• Korea Selatan: Pandangan Sisi Dari Seorang Muslimah

    Written by Izyan Zainuddin  December 14, 2010   Comments »

    Syukur alhamdulillah, 4 hingga 11 Disember yang lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk melancong ke Korea Selatan. Pengalamannnya, memang tiada tandingan. Walaubagaimanapun, benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

  • Moist Banana cake

    Written by Izyan Zainuddin  May 26, 2011   Comments »

    Terbaru, saya sempat buat moist banana cake yang saya rasakan adalah satu kejayaan sebab dulu pernah juga saya buat kek pisang , tapi bila dah masak jadi macam bingka pulak :(Anyways, resepi ini sangat mudah. Kalau tak ada mixer, guna saja spatula untuk mengacau. Dan kalau tak ada oven, guna saja pengukus...

  • A Glimpse of Jalan TAR

    Written by Izyan Zainuddin  February 15, 2011   Comments »

    Saya selalu suka untuk 'bersightseeing'. Jadi, bila diajak untuk teman kakak saya beli tudung di Jalan TAR, sudah tentu saya tak menolak. Bukan nak beli barang sangat pun, tapi saja nak lihat keadaan di sana sebab dah lama sangat tak ke Jalan TAR, tambahan pula sekarang tengah cuti seminggu. Perfect timing, tak perlu pening dulu fikir pasal kelas dan klinik....

  • Kita Masih Belum Faham

    Written by Izyan Zainuddin  May 28, 2010   Comments »

    Kemenangan Rima Fakih dalam Miss USA baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Rima, seorang Arab-American telah dinobatan sebagai pemenang dalam pertandingan ratu cantik dan memewaskan puluhan yang lain. Tapi, kenapa kemenangan Rima mencetuskan kontroversi ya?

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

July 10, 2012

Perihal hati

| 0 comments


Bismillah.

Perihal hati itu bagi saya, sangat unik dan istimewa. Bila kita mula suka kepada seseorang, kita akan kata kita sudah jatuh hati kepada orang tersebut. Bila kita melihat kezaliman depan mata, kita akan mula menyimpan perasaan benci dan katakan orang tersebut tak ada hati dan perasaan. Kita juga akan katakan tak sampai hati sebagai kata lain untuk menunjukkan perasaan kasihan. Unik bukan. Seolah-olah hati itulah yang menyimpan segala jenis emosi dalam diri kita- benci, sayang, rindu, marah, kepuasan- hati kita seumpama bertindak sebagai karung yang menyimpan isi nya kemas-kemas. Dan bila tiba waktunya karung itu juga akan penuh, mungkin juga akan terkoyak dan dihamburkan juga isinya akhirnya. Begitulah juga hati.


Saya jelas ramai yang suka bila bercakap soal hati. Terutama bab jatuh hati tu ;) Tapi maaf, post ini mungkin tak dapat menjelaskan perkara tersebut.. Post ini, inshaAllahu taala akan membincangkan isu yang lebih kritikal daripada itu.

Pernah dengar IMAN?

Ya, iman. Ketahuilah antara semua perkara/perasaan yang hati ini mampu simpan, iman lah ketuanya. Andai kita mahu hati yang tenang, kuat dan tabah, perhatikanlah paras iman dalam hati kita. Selalu kita dengar orang mengeluh hatinya kosong. Hatinya kering. Dan dia tercari-cari apa sebenarnya yang hatinya benar-benar mahukan.

Saya teringat kisah yang saya baca tempoh hari dalam buku 'Searching For A Job', ditulis oleh Dr Muhammad Abdul Rahman Al-Arifi yang dapat saya terjemahkan kepada lebih kurang begini.

Seorang lelaki datang mengadu kepada Shaykh dan katanya hatinya seolah-olah kosong dan hidupnya tiada erti. Lalu Shaykh itu pun bertanya kepada lelaki tersebut.

"Apabila kamu ingin menyenangkan mata kamu, apa yang kamu lakukan?"


"Saya akan ke pantai dan menikmati pemandangan indah"


"Jika kamu ingin menyenangkan telinga kamu, apa yang kamu lakukan?"


"Saya akan mendengar muzik yang saya sukai"


"Jika kamu ingin menyenangkan fikiran kamu, apakah yang kamu lakukan?"


"Saya akan keluar ke pusat membeli-belah dan menonton wayang."


Begitulah jawapan lelaki tersebut. Lalu Shaykh itu pun bertanya lagi.


"Sekarang, jika kamu ingin menyenangkan telinga kamu, bolehkah kamu ke pantai dan menikmati pemandangan indah?"


Lelaki itu diam dan lantas menjawab,


"Sudah tentu tidak. Ia tidak berkaitan dan tidak masuk akal."


"Dan jika kamu ingin menyenangkan telinga kamu, bolehkah kamu keluar membeli-belah?"

Lelaki itu pun menjawab tidak untuk soalan tersebut. Shaykh itu langsung menyambung.

"Lalu, bagaimana kamu ingin mendapat hati yang tenang jika pintu/laluan untuk sampai ke hati kamu semuanya dari arah yang salah dan tidak masuk akal?"

SubhanAllah.

Saya langsung terfikir. Barangkali kita terlupa bahawa telinga, mata dan anggota badan yang lain semuanya adalah pintu untuk sampai ke hati kita. Maka bila hati kita mahukan sesuatu, sepatutnya kita masuki hati itu melalui pintu yang sebenarnya.

Entah siapa yang mengajarkan, bila hati kita tak keruan, kita haruslah keluar ke panggung-panggung wayang dan keluar membeli-belah. Mungkin juga perlu berkaraoke dan hadiri konsert-konsert artis yang diminati. Namun persoalannya, benarkah itu akan memberi ketenangan? Dan kalaupun kita berasa seronok dan dapat melupakan masalah kita ketika di tempat tersebut, adakah kita kan masih berasa tenang keesokan harinya?

Antara sebab mengapa saya menulis tentang ini adalah kerana saya melihat ramai yang belum jelas dari mana datangnya sumber ketenangan. Lalu mereka cuba memasuki hati mereka melalui pelbagai pintu, dari pelbagai arah tanpa mengetahui apa yang di'feed' kan kepada hati mereka hanya tambah melemahkan lagi hati yang sedia 'fragile' itu..


Dalam Al-Quran, Allah berfirman

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd :28)


Maka di sini saya saya sediakan beberapa point untuk bagaimana mengingati Allah dan secara langsung untuk meningkatkan keimanan dan ketenangan hati kita, biidznillah.




1)Zikir pagi dan petang
Selepas solat subuh, jangan terus tidur my dearests. Waktu pagi itu sangat penuh dengan keberkatan. Apa salahnya luangkan 15 minit lagi untuk amalkan zikir daripada sunnah Rasulullah saw. Sedar tak sedar, lepas dah berzikir anda pun tak lagi mengantuk dan boleh sambung kerja lain seperti study, jogging, kemas rumah dan sebagainya. Kalau berkesempatan ke Pustaka Mukmin di Masjid Jamek atau mana-mana kedai buku, carilah buku kecil bertajuk Hisnul Muslim/ Perisai Muslim. Dalam buku  tersebut ada disertakan zikir yang diamalkan Rasulullah saw pada waktu pagi dan petang dan doa-doa yang lain. Kalau tak ada dijual, mungkin boleh maklumkan kepada saya dan inshaAllah akan saya belikan. Kalau tak ada duit nak beli pun boleh beritahu saya. InshaAllah saya boleh beri kepada anda secara percuma :)



Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf: 205)


2)Moment of solitude
Ketika hati saya tak keruan, selalu saya pastikan saya mempunyai MoS ini untuk 'reshuffle' semula prioriti dan tujuan hidup saya. Pada waktu inilah hati kita benar-benar bersuara, tanpa hiruk-pikuk pusat membeli belah ataupun laungan muzik yang kuat- dan pada waktu inilah kita boleh betul-betul mendengar apa yang hati kita mahukan.. Apa yang saya maksudkan dengan MoS ialah keperluan untuk mengasingkan diri kita daripada orang ramai untuk beberapa ketika. Lawatilah taman-taman rekreasi sambil melihat langit, pokok-pokok rendang dan disapa angin sepoi-sepoi bahasa, atau paling mudah boleh dilakukan di bilik anda sendiri- sambil merenung kipas siling yang berpusing itu, berinteraksilah dengan hati anda, tanya, apakah yang hati anda mahukan? Dan saya yakin jawapannya tidak lari daripada mahu mencari Tuhan, sumber ketenangan itu sendiri..


3)Solat malam
Dan yang paling penting, mintalah kepada Allah sendiri untuk hati yang tenang. Sebagai seorang Muslim, yakinilah bahawa segalanya tak akan dapat tercapai tanpa berdoa kepada Allah. Lalu bangunlah dan mintalah kepadaNya di 1/3 malam terakhir dan ikutilah dengan membaca ayat-ayat cintaNya kepada kita. Ketahuilah bahawa Allah akan turun ke syurga yang paling rendah untuk mendengar rintihan kita pada sepertiga malam yang terakhir itu. Bukankah ia satu kerugian yang besar jika kita terus lena sedangkan Allah sedang menunggu untuk memperkenankan doa kita?


My dear brothers and sisters, biarkan hati anda bersuara untuk kembali ke fitrahnya, untuk mencari Tuhannya. Berhentilah menafikan apa sebenarnya yang hati anda mahukan. Carilah jalan keluar. Apa yang saya tulis hanyalah cadangan dan alhamdulillah ia sangat berkesan kepada saya. Hati saya milik saya, hati anda milik anda. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana mahu mengawalnya dan memandunya ke arah yang dituju.


Dalam satu hadith Qudsi disebutkan,




"Aku dalam sangkaan hamba-Ku, dan Aku akan selalu bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Kemudian apabila ia ingat Aku dalam dirinya, Aku pun mengingatnya dalam diri-Ku, dan jika ia ingat kepada-Ku dalam satu kaum, maka Aku akan mengingatnya dalam kaum yang lebih banyak dari pada kaum itu. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika ia mendekati-Ku satu hasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, aku akan datang kepadanya dengan lari-lari kecil." (Riwayat Bukhari dan Muslim)




SubhanAllah. Hebatnya kasih sayang Allah. Saya doakan Allah sentiasa akan tunjukkan jalan kepada siapa yang sedang mencariNya. I've searched for Him and I've found Him alhamdulillah. And soon, you will too. I totally believe that. InshaAllah :)





IZ: Dan untuk saya lebih mengenali hati saya ini, inshaAllah hujung minggu ni saya akan menyertai Heart Therapy course yang disampaikan oleh Shaykh Yahya Adel Ibrahim daripada Al-Kauthar Institute. Info selanjutnya di sini. Tak sabar nak pergi. Siapa yang berkesempatan, ayuhlah! :)










Read More

August 1, 2011

Ramadhan dan Membina Syukur

| 2 comments
Bismillah

Alhamdulillah. Seribu kali syukur kerana sekali lagi kita berjaya ditemukan lagi dengan Ramadhan 1432 H. Subhanallah, tidakkah Allah itu Maha Pengasih sifatNya, masih lagi memberikan kita peluang demi peluang untuk merebut ganjaran di bulan yang mulia ini? Sungguh, rugilah orang-orang yang mensia-siakan kedatangan bulan yang pernuh barakah ini dengan bersifat sambil lewa dalam beribadah, malah kalah dengan godaan nafsu.


Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Kini Ramadhan sudah menjengah, sebaiknya kita utarakan sedikit persoalan kepada diri, apakah perasaan kita ketika datangnya Ramadhan. Rindu kah? Terujakah? Terbeban kah sebab dah tak boleh makan-makan di waktu siang lagi, atau biasa-biasa saja, tiada apa-apa perasaan? Mari sama-sama muhasabah kembali.

Sewajarnya kita sambut Ramadhan ini dengan perasaan teruja. Teruja bukan kerana pada bulan inilah berlakunya pesta makanan dan promosi jualan murah, tapi teruja dengan promosi-promosi yang ditawarkan Allah.



Daripada Ibn Umar, bahawa Rasulullah saw bersabda;

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.
( Hadith riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim)



Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa)



Ramai yang tidak sedar yang tinggal dan berpuasa di Malaysia adalah satu nikmat dan rahmat. Pernahkah agaknya terlintas di benak fikiran kita ini untuk berpuasa sehingga 16 ke 20 jam sehari? Tentu tidak, bukan. Puasa dari 5.30 pagi ke 7.30 malam pun dikira lama, apatah lagi sehingga 20 jam.Tapi itulah yang perlu di hadapi oleh saudara-saudara kita di negara-negara yang mengalami musim panas sekarang, yang mengalami waktu siang yang panjang. Atau pernahkah kita terfikir untuk berpuasa dalam keadaan kemarau, ditambah pula dengan masalah kebuluran dan malnutrisi. Tapi bayangkan, itulah yang terpaksa dilalui oleh saudara seagama kita di Somalia dan beberapa negara Afrika Selatan yang lain!

Justeru, dengan kedatangan Ramadhan kali ini, mari sama-sama kita tanamkan sifat syukur yang sangat mendalam dalam diri kita dengan segala nikmat yang dikurniakanNya. Sekiranya saudara kita yang dalam kedhaifan masih lagi cemerlang imannya, punyai graf iman yang seringkali konsisten, mengapa tidak kita yang ada hampir segalanya beribadah seperti mereka, atau sepatutnya, lebih baik daripada mereka memandangkan 'blessings' yang diberikan kepada kita?

Ayuh, mari sama-sama gunakan kesempatan yang diberikan Allah kepada kita ini untuk beribadah dengan sehabis baik! Andai ini Ramadhan terakhir kita, mahukah kita untuk sambil lewa meraikannya?


Till then, Ramadhan Kareem!






IZ: Ingatan untuk diri juga. Mari bersyukur dan mengingati mereka yang dalam kedhaifan. Ramadhan ialah pesta ibadah, bukan pesta makanan ya


Read More

May 8, 2011

Pilihan dan keputusan di tangan kita

| 0 comments
Bismillah

Hidup ini tak pernah sunyi daripada membuat keputusan. Setiap hari, kita dihidangkan dengan bermacam-macam pilihan dan terpulang kepada diri sendiri untuk membuat keputusan yang kita fikir terbaik untuk diri kita.


Cuma dalam erti kehidupan sebagai seorang muslim, kita seharusnya bijak membuat keputusan yang hasilnya adalah selari dengan tuntutan Islam. Sebagai contoh, kita mungkin pernah duduk di depan almari selama berjam-jam untuk memilih baju apa yang sesuai dipakai pada hari tersebut. Atau mungkin, kita boleh berdiri lama di depan kaunter makanan segera kerana keliru dan rasa nak cuba pelbagai makanan yang ada. Dan mungkin juga kita lambat berkahwin kerana harus memilih dengan teliti nak pilih siapa sebagai teman hidup.


Kesimpulannya, terlalu banyak keputusan yang harus dibuat; dari kita kecil sehinggalah pada suatu ketika otak kita tak dapat berfungsi lagi.


Mungkin ada yang berpendapat contoh di atas tak ada kena mengena dengan Islam. Tapi cuba kita berfikir sejenak. Pilihan baju yang dipilih, adakah ia mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam? Katakan kita ingin melangkah ke interview dan ingin kelihatan 'smart', jadi haruskah tudung dilayangkan dan baju ketat yang dipilih? . Dan bagaimana tentang makanan yang dipilih, adakah ia anda yakin halal dan tidak memudaratkan..dan teman hidup, adakah si dia mempunyai ciri bukan saja sebagai suami/ isteri anda, tapi bapa/ibu yang mithali kepada anak-anak anda. Atau pilihan anda hanya terjurus kepada betapa kacak/ cantiknya si dia? Oh alangkah ruginya andai begitu banyak masa yang terbuang hanya untuk kita membuat keputusan tapi akhirnya bukanlah redha Allah yang kita perolehi


Dalam Al-Quran, Allah berfirman:


Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (Al-Balad: 10)



Jadi di sini, Allah mengajak kita untuk membuat keputusan dengan memberi dua saja pilihan. Mudah bukan, sebab hanya ada dua pilihan, kalau bukan yang ini, kita perlu pilih yang satu lagi, kalau bukan yang satu lagi, tentu keputusannya yang tadi. Dalam Al-Quran Allah berfirman lagi:



Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(As-syams: 8-10)





Dalam ayat di atas, Allah sudah memberitahu kita keputusan apa yang harus kita pilih andai diberi pilihan. Maka mengapa begitu sukar untuk kita membuat keputusan yang diredhaiNya. Mengapa kita selalu tunduk dengan pilihan yang membuatkan kita semakin lupa, lalai dan jauh daripada Dia? Tidakkah kita mahu menjadi golongan yang beruntung?



Jadi ingin saya ingatkan diri saya dahulu supaya sentiasa menggunakan akal yang dikurniakan Allah ini untuk membuat keputusan yang terbaik, yang sentiasa menjadikan agama sebagai perkara terpenting sebelum membuat sesuatu keputusan. Andai ada sesiapa saja yang mengajak kita kepada sesuatu yang dirasakan tidak begitu bertepatan dengan syariat Islam, maka buatlah keputusan yang TEPAT dengan mengelakkan daripada melakukan perbuatan tersebut. Remember, if you are here in this life to please the Creator, all the creations will love you, BUT if you are in this world just to please the creations, neither the Creator nor the creations will love you.


May all of us benefited from this. Allahu'alam







Read More

May 19, 2010

If only...

| 3 comments
Abu Hurairah reported: The Prophet (peace and blessings be upon him said) "A strong believer is better and dearer to Allah than a weak one, and both are good. Adhere to that which is beneficial for you. Keep asking Allah for help and do not refrain from it. (If you are afflicted in anyways), do not say: 'If I had taken this or that step, it would have resulted into such and such,' but say only: 'Allah so determined and did as He willed. The word 'if'; opens the gates of satanic (thoughts)" (Muslim)




Subhanallah, how accurate can this hadith be? I always said that before.. if only this, if only that.. not knowing that it opens the gates of satanic thoughts! Astaghfirullah.. Forgive me Ya Allah..



Do you realize that saying these kind of 'if' words made us feel regret on the things that we've done? No, not the sin that we do for sins are surely the things that we must feel regret about. And if you feel regret about the sin, repent for it for Allah is indeed the Most Merciful. But what I mean here is, its like when things that we hope for did not turn out as it should be, we started to say these kind of words. For example, ' If only it was me who drove the car, the accident would not have happened!'



Whether we realize it or not, when we say these words, we are actually questioning our 6th pillar of iman, that is to believe in qada' and qadar. And that is obviously shaking our aqidah in this religion- na'uzhubillah! Some people have already told me that saying 'kalau' is not good, and now I totally understand why, together with the solid reason given by our beloved prophet.



Now as we understand this, life is much easier isnt it? No regret, just keep going on and try to persevere in what we do. If Allah has said ' kun fayakun', then it surely is going to be like that. So whats with the regret?







IZ: Hari ni nak pergi cari kerja, tapi tak tahulah ada ke tak orang yang nak ambil pekerja yang boleh kerja tak sampai dua bulan pastu 16 jun dan 3 hari selepas tu nak cuti. Hmmp.

Read More

May 1, 2010

Sama, tapi tak serupa

| 3 comments
Salam alaik. Akhirnya ada juga masa untuk coretken sesuatu di sini. Alhamdulillah, saya baru saja selesai peperiksaan akhir semalam. Nak kata lega tak juga, sebab keputusannya tak tau lagi. Tawakkal saja lah nampaknya sekarang ni. Tapi kan, sepanjang saya menghadapi peperiksaan seminggu yang lalu, ada sesuatu perkara yang sering berlegar-legar di fikiran saya. Mari saya kongsikan.


Perasan tak, bila mana kita menghadapi peperiksaan keadaannya sangat dahsyat (berdasarkan pemerhatian saya bila tengok cara orang study) Tidur pun macam tak tidur, makan pun macam tak makan, ibadah..? Ha yang tu saya tak tau, tepuk dada, tanyalah iman bagaimana prestasi ibadah kita pada minggu peperiksaan dan study week pada setiap kali menjelang peperiksaan.


Pokok pangkalnya, usaha kita memang sangat hebat untuk menghadapi exam. Lebih-lebih lagi, yang usahanya last minit. Kopi, tongkat ali, spirulina.. semuanya ada dan digunakan untuk memberi kesegaran waktu study. Alasannya mudah, sebab tak mahu gagal.


Tapi.. adakah usaha kita sehebat itu untuk tak mahu gagal di akhirat nanti? Saya selalu terasa exam itu macam kiamat kecil. Semua orang kelam kabut. (Ni cakap kat diri sendiri jugak sebenarnya ni :[ ) Kita berusaha sehabis baik, baca semua sebab tak tahu apa soalan yang bakal diajukan. Lecturer pun tak kan bagitau punya soalan apa yang keluar.


On the contrary, untuk berjaya di akhirat nanti, Allah dah pun bagitau kena buat apa, dah bagitau soalan bocor pun. Tapi kenapa ya, usaha kita selalu ala kadar saja, biasa-biasa saja? Dalam Al-Quran, Allah berfirman:




Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). As-Saff : 10-11




Cuba kalau lecturer kita bagi soalan bocor, wah.. dah tentu kita hafal habis-habisan jawapan soalan-soalan tu dan jawab sesempurna yang boleh waktu exam nanti. La ni bila Allah dah bagi soalan bocor , tak pulak kita berusaha sungguh-sungguh untuk penuhi soalan-soalan tu. Aish.. manusia-manusia.. (and that includes me, of course :(( )



Tapi sudah tentu, kiamat yang sebenar dan 'kiamat kecil' ini ada sedikit persamaan bila difikir-fikir. Kalau seseorang tu dah cukup berusaha sepanjang pengajiannya, exam sudah tentu dapat dihadapi dengan tenang dan results pun inshaAllah cemerlang. Begitu juga akhirat yang sebenar nanti. Kalau seseorang itu dah cukup berusaha di dunia untuk lakukan segala perintahNya, tinggalkan segala laranganNya.. sudah tentu dia akan berjaya dengan cemerlang di akhirat nanti. Ini janji Allah. Maka siapakah kita dan layakkah kita untuk persoalkan janji-janjiNya?



Sekali lagi, tepuk dada, tanyalah iman. Rasa-rasanya akal yang Allah beri kepada kita bukannya percuma. Mari sama-sama gunakannya untuk berfikir dan muhasabah diri semula. Semoga Allah beri kita kekuatan dan kesempatan untuk penuhi 'soalan-soalanNya'.. supaya kita semua ni boleh dapat distinction kat akhirat nanti, wallahu'alam.




Read More

January 19, 2010

Rahmat dalam kesibukan

| 0 comments
Sering kita mengeluh dengan rutin kehidupan kita yang sibuk. Kerana kesibukan dengan tugas sebagai pelajar (saya mengambil kira dari sudut pelajar kerana saya sendiri seorang pelajar), kita tak dapat buat itu dan ini. Kita terlepas peluang ke situ dan ke sini.


Tapi cuba kita lihat situasi ini dari sudut yang berbeza.


" Ala..banyaknya assignment tak settle lagi. Dah lah kena submit esok. Melepas lah tengok AJL malam ni.."



"Alamak.. petang ni ada kelas ganti pulak. Baru plan nak keluar tengok movie.. Adush"



Sedar tak sedar, kesibukan yang kita lalui sebenarnya telah menyelamatkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang hakikatnya melalaikan dan tidak diredhai Allah.


Maka, marilah bersyukur andai kita punya banyak komitmen untuk dilaksanakan berbanding mengeluh; kerana dalam kesibukan itu ada rahmat.


Satu perkara yang penting, bukanlah kesibukan itu menjadi alasan untuk kita menjadi semakin jauh daripadaNya. Sesibuk mana pun, badan kita perlu tenaga. Oleh sebab itu, kita tetap makan untuk memenuhi keperluan fizikal walau sesibuk mana pun kita.


Hati kita juga begitu. Kerana kesibukan dengan urusan dunia, hati kita hakikatnya dahagakan santapan rohani. Oleh itu, kita perlukan diri ini sentiasa diingati dan dijamah dengan ilmu akhirat kerana kesibukan dan kejayaan kita di dunia bukanlah penentu selamatnya kita di akhirat nanti.


Maka dengan itu, marilah hadapi hidup ini sehabis baik dan raikanlah kesibukan yang dalamnya ada rahmat. Moga-moga kita bukanlah dalam kalangan orang-orang yang menyesal di hari kemudian. Ameen.




Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka kerjakan.
(Surah Hud:15-16)

Read More

August 20, 2009

Sinonimkah?

| 1 comments







Ahlan ya ramadhan! Wah, tak terasa sungguh dah setahun Ramadhan yang lalu ditinggalkan. Kini Ramadhan menjelma lagi, membuatkan kita membina 1001 hajat dan semangat untuk melalui bulan ini dengan sebaik-baiknya. Saya juga macam tu. Berkobar-kobar ni. Dan harap-harapnya semangat ini tak luntur sampailah habis Ramadhan nanti, inshaAllah. Sesungguhnya Ramadhan bukanlah sebenarnya bulan peperangan dengan diri dan nafsu kita sendiri, sebaliknya ia bulan untuk mempersiapkan diri menghadapi sebenar-benar peperangan untuk 11 bulan yang akan datang.


Entri kali ini bukan tentang Ramadhan, sebab saya pasti ramai sahabat di luar sana yang banyak pengetahuannya tentang kelebihan ataupun hikmah bulan ini yang boleh dikongsikan kepada semua. Tapi ia tentang tabiat manusia yang selalu berlaku di sekeliling saya. Entahlah. Saya suka perhati di sekeliling saya dan selepas itu terjemahkan dalam bentuk tulisan (cewah.. padahal baru je start blogging ni pun :p). Dan yang pasti, bukanlah niat saya untuk menghukum, jauh sekali mencela sesiapa sebab tujuan saya tulis ni pun untuk menegur diri saya yang asyik sangat buat silap ni. Haihh~


Sinonimkah ya perempuan dengan mengumpat? Bukan apa, kalau tengok perempuan berkumpul sikit, dan ada lelaki yang lalu.. selalu dia cakap macam ni.. "Haa.. buat ketupat la tu!" Saya taklah kecil hati kalau betul kami ni buat ketupat dan dia nak tegur atau nak rasa sikit ketupat tu, tapi yang dimaksudkan dengan ketupat oleh si lelaki tadi tu bukanlah ketupat yang boleh dimakan dengan kuah kacang ataupun lodeh tapi sebaliknya aktiviti mengumpat. Aduhai lelaki.. lain kali husnuzzhan sikit ye?


Tapi kalau difikirkan balik, lelaki itu mungkin hanya menyuarakan apa yang dia rasa. Ataupun apa yang sering dia lalui. Mungkin dia pernah/banyak kali terdengar perempuan yang ramai-ramai mengumpat dan tak pasal-pasal perempuan-perempuan yang dilihatnya berkumpul, semuanya dikira melakukan aktiviti mengumpat. Dan ini membuatkan saya merefleks semula diri saya. Adakah saya pernah berada di kelompok itu? Kelompok yang pada awalnya bersembang, tapi lama-kelamaan sembangnya lebih kepada hal orang lain, dan bukan tentang perkara yang bermanfaat.


And to my offense, the answer is yes. Astaghfirullah.. may Allah forgive me! Kadang-kadang kita cuba untuk lari daripada mendengar cerita tentang orang lain, tapi tak jumpa alasan untuk pergi dari situ, dan lidah ini pula seakan kelu nak bersuara. Kelu untuk menyeru orang di sekeliling kita untuk berhenti. Kelu untuk katakan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut kita ini dihitung dosa pahalanya. Astaghfirullah.. ternyata iman saya masih lemah dan akhirnya, saya hanya mendengar cerita-cerita yang disampaikan. Again, may Allah forgive us all. Akan kucuba perbaiki diri ini ya Allah..


Ada juga orang yang bila ditegur, responnya selalu "Eh.. mana ada mengumpat, ni benda betul ni.." Hakikatnya, benda yang betul itu pun, bila menceritakan keburukan orang lain, itu masih dikira mengumpat kan? Kalau ceritanya tak betul, fitnah namanya tu.. Saya tak punya pengetahuan agama yang luas, tapi daripada apa yang saya pelajari, kita hanya boleh mengumpat apabila untuk selamatkan keadaan. Maksudnya, kalau kita pasti dan ada bukti yang kukuh seorang rakan kita ni seorang pencuri, maka haruslah kita sampaikan kepada orang lain supaya mereka lebih berhati-hati dengan si pencuri tadi.( tolong betulkan ya jika saya salah)


Malangnya, aktiviti mengumpat seakan-akan menjadi norma dalam kehidupan seharian kita. Kalau di hari-hari perayaan, bila dah berkumpul ramai-ramai tu, memang banyak benda yang dibualkan, termasuklah hal-hal orang lain yang tak patut diceritakan. Dalam Al-Quran, Allah berfirman:



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. Al-Hujurat:12.


Walaupun dalam ayat di atas tidaklah disebutkan mengapa/sebab kita tidak dibenarkan mengumpat orang lain, namun realiti kehidupan hari ini telah pun membenarkan larangan Allah dalam ayat di atas. Sebagai contoh, kita dapat melihat bagaimana kesannya umpatan seseorang kepada seorang yang lain. Bagaimana umpatan yang dibuat menjadikan kehidupan seseorang bercelaru kerana orang lain memandangnya dengan sinis, dan bayangkan perasaannya jika dia tahu orang lain memperkatakan yang buruk-buruk tentang dirinya? Pasti susah untuk dia berdepan dengan orang lain, dan akhirnya perasaan benci-membenci mula wujud dalam ummah kita. Aduhai.. siapalah kita untuk menghukum orang lain. Jika benar dia ada keburukan, tegurlah secara berhikmah. Kalau keburukan itu bukan daripada dirinya (ada masalah keluarga, pelajaran.. etc) tak perlulah untuk dibincangkan bersama orang lain. Sebabnya dia tak tau pun apa yang diumpatkan dan yang paling penting, ia sama sekali tidak mengelokkan keadaan, malahan dapat menyebabkannya bertambah buruk.


Secara jujurnya, takut juga untuk post entri ini. Takut-takut apa yang ditulis ini akan diuji oleh Allah ke atas saya suatu hari nanti. Namun, seperti yang dikatakan tadi, saya menulis ini untuk menegur diri sendiri sebenarnya. Kalau-kalau suatu hari nanti terlajak cakap, sekurang-kurangnya saya ingat yang saya pernah menulis tentang ini, dan saya MESTI mempraktikkan apa yang saya cakap. Dan anda yang baca entri ini, saya sangat-sangat mengalu-alukan teguran anda jikalau ada kesilapan yang saya lakukan suatu hari nanti. Mungkin Ramadhan ini adalah titik tolak terbaik untuk jadi diri kita yang baru? Setakat ini dulu. Wallahu'alam..





IZ: Err pelik pulak tgk combination warna ni. Takpela, sekali sekala cuba kelainan. Hee :D



Read More

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers