February 9, 2012

Kembara India 2012



Bismillah

Alhamdulillah, sudah seminggu saya kembali dari kembara di bumi India. Kalau bukan kerana besarnya kasih sayang Allah, tidak mungkin saya dapat ke sana, melihat budaya berbeza dan mengenali insan-insan istimewa di sana. Maka saya kembalikan puji-pujian dan syukur kepada Allah- Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Dan sombongnya saya jika setelah seminggu lamanya saya di sana tapi tak pun mengambil peluang untuk berkongsi ibrah dan pengalaman di India. Maka saya coretkan post ini, mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang membaca inshaAllahu ta'ala.


Perginya saya dan keluarga ke India pada 27 Januari yang lalu bukanlah kerana apa-apa misi penting seperti yang ditanyakan kepada saya oleh rakan-rakan, tapi sekadar mengikut kehendak ayah tersayang yang mahu sangat melihat Taj Mahal secara 'live' Jadi ketika diajak untuk ikut serta, memang laju saja saya nyatakan persetujuan. Siapa yang tak suka travel, ye tak? Tambahan pula insan yang tak berharta macam saya ni memang haruslah mengharapkan belas ihsan ayahanda dan bonda untuk belanja trip ke sana. Huhu.


Menjejakkan kaki ke India jam 8.30 malam waktu tempatan (2 jam 30 min awal dari waktu Malaysia), kami ( saya, ibu, ayah,kakak serta pakcik dan makcik) disambut cuaca damai dan selesa dengan suhu 15 darjah celcius. Terus check-in di Hotel Rockwell Plaza di Karol Bagh, New Delhi, hari pertama berakhir dengan merefleksi apa yang sudah saya lalui pada hari tersebut. Daripada gelagat penumpang di dalam pesawat yang tak henti-henti memesan beer sehingga pramugara tidak mahu lagi menjual kepadanya sehinggalah ke pemandangan menyedihkan ketika masuk ke bandar New Delhi. Tidak pernah seumur hidup saya melihat sebegitu ramai orang yang 'homeless' di satu bandar dan tambah lebih menyedihkan, apabila mereka terpaksa menyalakan unggun api untuk memanaskan badan. Tiada baju panas, tiada heater, tiada tempat perlindungan. Hanya selimut lusuh dan unggun api yang mampu mereka miliki untuk merasa sedikit selesa. Allah..



Hari 2
Hari kedua kami dibawa untuk bersiar-siar di kota New Delhi. Bermula dengan melawat Jama Masjid di Old Delhi dan menaiki beca di Chandi Chowk, kemudian ke India Gate. Rancangan untuk ke Raj Ghat iaitu tempat memorial Mahatma Gandhi dan President's House terpaksa dibatalkan kerana penutupan tempat tersebut sempena Hari Republik India yang disambut dua hari sebelum kedatangan kami.


  Jama Masjid 


Dengan India menjadi negara yang padat populasinya, tidak dapat tidak, kami harus berdepan dengan trafik yang padat dan lautan manusia di mana saja kami berada. Sehingga boleh saya katakan, mata saya langsung jadi letih kerana melihat terlalu ramai manusia. Kami difahamkan di bandar New Delhi sahaja, populasinya ada lebih kurang 20 juta orang, sedangkan di seluruh Malaysia populasinya hanya lebih kurang 28 juta orang. Jadi tidak hairanlah begitu ramai manusia yang kelihatan di bandar tersebut, dan mungkin atas sebab itu  dan kesukaran mendapat pekerjaan, ramai yang terpaksa minta sedekah demi sesuap nasi.



Hari 3
Jam 9 pagi, kami bersedia untuk check-out dan menuju ke Agra. Perjalanan ke Agra mengambil masa dalam lebih kurang 5 jam. Dan pada pendapat saya, pengalaman paling berharga saya di India adalah ketika berada dalam bas. Melihat ragam manusia yang pelbagai di jalan raya adakalanya mencuit hati, dan ada juga yang menyedihkan.


Meneliti pembangunan di India, sukar untuk saya nyatakan tahap kemodenan mereka. Adakalanya rumah-rumah mereka besar-besar belaka dan mall mereka pula tak kurang canggihnya, dan kadang-kala rumah setinggan yang diperbuat daripada ranting-ranting pokok dan plastik-plastik pun banyak juga di India. Jurang kehidupan mereka terlalu ketara. Rata-rata mereka yang bekerja bukan untuk produktiviti negara, tapi lebih kepada untuk mendapatkan rezeki untuk hari itu saja. Maka adik-adik seawal umur 7 tahun yang sepatutnya ke sekolah sudah mula membanting tulang bekerja itu dan ini, menjual itu demi mencari rezeki untuk diri dan keluarga.


             
                                     Pemandangan 'unik' ketika masuk ke kota Agra


Sampai di Agra dan check-in di hotel, kami dibawa melihat kebanggaan India, Taj Mahal. MashaAllah, memang tak dapat  dinafikan kecantikan monumen Taj Mahal tersebut. Walaupun ramai yang terpesona dengan kisah cinta Shah Jahan kepada isterinya, tapi entahlah, saya kira agak kejam sebenarnya untuk merekrut beribu-ribu rakyat yang akhirnya menyebabkan kematian mereka semata-mata untuk membuktikan kesungguhan cintanya kepada si isteri. Walaubagaimanapun, saya tetap kagum dengan kebolehan mereka pada zaman tersebut. Kaligrafi Quran yang sangat indah dan marbel-marbel yang diukir di dinding Taj Mahal memang membuatkan saya faham kenapa Taj Mahal diiktiraf sebagai keajaiban dunia.





Hari 4
Hari keempat kami bersedia untuk ke Jaipur yang memakan masa 5 jam dari Agra. Sempat berhenti sebentar untuk mencuba samosa yang sangat sedap dan kopi panas yang menambahkan kesegaran dan tenaga untuk meneruskan perjalanan.

Saya masih ingat pengalaman ketika sudah sampai di kota Jaipur. Disebabkan masa sudah suntuk untuk jamak akhir di hotel, kami membuat keputusan untuk solat di salah satu masjid di sana.

Pada awalnya saya agak gembira juga bila dah masuk ke Jaipur, melihat banyaknya universiti dan kolej-kolej, jalan rayanya juga agak moden, jadi di sudut hati saya berbisik ..'InshaAllah masjid dia bersih kot..' Alhamdulillah akhirnya setelah masuk ke kampung-kampung di sana, akhirnya kami berjaya menunaikan kewajipan kami di sebuah masjid mini di sebuah kampung, walaupun tak begitu cantik dan bersih seperti sangkaan saya, tapi masih ok untuk kami tunaikan kewajipan kepada Allah. Alhamdulillah.



 Salah satu perkampungan di Jaipur

Peristiwa lucu yang tak dapat saya lupakan ialah ketika kami keluar saja daripada masjid, boleh kata hampir seluruh kampung menunggu di luar masjid untuk melihat kami. Mungkin sudah berpuluh tahun agaknya tak pernah ada orang yang features nya berbeza daripada mereka yang masuk ke kampung tersebut, jadi kami dilihat sangat pelik pulak -_- Huhu. Sayu hati melihat penduduk dan kemudahan di sana. Masjid yang kecil dan sudah luntur warnanya, kitab-kitab yang sudah usang.. dalam hati, saya berdoa moga-moga akan ada Sang Pencerah yang datang ke kawasan tersebut, menyeru kepada Islam yang sebenarnya, menyubur 'izzah dalam hati setiap Muslim di sana. Allahumma ameen.


Destinasi kami seterusnya ialah ke kedai jewellery. Uniknya, kedai jewellery di sana terdapat di kawasan yang agak terpencil dan berada di kawasan perumahan. Oleh kerana saya dan keluarga bukanlah peminat jewellery, maka banyak masa dihabiskan dengan berjalan di kawasan sekitar. Sekali lagi, adik-adik yang sedang bermain di luar rumah begitu teruja bila nampak kami. Dan bertambah-tambah teruja lagi bila dihulur coklat dan biskut kepada mereka. Tatkala saya minta untuk bergambar dengan adik-adik ni, bukan main seronok semuanya. Safiyya (yang saya tahu namanya lepas abangnya memanggilnya dengan nama tersebut) terus ambil tudung baru, berwarna pink. Mungkin kerana ingin kelihatan cantik dalam gambar nanti. MashaAllah, those kids are cute ^^



                                                          Safiyya dan rakan-rakan :)


Dua hari berada di Jaipur kami berpeluang melihat tinggalan sejarah maharaja Rajasthan, masuk ke istana mereka, berpeluang untuk menaiki gajah dan mempelajari sedikit bidang astronomi, hasil daripada kebijaksanaan  rakyat Jaipur dahulu kala. Jaipur sememangnya kota yang wajib dilawati sekiranya anda ke India.



Hari 6
Hari keenam kami bertolak semula ke Delhi. Sekali lagi, trafik di India benar-benar boleh membuatkan kami sakit jantung jadinya. Sudah tak terkira berapa banyak kalinya saya beristighfar ketika ada kereta lain yang ingin memotong. Dan kadang-kala ketika berhenti sekejap pun, akan ada orang yang mengetuk tingkap menjual pelbagai barangan dan makanan. Ada yang bawa monyet pun ada, dan sekiranya anda halakan kamera untuk mengambil gambar, dengan pantas tuannya akan minta duit kepada anda. Macam-macam..


Setelah seminggu berada di India, ada satu perkara yang cukup saya kesalkan. Kerana terlalu mengikut kata-kata orang yang sudah ke India, saya pun tak begitu memberi kepada peminta sedekah di sana. Kata mereka, kalau beri seorang, berpuluh-puluh yang lain akan datang. Jadi saya ikutkan kata-kata itu, tanpa usul periksa. Allah.. bukankan ada baiknya saya cuba untuk memberi dahulu daripada ikut kata-kata mereka membabi-buta? Dan, bukankah rezeki itu Allah yang beri, atas alasan apa saya perlu menjadi terlalu takut untuk memberi sedekah? Ampunkan aku Ya Allah..


Saya juga sebenarnya agak risau jika saya berada lebih lama di India. Melihat jumlah peminta sedekah yang ramai di mana-mana tempat yang saya lawati, saya cukup risau andai tiada lagi perasaan belas dalam hati saya untuk mereka, sebab saya melihat masyarakat di sana pun tidak mengendahkan langsung peminta sedekah di kawasan mereka. Apakah hati saya juga kan menjadi keras sekiranya saya melihat situasi seperti itu hari demi hari? Na'udzhubillah


All in all, saya sangat bersyukur atas kesempatan yang diberikan Allah untuk trip ini. Sememangnya ia satu pengalaman yang membuka mata untuk melihat, juga membuka mata hati. Being grateful for what we have is one thing, but having the feeling of wanting to help and make changes is another. Saya berdoa moga-moga Allah panjangkan usia untuk ke India lagi, tapi sudah tentu bukan lagi untuk holiday, tapi untuk memberi sedikit sinar harapan kepada masyarakat Muslim di sana juga untuk menebus ketidakmampuan saya untuk membantu mereka pada trip kali ini. Dalam hati saya menyimpan angan-angan dan impian, I'm dreaming of building a school with no fee at all to the beggars and homeless kids there one day, inshaAllahu ta'ala.

Now who's up for the mission? We can start planning from now..  :)




Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Al-Hajj:46






5 Fakta Rawak (baca: random facts) tentang India

1) Jangan sesekali beli makanan yang dijual atau pun diberi percuma di tepi-tepi jalan. Anda tak mahu trip anda jadi trip yang tak dapat dilupakan kerana pengalaman sakit perut sepanjang perjalanan, kan?

2) Kalau mampu, pastikan ada banyak duit pecah yang disimpan dalam saku (and guard it well). Sebab sampai saja di sana, orang akan tak henti-henti minta tip daripada anda walaupun pertolongan yang diminta adalah sangat mudah, ataupun anda tak minta tolong pun, tapi mereka akan 'sangat sedia membantu' dan minta tip selepas itu  -_-  Tapi, takpe lah, niat sedekah bak kata ayah saya

3) Satu kelebihan buat Muslimah Malaysia. Orang di sana sangat suka dengan feature 'Asian' kita dan sangat suka dengan hijab. I think that's the best da'wah opportunity to explain what Islam and wearing hijab is all about. So grab those chances!

4)Ya, jangan terkejut sekiranya ketika anda sedang menaiki kereta di jalan raya tiba-tiba anda ternampak di sebelah anda keluarga kambing, keluarga lembu dan kerbau, encik unta, mr. piggy, atau pun encik gajah. Pendek kata, jangan ingat jalan raya itu anda yang punya. Kena kongsi ok.. hehe

5)Soal makanan tak begitu sukar di India. Kedai pure-vege sangat banyak jika anda mahu makan roti-roti yang sedap lagi marvellous, dan kedai Muslim pun ada jika anda inginkan briyani yang super duper awesome. Pendek kata, asalkan kedai itu bersih, soal makanan bukan masalah di India. Oh, dan jangan lupa sentiasa bawa hand sanitizer supaya tak bau kari dan dal, dan untuk elakkan infection jugak ok :)




IZ: Harus lebih bersemangat untuk belajar dan grad for we have an important mission to accomplish right? Biidznillah!

2 comments:

syimiekitty said...

bestnye kak izyan!!! jeles2 :)

nak ole2 plizzz :P hehe

Izyan Zainuddin said...

Hihi nak jeles ape nyer. Shima pun boleh pegi jgk one day iA. Ole2? Tuntut kat akak esok. :P

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers