December 14, 2010

Korea Selatan: pandangan dari sisi seorang Muslimah


Syukur alhamdulillah, 4 hingga 11 Disember yang lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk melancong ke Korea Selatan. Pengalamannnya, memang tiada tandingan. Walaubagaimanapun, benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.


Sesampai saja saya di tanah air, terus saja cari makanan Malaysia. Di Korea, dah terlalu kerap kami dihidangkan dengan sup sayur dan sup seafood, mungkin kerana kesukaran mendapatkan makanan yang halal, jadi kami dihidangkan dengan makanan yang macam tu. Tambahan pula, lidah orang Malaysia dah dibiasakan dengan makanan yang pedas dan berempah, jadi bila tak ada semu
a tu rasa macam tak kena saja.


Baiklah, untuk entry kali ini, biar saya kongsikan pengamatan saya mengenai Korea Selatan dari kaca mata saya sebagai seorang Muslim.


Hari 1 dan 2
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dan memandangkan flight kami adalah pada pukul 11.30 malam, maka solat Subuh harus dikerjakan di dalam kapal terbang. Sungguh, ini adalah pertama kali saya mengerjakan solat di dalam kapal terbang. Dan satu pujian harus saya berikan kepada pihak Malaysia Airlines kerana telah memaklumkan kepada penumpang akan masuknya waktu solat subuh. Dengan 40 minit lagi sebelum waktu mendarat, saya terus ke bilik air dan mengambil wudhu'. Islam itu mudah, tidak bertelekung bukanlah alasan untuk tidak mengerjakan solat, dengan syarat pakaian yang dipakai haruslah menutup aurat dan selaras dengan syariat.


Dan satu perkara yang tak dapat saya lupakan ialah apabila usai saja solat, saya melihat satu pemandangan yang cukup menakjubkan. Sunrise! Dan matahari itu kelihatan dekat saja dengan saya. Subhanallah, Allahu akbar!


Pengalaman ini membuatkan saya berasa betul-betul dekat dengan pencipta. Tunaikanlah solat, di mana saja anda berada, walau sesusah mana sekali pun sebab perasaan betapa gembira dan leganya kerana berjaya menunaikan solat hanya Allah saja yang tau :)



Sunrise!



Hari 3
Hari ketiga kami berada di Jeju Island. Sekali lagi, Subhanallah.. cantik sungguh pemandangan di Sunrise Peak Mountain. Boleh nampak most of Jeju Island bila mendaki sampai ke atas. Disebabkan musim sejuk, pendakian itu tak terasa memenatkan pun. Kuasa Allah yang menciptakan 4 musim silih berganti!




Sunrise peak mountain




Jeju Island :)



Sepanjang saya berada di Korea, saya melihat Korea sangat banyak dipengaruhi oleh budaya asing. Budaya 'bow' apabila greet orang lain dipengaruhi Jepun, tulisan Korea pula asalnya banyak daripada tulisan China dan banyak juga pengaruh Barat seperti gaya pemakaian yang trendy.


Cuma satu yang saya kagumi, walau banyak mana pun pengaruh asing, orang Korea tetap berjaya menjaga tradisi mereka. Di Jeju dan di tengah-tengah bandar Seoul, terdapat banyak rumah budaya yang menceritakan budaya masyarakat Korea dahulu kala. Dan walau banyak mana pun pengaruh asing, mereka tetap berbangga dengan bahasa kebangsaan mereka sendiri, sampai kita pulak yang kena belajar bahasa mereka. Something for us to ponder, adakah kita sudah cukup berbangga dengan keindahan agama dan budaya kita untuk kita tonjolkan kepada pelancong asing?



Hari 4
Hari keempat kami terbang semula ke Seoul dan terus menuju ke Nami Island. Di musim apa sekali pun, Nami Island tetap indah dan cantik. Dan pelancong tempatan yang melancong ke sana juga sangat ramah dengan kami, lebih-lebih lagi bila melihat kami yang lain daripada lain kerana tudung yang dipakai. Ucapan 'hello', 'welcome' dan 'where are you from' memang selalu saja diajukan kepada kami.


Sebelum pulang dari Nami dan menaiki feri semula, kami sempat solat di di sebuah bilik kecil yang pada asalnya adalah sebuah bilik kaca di sebuah muzium. Pemandangannya memang cantik. Bayangkan, sesudah saja anda memberi salam, yang kelihatan di kiri anda adalah pemandangan yang hijau, lapang dan mendamaikan. Aah, sungguh saya rindu suasana ketika itu. Tapi apa yang paling saya ingat ialah ketika kami solat dalam bilik itu, ada beberapa warga Korea dan pelancong asing yang lalu-lalang di kawasan tersebut. Terselit perasaan bangga dalam diri saya kerana walau tidak mampu berdakwah secara verbal, sekurang-kurangnya mereka telah melihat kami mengerjakan solat dan mungkin, inshaAllah, terselit satu rasa ingin mengetahui lebih dalam tentang Islam dalam diri mereka.




Ruang solat berkaca :)


Mengenai pengaruh Islam di Korea, saya melihat kekurangan jumlah Muslim di Korea adalah kerana ramai daripada mereka tidak tahu mengenai Islam. Dan saya juga agak terkejut melihat begitu banyak gereja di Seoul dan Jeju, kerana saya kira mereka adalah seperti rakyat China atau Jepun yang beragama Buddha. Ternyata pengaruh Kristian begitu pesat berkembang di Korea. Sampaikan ada saluran di televisyen hanya berkenaan agama Kristian!


Saya masih ingat ketika sedang membeli oren di Jeju Island, makcik-makcik di situ sangat suka dengan gaya tudung kami, tapi sayang kerana mereka tidak tahu pun bertudung itu adalah tuntutan dalam agama Islam dan menganggap ia adalah fesyen semata-mata, yang mana menunjukkan Islam belum lagi berjaya untuk sampai ke pengetahuan mereka.



Hari 5
Hari kelima kami berada di Pyeongchang untuk bermain ski. Seronok, sebab skiing adalah pengalaman baru bagi kami semua. Jatuh, bangun semula, jatuh lagi dan bangun lagi sehingga mahir. Seperti mana dalam kehidupan kita, bila jatuh, kena cepat-cepat bangun, kalau tidak, kita tak akan berjaya untuk sampai ke matlamat kita. Dan yay, saya dapat A+ daripada tour guide saya untuk ujian ski hari tu. ^_^




Pemandangan di Alpensia Ski Resort



Pada waktu tengah hari, kami bergerak pulang ke Seoul dan dalam perjalanan pulang itu pula, salji turun. Pertama kali dalam seumur hidup saya menyaksikan salji turun di depan mata saya, subhanAllah, Allahuakbar. Hari kelima definitely was the highlight of my visit to Korea.



Hari 6
Hari keenam kami dibawa ke Itaewon, dan kami sempat untuk melawat dan solat di Seoul National Mosque. Tapi saya sedikit kecewa kerana masjid itu tak dijaga dengan begitu baik. Tandasnya tak sebersih tandas di R&R mereka yang wangi dan siap ada muzik, dan lokasinya juga tak strategik. Bayangkan, anda perlu mendaki untuk sampai ke masjid tersebut dan oleh kerana kami melawat pada musim sejuk, laluan pendakian itu menjadi licin dan kebarangkalian untuk jatuh juga amat tinggi. Terdetik di hati saya, jika untuk ke masjid menjadi sesukar ini, bagaimana local muslims dan juga warga Korea yang berminat dengan Islam dapat menjadikan masjid sebagai rumah kedua mereka?




Seoul National Mosque, Itaewon




Antara kedai yang dikendalikan oleh warga Muslim, sepanjang perjalanan ke masjid. Kawasan ini kebanyakannya dihuni oleh 'foreigners' dari Turki, Mesir, Pakistan, dsb.



Selepas solat Zuhur, masa kami banyak dihabiskan di indoor theme park, Lotte World. Saya sebenarnya tidaklah begitu menggemari theme park, lebih-lebih lagi theme park di negara asing. Orangnya terlalu ramai dan saya perasan kami sering dilihat dengan pandangan yang pelik oleh kebanyakan remaja sewaktu di theme park tersebut, yang saya pasti kerana kami (saya, ibu dan kakak) bertudung. Sekali lagi, saya dapat merasakan mereka, terutamanya anak-anak muda di Korea langsung tidak tahu mengenai Islam. Mereka kelihatan sangat enjoy dengan dunia mereka dan saya tidak dapat menafikan terdetik perasaan sedih dan kecewa dalam diri saya.


Di Lotte World pada sebelah malamnya terdapat Christmas parade yang diadakan secara besar-besaran. Saya melihat adik-adik kecil di Korea sangat terhibur dengan persembahan Santa Claus dan konco-konconya. Ironinya, pada sebelah tengah hari tadi saya baru saja melihat adik-adik Korea yang beragama Islam sedang belajar di sebuah bilik kecil di Seoul National Mosque. Doa saya, semoga aqidah mereka tetap utuh dan tidak sesekali terpengaruh dengan budaya Barat yang telah berjaya mempengaruhi masyarakat Korea.



Hari 7
Hari ketujuh tak banyak aktiviti yang kami lakukan, sekadar lawatan ke Ginseng Shop dan kedai kosmetik kerana Korea memang sangat terkenal dan berbangga dengan teknologi kosmetik mereka. Kesimpulan saya, warga Korea memang sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan. Kami diberitahu, ginseng Korea sangat berkhasiat sampai bekas Presiden Amerika, Bill Clinton pun turut mengambilnya sebagai dietary supplement. Ginseng juga merupakan komponen utama dalam produk kecantikan mereka kerana katanya dapat meratakan tona wajah dan mengecilkan liang roma.


Bercakap tentang kecantikan, saya teringat ketika kami sedang window shopping di mall mereka. Di kiri dan kanan saya, dan boleh kata hampir semua penjual wanita di kedai-kedai di situ sedang sibuk membelek wajah di depan cermin dan mentouch-up solekan mereka. Fuh, betapa bersyukurnya saya ketika itu kerana saya adalah seorang Muslim dan sedar bahawa bukanlah rupa paras yang menjadi ukuran dalam Islam, tapi ketaqwaan lah yang membezakan kita dengan yang lain. Kalau tidak, mesti penat hidup saya asyik nak beli barangan kosmetik dan membelek wajah setiap masa. Alhamdulillah, thank you Allah :)



Hari 8
Hari kelapan kami bersiap sedia untuk pulang ke tanah air. Terus terang, memang saya sedih untuk tinggalkan Korea, macam nak nangis pun ada. Rakyatnya sangat baik dan very welcoming. Tapi saya haruslah berpijak pada bumi yang nyata, banyak lagi tanggungjawab yang tak tertunai di tanah air. Bagi saya, pengalaman di Korea sangat tak ternilai harganya. Dan jika diberi rezeki dan peluang, sememangnya saya tak akan menolak untuk ke Korea lagi ^_^





18 comments:

aCu said...

untungnye dapat pegi jalan2 makan angin..btw, solat dlm flight tu duduk ke berdiri ye? kot la ade ruang utk sembahyang ke..*wpon rasa mcm tade* hehe..

Izyan Zainuddin said...

Alhamdulillah cika, ada rezeki lebih, blh la jln2 sikit. Oh kt solat duduk je sbb mmg xde ruang pun utk berdiri

~siti Hajar bt mohd Ghazali~ said...

alhamdulillah, subhanallah! Menanam impian utk ke sana juga..insyaAllah

Izyan Zainuddin said...

InshaAllah kak hajar, kt doakan k hajar dpt pegi jugak one day, byk ibrah yg kt dpt amik drpd trip ni. Mudah-mudahan satu hari nanti :)

Yuana said...

seronoknya baca pengalaman Izyan.
very well written.

suggest skit company muslim travel yg Izyan join ni?

Izyan Zainuddin said...

Travel agency tu nama dia appleholiday. Baru je beroperasi utk muslim tour sbb sebelum ni diorang buat utk chinese grp je. But overall, mmg best la travel with appleholiday :)

saya.suka.saiko.la said...

berminat nak tau, berapa kos ke sana?
saya ada terjumpa thread, yang xperlu pakai visa untuk ke korea.
visa sama ke dengan passport?

Izyan Zainuddin said...

Assalam.. thanks singgah:) Well, klu melalui travel agency yg saya guna ni, cost dia for 8 days dlm RM4k+, tapi klu takmau pegi Jeju (6 days) dalam RM3k+

Oh tak tau pulak ke Korea tak perlu visa. Sbb rasanya visa tu mcm permission utk kt enter negara tu, usually in the form of stamp yg pihak imigresen akak cop ke pasport kt bila dah sampai sana. Passport pulak mcam identity card kite.. drpd fahaman saya la.

Berminat nak ke Korea? Pegi la, mmg tak menyesal :)

saya.suka.saiko.la said...

RM4k??!!
amat mahal..
T_______T"
itu sume kos utk seorang ke cane?
passport brapa rm ye nk buat?
saya xpnh jln2 ovc.
ni pn nk g sndiri je.
so kna bajet la berapa kos sume.
tp sy xguna travel agent.
insyaAllah nk minta tolong kawan yg study kt sne je jd tour guide.
hehe

saya.suka.saiko.la said...

saya terjumpa link ni.

http://www.expedia.com/pub/agent.dll?qscr=fexp&flag=q&city1=Kuala+Lumpur%2C+Malaysia+%28KUL-Kuala+Lumpur+Int%27l+Airport%29&citd1=Seoul%2C+South+Korea+%28SEL-All+Airports%29&date1=11/18/2011&time1=362&date2=11/25/2011&time2=362&cAdu=1&cSen=&cChi=&cInf=&infs=2&tktt=&trpt=2&ecrc=&eccn=&qryt=8&load=1&airp1=KUL&dair1=SEL&rdct=1&rfrr=-429

ada ke sume flight 2 kt kl?
ke kna transit?
btw, flight fare ke korea brape ye?

Izyan Zainuddin said...

Yup, kos utk sorang, mahal sbb semuanya inclusive: halal foods, acommodations, ade tour guide lg. Dan satu lg sbb nak ke Jeju tu pun kena naik flight jugak from Seoul. Yg RM 4k tu inclusive semua tu la..

But of course, kalau nak murah pegi sendiri la tapi kena usaha cari acommodations lagi, etc.Baguslah kalau awak ada kwn yg boleh jd tour guide sbb sy mmg takde pun, thats why guna travel agent

Dan pasal flights sume tu actually sy tak berapa reti sgt, sumenye travel agency yang uruskan. Mahal sikit, tapi alhamdulillah mmg berbaloi. Dah sampai sana just bwk duit sikit utk souvenirs je

Hm kalau tak silap kalau pertama kali buat passport harganya dlm RM300, kalau tak silap la sbb dah lama sgt saya buat, tak berapa ingat dah, huhu. Dan for renewal murah sikit daripada tu

Awak travel in a group ke, cane? Sbb susah sikit kalau 1st time pegi tapi sorang2. Boleh je, tapi mintak tolong kwn awak kat sana arrange kan everything utk awak. Takde lah susah bila dah sampai sana sbb once dah sampai sana the main prob is language barrier.. unless u or ur friend is fluent in korean

Ok, hope this helps :)

saya.suka.saiko.la said...

ohhh.. barang kt sne mahal x?
dgr kate carrot pun 3000 won. T_____T"
brape total expenses spnjg akak g sne?
ni prtama kali nk travel, so gelabah sikit sy ni. huhu

kwn sy 2 mmg fluent korean, sy beginner lg. :D
skrg blm tau lg nk travel mcm mana, tgah kumpul duit, and information sbyk mungkin.

Izyan Zainuddin said...

Hm xde la mahal sgt, depends kat tmpat mn awak pegi. Mcm klu kat Itaewon tu tpt pelancong, so harga dia mmg mahal sikit.

Total expenses? Tak ingat la dik. Almost 5k la kot klu campur byrn utk travel agency tu.

Akak rasa better awak tanya kwn awak in detail psl korea ni. Akak pegi skali je baru, x pandai sgt nak explain lbh2

Tapi klu ade bnda yg awak nak mntak pndapat akak sbg pelancong ke, mungkin blh msg di fb ke? Sbb skang da jarang bkk blog ni.. ^^

saya.suka.saiko.la said...

org dah add akak kt fb. :D
intan syuhada

Shahrul said...

get some info bout korea frm ur blog ni..best gler dpt g korea kn?i akn ksane bln 3 next yr backpackers sorg diri..so klau ade info2 len bleh tlg email kt i x?this my email arul2509@bismillah.com
TQ

adam n said...

mcm mana nk tau waktu solat kt sana nnti, nak tngk matahari pon x naik tgak so payah lah.

KOREA JOM!! said...

assalamualaikum
kpada anda yg ingin mencari pakej muslim budget ke korea sila hubungi kami segera sebelum penuh^^

kami palajar msia di korea ada sediakan khidmat pakej dan tour guide^^
http://koreajom.blogspot.kr/

Murni said...

Salam...nak tanya. Pukul berapa agaknya masuk waktu subuh masa perjalanan dari kl ke seoul? Dan bagaimana utk tahu arah kiblat?

About Me

My Photo
24. Aim to live with the principle of love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually my reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers