June 21, 2011

Review: Maria




Bismillah.


Novel bertajuk Maria yang ditulis oleh Emine Uzqan Syenlikoghu dan diterjemah oleh Mohd Rofizi Dollah ini adalah novel yang sangat berbaloi untuk dibaca.  Mengisahkan tentang pergolakan dalam diri Maria, seorang warganegara Jerman yang pada asalnya adalah seorang Kristian Ortodoks, yang kemudiannya hilang kepercayaan terhadap agama yang dianutinya. Kekeliruan Maria terhadap agamanya itu hanya disedari Maria selepas bertemu dengan Abdul Wahab, walaupun pada asalnya pertemuan Maria dengannya adalah bertujuan untuk mencabar aqidah Abdul Wahab sendiri. Maria juga terperangakap dalam misi ayahnya yang berfahaman Ateis dan cuba untuk menyebarkan ideologi tersebut ke seluruh dunia.


Bagi sesiapa yang tidak begitu menggemari buku jenis 'non-fiction' yang hanya memberitahu fakta semata-mata, maka buku ini adalah yang terbaik untuk anda. Info-infonya digarap dengan begitu baik dalam bentuk dialog menjadikan pembaca tidak begitu terbeban hanya dengan fakta semata-mata. Selain itu ada juga diselitkan kekeliruan Maria terhadap perasaannya terhadap Abdul Wahab, begitu juga Abdul Wahab kepada Maria untuk membuatkan plot ceritanya lebih menarik.


Ada lagi beberapa helaian untuk saya habiskan pembacaan saya ni. Kalau ada sebarang cadangan mengenai apa-apa buku yang menarik untuk pembacaan saya di waktu cuti ni, minta tolong tinggalkan komen di ruangan komen ya. Jazakumullahu khairan :)



0 comments:

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers