dan macam ditakungi air mata yang saya pun tak tahu kenapa ia perlu bertakung di kelopak mata saya hanya kerana perkara remeh seperti ini. Sobs.
Tapi mungkin inilah cara Allah mentarbiyah saya. Kalau perkara seperti ini tak serius, saya mungkin tak kisah dan tak merefleks kejadian tersebut. Subhanallah, syukur untuk hati yang 'fragile' ini. Dan hakikatnya bila difikirkan, sungguh, akhlaq yang baik itu sangat sukar diamalkan macapada ini. Marah memang marah, namun saya sangat bersyukur kerana Allah telah membantu saya untuk tak balas jawapan yang sungguh 'rude' itu. Walaupun saya jelas akan hak saya sebagai pelanggan untuk meminta dia berbudi bahasa kepada kami sekeluarga, tapi alhamdulillah masih ada tompok-tompok sabar yang melekat di hati saya yang menghalang saya daripada menjawab pernyataan dan nada yang kurang sopan itu. Sukar untuk saya memaafkan diri saya yang 'claim' sudah ditarbiyah jika saya tidak berjaya sabar dalam situasi macam ni. Walaupun hampir-hampir je sebenarnya tadi. Huu
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah saya nasihat.” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan marah.” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan baginda tetap menjawab, “Jangan marah.”
(HR. Bukhari).
Selain daripada hadith ke-16 susunan Imam Nawawi ini, hadith ke-15 juga membahaskan perkara yang hampir sama, iaitu untuk berkata baik atau diam.
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas kefahaman yang diberikan. Sukar untuk saya bersabar tadi kalau saya tak pernah dengar dua hadith ni. *dua hadith ni yang duk berlegar-legar dalam kepala saya tadi* Daripada marah-marah, mungkin saya perlu meletakkan diri di tempat kakak waitress tu. Mungkin dia bekerja lama dari pagi, maka emosi dia pun kurang stabil jadi termarah kita pula. Mungkin dia ada urusan keluarga yang perlu dibuat tapi dipaksa bos untuk bekerja sampai malam (memandangkan em, musim raya kan). Mungkin, dan mungkin.. ada banyak kemungkinan yang menyebabkan akak tu bersikap macam tu kan
Apa-apa pun, tujuan saya menulis ini bukanlah nak menyatakan betapa baiknya akhlaq saya ni (wallahi, saya cuma insan marhaen yang punya baaanyak kelemahannya), cuma saya agak terkilan kerana belum ramai Muslim yang betul-betul mahu menjadikan Islam (dan seterusnya akhlaq seorang Muslim) sebagai cara hidup. Doa saya, semoga kakak waitress dapat menjadi kakak yang lebih ramah kepada pelanggan dan sentiasa murah dengan senyuman supaya kakak bolah dapat pahala daripada Allah dan supaya pelanggan kedai kakak tak lari, sebabnya, saya pun macam dah patah hati nak ke kedai akak lagi. -___-
Abu Dharr (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said to me, "Do not belittle any good deed, even your meeting with your brother (Muslim) with a cheerful face.''[Muslim].
*satu soalan, kalau anda yang membaca berada di pihak saya, apakah anda akan menegur si kakak waitress ini (supaya dia tidak mengulangi perbuatannya kepada pelanggan yang lain pula dan sudah tentu, kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam) atau anda akan mendiamkan diri seperti yang saya lakukan tadi. Sebab tiba-tiba terasa ada baiknya juga saya menegur perilaku tersebut. Hmm
4 comments:
yan,,chah pun pernah ade pnglaman hmpir sama dgn yan ni dan bersama2 dgn org yg brlainan.. Dgn si A kitorg same2 trkelu mcm yan,,dgnm si B,si B ni marah balik waitress tu..dan yg sedihny chah sndri x sedar spatutny chah menegur kedua2nya siB dan waitress tu//:(
yan,,chah pun pernah ade pnglaman hmpir sama dgn yan ni dan bersama2 dgn org yg brlainan.. Dgn si A kitorg same2 trkelu mcm yan,,dgnm si B,si B ni marah balik waitress tu..dan yg sedihny chah sndri x sedar spatutny chah menegur kedua2nya siB dan waitress tu//:(
sy pernah keje jd service staff n pernah jd customer...bg sy, elok tegur dia baik2.mgkin dia tak sedar apa yg dia buat n tlalu ikut emosi.tp memang sedih la kalau dpt pelayan camtu.tak appreciate customer langsung!! :(
Chah: Yup, kt pon rasa dlm situasi mcm ni, mmg kena tegur. Sbb mmg x elok pun kan attitude yg mcm tu. Tapi nak tegur tu yg kt takut senanyer. Takut teremosi pulak cara teguran tu. Hm tapi mungkin blh ckp lepas tu, atau masa nak blk. Masa tu maybe dua-dua dah cool down kan
Shima: Tu la, sedih akak tau. But yup, will definitely tegur attitude dia next time. Walaupun mcm masih rasa x mau lagi singgah kedai tu. Huu
Post a Comment