Syukur alhamdulillah, 4 hingga 11 Disember yang lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk melancong ke Korea Selatan. Pengalamannnya, memang tiada tandingan. Walaubagaimanapun, benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Showing posts with label Vacation/ travel. Show all posts
Showing posts with label Vacation/ travel. Show all posts
February 9, 2012
Kembara India 2012
Bismillah
Alhamdulillah, sudah seminggu saya kembali dari kembara di bumi India. Kalau bukan kerana besarnya kasih sayang Allah, tidak mungkin saya dapat ke sana, melihat budaya berbeza dan mengenali insan-insan istimewa di sana. Maka saya kembalikan puji-pujian dan syukur kepada Allah- Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Dan sombongnya saya jika setelah seminggu lamanya saya di sana tapi tak pun mengambil peluang untuk berkongsi ibrah dan pengalaman di India. Maka saya coretkan post ini, mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang membaca inshaAllahu ta'ala.
Perginya saya dan keluarga ke India pada 27 Januari yang lalu bukanlah kerana apa-apa misi penting seperti yang ditanyakan kepada saya oleh rakan-rakan, tapi sekadar mengikut kehendak ayah tersayang yang mahu sangat melihat Taj Mahal secara 'live' Jadi ketika diajak untuk ikut serta, memang laju saja saya nyatakan persetujuan. Siapa yang tak suka travel, ye tak? Tambahan pula insan yang tak berharta macam saya ni memang haruslah mengharapkan belas ihsan ayahanda dan bonda untuk belanja trip ke sana. Huhu.
Menjejakkan kaki ke India jam 8.30 malam waktu tempatan (2 jam 30 min awal dari waktu Malaysia), kami ( saya, ibu, ayah,kakak serta pakcik dan makcik) disambut cuaca damai dan selesa dengan suhu 15 darjah celcius. Terus check-in di Hotel Rockwell Plaza di Karol Bagh, New Delhi, hari pertama berakhir dengan merefleksi apa yang sudah saya lalui pada hari tersebut. Daripada gelagat penumpang di dalam pesawat yang tak henti-henti memesan beer sehingga pramugara tidak mahu lagi menjual kepadanya sehinggalah ke pemandangan menyedihkan ketika masuk ke bandar New Delhi. Tidak pernah seumur hidup saya melihat sebegitu ramai orang yang 'homeless' di satu bandar dan tambah lebih menyedihkan, apabila mereka terpaksa menyalakan unggun api untuk memanaskan badan. Tiada baju panas, tiada heater, tiada tempat perlindungan. Hanya selimut lusuh dan unggun api yang mampu mereka miliki untuk merasa sedikit selesa. Allah..
Hari 2
Hari kedua kami dibawa untuk bersiar-siar di kota New Delhi. Bermula dengan melawat Jama Masjid di Old Delhi dan menaiki beca di Chandi Chowk, kemudian ke India Gate. Rancangan untuk ke Raj Ghat iaitu tempat memorial Mahatma Gandhi dan President's House terpaksa dibatalkan kerana penutupan tempat tersebut sempena Hari Republik India yang disambut dua hari sebelum kedatangan kami.
Jama Masjid
Dengan India menjadi negara yang padat populasinya, tidak dapat tidak, kami harus berdepan dengan trafik yang padat dan lautan manusia di mana saja kami berada. Sehingga boleh saya katakan, mata saya langsung jadi letih kerana melihat terlalu ramai manusia. Kami difahamkan di bandar New Delhi sahaja, populasinya ada lebih kurang 20 juta orang, sedangkan di seluruh Malaysia populasinya hanya lebih kurang 28 juta orang. Jadi tidak hairanlah begitu ramai manusia yang kelihatan di bandar tersebut, dan mungkin atas sebab itu dan kesukaran mendapat pekerjaan, ramai yang terpaksa minta sedekah demi sesuap nasi.
Hari 3
Jam 9 pagi, kami bersedia untuk check-out dan menuju ke Agra. Perjalanan ke Agra mengambil masa dalam lebih kurang 5 jam. Dan pada pendapat saya, pengalaman paling berharga saya di India adalah ketika berada dalam bas. Melihat ragam manusia yang pelbagai di jalan raya adakalanya mencuit hati, dan ada juga yang menyedihkan.
Meneliti pembangunan di India, sukar untuk saya nyatakan tahap kemodenan mereka. Adakalanya rumah-rumah mereka besar-besar belaka dan mall mereka pula tak kurang canggihnya, dan kadang-kala rumah setinggan yang diperbuat daripada ranting-ranting pokok dan plastik-plastik pun banyak juga di India. Jurang kehidupan mereka terlalu ketara. Rata-rata mereka yang bekerja bukan untuk produktiviti negara, tapi lebih kepada untuk mendapatkan rezeki untuk hari itu saja. Maka adik-adik seawal umur 7 tahun yang sepatutnya ke sekolah sudah mula membanting tulang bekerja itu dan ini, menjual itu demi mencari rezeki untuk diri dan keluarga.
Pemandangan 'unik' ketika masuk ke kota Agra
Hari 4
Hari keempat kami bersedia untuk ke Jaipur yang memakan masa 5 jam dari Agra. Sempat berhenti sebentar untuk mencuba samosa yang sangat sedap dan kopi panas yang menambahkan kesegaran dan tenaga untuk meneruskan perjalanan.
Saya masih ingat pengalaman ketika sudah sampai di kota Jaipur. Disebabkan masa sudah suntuk untuk jamak akhir di hotel, kami membuat keputusan untuk solat di salah satu masjid di sana.
Pada awalnya saya agak gembira juga bila dah masuk ke Jaipur, melihat banyaknya universiti dan kolej-kolej, jalan rayanya juga agak moden, jadi di sudut hati saya berbisik ..'InshaAllah masjid dia bersih kot..' Alhamdulillah akhirnya setelah masuk ke kampung-kampung di sana, akhirnya kami berjaya menunaikan kewajipan kami di sebuah masjid mini di sebuah kampung, walaupun tak begitu cantik dan bersih seperti sangkaan saya, tapi masih ok untuk kami tunaikan kewajipan kepada Allah. Alhamdulillah.
Salah satu perkampungan di Jaipur
Peristiwa lucu yang tak dapat saya lupakan ialah ketika kami keluar saja daripada masjid, boleh kata hampir seluruh kampung menunggu di luar masjid untuk melihat kami. Mungkin sudah berpuluh tahun agaknya tak pernah ada orang yang features nya berbeza daripada mereka yang masuk ke kampung tersebut, jadi kami dilihat sangat pelik pulak -_- Huhu. Sayu hati melihat penduduk dan kemudahan di sana. Masjid yang kecil dan sudah luntur warnanya, kitab-kitab yang sudah usang.. dalam hati, saya berdoa moga-moga akan ada Sang Pencerah yang datang ke kawasan tersebut, menyeru kepada Islam yang sebenarnya, menyubur 'izzah dalam hati setiap Muslim di sana. Allahumma ameen.
Destinasi kami seterusnya ialah ke kedai jewellery. Uniknya, kedai jewellery di sana terdapat di kawasan yang agak terpencil dan berada di kawasan perumahan. Oleh kerana saya dan keluarga bukanlah peminat jewellery, maka banyak masa dihabiskan dengan berjalan di kawasan sekitar. Sekali lagi, adik-adik yang sedang bermain di luar rumah begitu teruja bila nampak kami. Dan bertambah-tambah teruja lagi bila dihulur coklat dan biskut kepada mereka. Tatkala saya minta untuk bergambar dengan adik-adik ni, bukan main seronok semuanya. Safiyya (yang saya tahu namanya lepas abangnya memanggilnya dengan nama tersebut) terus ambil tudung baru, berwarna pink. Mungkin kerana ingin kelihatan cantik dalam gambar nanti. MashaAllah, those kids are cute ^^
Safiyya dan rakan-rakan :)
Dua hari berada di Jaipur kami berpeluang melihat tinggalan sejarah maharaja Rajasthan, masuk ke istana mereka, berpeluang untuk menaiki gajah dan mempelajari sedikit bidang astronomi, hasil daripada kebijaksanaan rakyat Jaipur dahulu kala. Jaipur sememangnya kota yang wajib dilawati sekiranya anda ke India.
Hari 6
Hari keenam kami bertolak semula ke Delhi. Sekali lagi, trafik di India benar-benar boleh membuatkan kami sakit jantung jadinya. Sudah tak terkira berapa banyak kalinya saya beristighfar ketika ada kereta lain yang ingin memotong. Dan kadang-kala ketika berhenti sekejap pun, akan ada orang yang mengetuk tingkap menjual pelbagai barangan dan makanan. Ada yang bawa monyet pun ada, dan sekiranya anda halakan kamera untuk mengambil gambar, dengan pantas tuannya akan minta duit kepada anda. Macam-macam..
Setelah seminggu berada di India, ada satu perkara yang cukup saya kesalkan. Kerana terlalu mengikut kata-kata orang yang sudah ke India, saya pun tak begitu memberi kepada peminta sedekah di sana. Kata mereka, kalau beri seorang, berpuluh-puluh yang lain akan datang. Jadi saya ikutkan kata-kata itu, tanpa usul periksa. Allah.. bukankan ada baiknya saya cuba untuk memberi dahulu daripada ikut kata-kata mereka membabi-buta? Dan, bukankah rezeki itu Allah yang beri, atas alasan apa saya perlu menjadi terlalu takut untuk memberi sedekah? Ampunkan aku Ya Allah..
Saya juga sebenarnya agak risau jika saya berada lebih lama di India. Melihat jumlah peminta sedekah yang ramai di mana-mana tempat yang saya lawati, saya cukup risau andai tiada lagi perasaan belas dalam hati saya untuk mereka, sebab saya melihat masyarakat di sana pun tidak mengendahkan langsung peminta sedekah di kawasan mereka. Apakah hati saya juga kan menjadi keras sekiranya saya melihat situasi seperti itu hari demi hari? Na'udzhubillah
All in all, saya sangat bersyukur atas kesempatan yang diberikan Allah untuk trip ini. Sememangnya ia satu pengalaman yang membuka mata untuk melihat, juga membuka mata hati. Being grateful for what we have is one thing, but having the feeling of wanting to help and make changes is another. Saya berdoa moga-moga Allah panjangkan usia untuk ke India lagi, tapi sudah tentu bukan lagi untuk holiday, tapi untuk memberi sedikit sinar harapan kepada masyarakat Muslim di sana juga untuk menebus ketidakmampuan saya untuk membantu mereka pada trip kali ini. Dalam hati saya menyimpan angan-angan dan impian, I'm dreaming of building a school with no fee at all to the beggars and homeless kids there one day, inshaAllahu ta'ala.
Now who's up for the mission? We can start planning from now.. :)
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Al-Hajj:46
5 Fakta Rawak (baca: random facts) tentang India
1) Jangan sesekali beli makanan yang dijual atau pun diberi percuma di tepi-tepi jalan. Anda tak mahu trip anda jadi trip yang tak dapat dilupakan kerana pengalaman sakit perut sepanjang perjalanan, kan?
2) Kalau mampu, pastikan ada banyak duit pecah yang disimpan dalam saku (and guard it well). Sebab sampai saja di sana, orang akan tak henti-henti minta tip daripada anda walaupun pertolongan yang diminta adalah sangat mudah, ataupun anda tak minta tolong pun, tapi mereka akan 'sangat sedia membantu' dan minta tip selepas itu -_- Tapi, takpe lah, niat sedekah bak kata ayah saya
3) Satu kelebihan buat Muslimah Malaysia. Orang di sana sangat suka dengan feature 'Asian' kita dan sangat suka dengan hijab. I think that's the best da'wah opportunity to explain what Islam and wearing hijab is all about. So grab those chances!
4)Ya, jangan terkejut sekiranya ketika anda sedang menaiki kereta di jalan raya tiba-tiba anda ternampak di sebelah anda keluarga kambing, keluarga lembu dan kerbau, encik unta, mr. piggy, atau pun encik gajah. Pendek kata, jangan ingat jalan raya itu anda yang punya. Kena kongsi ok.. hehe
5)Soal makanan tak begitu sukar di India. Kedai pure-vege sangat banyak jika anda mahu makan roti-roti yang sedap lagi marvellous, dan kedai Muslim pun ada jika anda inginkan briyani yang super duper awesome. Pendek kata, asalkan kedai itu bersih, soal makanan bukan masalah di India. Oh, dan jangan lupa sentiasa bawa hand sanitizer supaya tak bau kari dan dal, dan untuk elakkan infection jugak ok :)
IZ: Harus lebih bersemangat untuk belajar dan grad for we have an important mission to accomplish right? Biidznillah!
February 15, 2011
A glimpse of Jalan TAR
Saya selalu suka untuk 'bersightseeing'. Jadi, bila diajak untuk teman kakak saya beli tudung di Jalan TAR, sudah tentu saya tak menolak. Bukan nak beli barang sangat pun, tapi saja nak lihat keadaan di sana sebab dah lama sangat tak ke Jalan TAR, tambahan pula sekarang tengah cuti seminggu. Perfect timing, tak perlu pening dulu fikir pasal kelas dan klinik.
Ok, jadi berikut adalah beberapa perkara yang saya sempat perhatikan di Jalan TAR tempoh hari.
Aurat
Sedihnya bila bercakap tentang aurat. Terlalu ramai orang di KL ni yang belum faham mengenai konsep aurat yang sebenarnya (since saya hanya memerhatikan di kawasan KL, harap-harapnya tempat lain lebih ok). Ada yang bertudung, tapi lengannya tak bertutup. Ada yang lengan bertutup, tapi baju dan seluarnya terlalu ketat dan menampakkan bentuk badan pulak. Dan ada yang langsung tak betudung. Saya teringat di kala saya sibuk memeliti kedai-kedai di situ, saya terdengar satu suara yang mengalih perhatian saya.
Ya, di kala sekumpulan gadis sedang berjalan melewati beberapa lelaki, terdengar suara nakal lelaki menegur/mengurat si perempuan. Tapi bukan semua gadis yang ditegur, tapi ia spesifik ditujukan kepada seorang saja. Seorang gadis yang tak bertudung dan berpakaian ketat.
Subhanallah, melihat keadaan tersebut, terus saya teringat ayat ini:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Ahzab:59
Allahu Akbar, how accurate can this ayat be? Betapa Allah telah mengingatkan kita sejak beribu tahun yang lampau akan kejadian-kejadian seperti ini.. but yet, how do we respond? Insiden tersebut betul-betul membuka mata saya. Doa saya, moga terbit perasaan tak selesa dalam diri gadis tersebut selepas ditegur macam tu oleh lelaki-lelaki gatal tempoh hari dan mula menutup aurat. Mudah-mudahan.. ameen
Tahap kebersihan
Hm bukan niat nak memperlekeh negara sendiri, tapi hakikatnya tahap kebersihan di negara kita atau lebih spesifik di Jalan TAR sangat lah tak memuaskan. Pada saya, sebagai tempat tarikan pelancong kerana berada di tengah-tengah Kuala Lumpur, kebersihan adalah perkara yang harus diutamakan. Saya fikir, kalau semua Muslims di kawasan itu sedar bahawa kebersihan adalah perkara yang sangat dianjurkan dalam Islam.. pasti tahap kebersihannya akan bertambah baik. Dan bagi yang bukan Muslim kalau dapat 'diinstill' nilai moral yang tinggi, tak mustahil kedai dan persekitaran mereka juga lebih bersih dan akan bertambah-tambahlah pengunjung ke Jalan TAR.. dan yang paling penting bagi seorang Muslim, kalau niatkan kebersihan untuk mendapat redha Allah, bukankah akan diganjari pahala juga? And what more does a Muslim want besides blessings and rewards from the Almighty God, Allah subhanahu wataala? :)

OSKA.. a meaningful acronym indeed :)
Azan Asar
Ada satu perkara yang pelik bila anda berada di area Masjid India dan Jalan TAR ni, sebab waktu solatnya adalah sangat berbeza dengan waktu solat yang sebenarnya, and with that, I mean waktu solat di Kuala Lumpur. Terkejut saya pada petang tu tiba-tiba terdengar azan berkumandang. Awalnya saya ingatkan dah masuk waktu Maghrib memandangkan keadaan langit yang gelap, tapi jam saya pada ketika itu baru menunjukkan ke angka 5.30 petang! Kata kakak saya, mereka bersolat ikut waktu di India. Haa.. cemane pulak tu? Pelik, whilst the masjid itself is located in KL..
Barang jualan
Lagi satu pasal kedai-kedai di Jalan TAR ni kan, (almost) everybody sell the same thing! Yup, you heard me, almost everybody!. And what differs one shop from another is that, whether the sellers are diligent enough to stand up from their benches and approach the customers.. which only very few of them did that. It would be nicer to see if there were some efforts being made to attract the customers like decorating the shops for example or a bit of effort to design your stuff to be a little different from the others, or just sell things that others dont sell. InshaAllah many will see the efforts and start to show some interest to the shops. And okayyy, why am I writing this? Well it's not like this post is going to be read by the sellers pulak kan. But who knows.. and if there's any, its just my thought and ideas on how to make your business more successful, no other intentions :D

Stuck in the rain. Definitely was a journey.. fuhh~
Jadi begitulah pengalaman saya di Jalan TAR. Hari yang memenatkan tapi sangat berbaloi dengan pengalaman dan lessons to learn. Tak perlu pergi jauh, ke kawasan Masjid Jamek dan Jalan TAR pun dah cukup untuk kita melihat karakter pelbagai jenis manusia dan jadikan semuanya sebagai pengajaran dan bukti kebesaran kuasa Allah. Till next time! ^^
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Al-Hajj:46
IZ: There is this lump, located at my neck, has been there for about 2 weeks and its tender. Esok nak pergi check, doakan saya tau..
December 14, 2010
Korea Selatan: pandangan dari sisi seorang Muslimah
Sesampai saja saya di tanah air, terus saja cari makanan Malaysia. Di Korea, dah terlalu kerap kami dihidangkan dengan sup sayur dan sup seafood, mungkin kerana kesukaran mendapatkan makanan yang halal, jadi kami dihidangkan dengan makanan yang macam tu. Tambahan pula, lidah orang Malaysia dah dibiasakan dengan makanan yang pedas dan berempah, jadi bila tak ada semua tu rasa macam tak kena saja.
Baiklah, untuk entry kali ini, biar saya kongsikan pengamatan saya mengenai Korea Selatan dari kaca mata saya sebagai seorang Muslim.
Hari 1 dan 2
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dan memandangkan flight kami adalah pada pukul 11.30 malam, maka solat Subuh harus dikerjakan di dalam kapal terbang. Sungguh, ini adalah pertama kali saya mengerjakan solat di dalam kapal terbang. Dan satu pujian harus saya berikan kepada pihak Malaysia Airlines kerana telah memaklumkan kepada penumpang akan masuknya waktu solat subuh. Dengan 40 minit lagi sebelum waktu mendarat, saya terus ke bilik air dan mengambil wudhu'. Islam itu mudah, tidak bertelekung bukanlah alasan untuk tidak mengerjakan solat, dengan syarat pakaian yang dipakai haruslah menutup aurat dan selaras dengan syariat.
Dan satu perkara yang tak dapat saya lupakan ialah apabila usai saja solat, saya melihat satu pemandangan yang cukup menakjubkan. Sunrise! Dan matahari itu kelihatan dekat saja dengan saya. Subhanallah, Allahu akbar!
Pengalaman ini membuatkan saya berasa betul-betul dekat dengan pencipta. Tunaikanlah solat, di mana saja anda berada, walau sesusah mana sekali pun sebab perasaan betapa gembira dan leganya kerana berjaya menunaikan solat hanya Allah saja yang tau :)
Sunrise!
Hari 3
Hari ketiga kami berada di Jeju Island. Sekali lagi, Subhanallah.. cantik sungguh pemandangan di Sunrise Peak Mountain. Boleh nampak most of Jeju Island bila mendaki sampai ke atas. Disebabkan musim sejuk, pendakian itu tak terasa memenatkan pun. Kuasa Allah yang menciptakan 4 musim silih berganti!
Sunrise peak mountain
Jeju Island :)
Sepanjang saya berada di Korea, saya melihat Korea sangat banyak dipengaruhi oleh budaya asing. Budaya 'bow' apabila greet orang lain dipengaruhi Jepun, tulisan Korea pula asalnya banyak daripada tulisan China dan banyak juga pengaruh Barat seperti gaya pemakaian yang trendy.
Cuma satu yang saya kagumi, walau banyak mana pun pengaruh asing, orang Korea tetap berjaya menjaga tradisi mereka. Di Jeju dan di tengah-tengah bandar Seoul, terdapat banyak rumah budaya yang menceritakan budaya masyarakat Korea dahulu kala. Dan walau banyak mana pun pengaruh asing, mereka tetap berbangga dengan bahasa kebangsaan mereka sendiri, sampai kita pulak yang kena belajar bahasa mereka. Something for us to ponder, adakah kita sudah cukup berbangga dengan keindahan agama dan budaya kita untuk kita tonjolkan kepada pelancong asing?
Hari 4
Hari keempat kami terbang semula ke Seoul dan terus menuju ke Nami Island. Di musim apa sekali pun, Nami Island tetap indah dan cantik. Dan pelancong tempatan yang melancong ke sana juga sangat ramah dengan kami, lebih-lebih lagi bila melihat kami yang lain daripada lain kerana tudung yang dipakai. Ucapan 'hello', 'welcome' dan 'where are you from' memang selalu saja diajukan kepada kami.
Sebelum pulang dari Nami dan menaiki feri semula, kami sempat solat di di sebuah bilik kecil yang pada asalnya adalah sebuah bilik kaca di sebuah muzium. Pemandangannya memang cantik. Bayangkan, sesudah saja anda memberi salam, yang kelihatan di kiri anda adalah pemandangan yang hijau, lapang dan mendamaikan. Aah, sungguh saya rindu suasana ketika itu. Tapi apa yang paling saya ingat ialah ketika kami solat dalam bilik itu, ada beberapa warga Korea dan pelancong asing yang lalu-lalang di kawasan tersebut. Terselit perasaan bangga dalam diri saya kerana walau tidak mampu berdakwah secara verbal, sekurang-kurangnya mereka telah melihat kami mengerjakan solat dan mungkin, inshaAllah, terselit satu rasa ingin mengetahui lebih dalam tentang Islam dalam diri mereka.
Ruang solat berkaca :)
Mengenai pengaruh Islam di Korea, saya melihat kekurangan jumlah Muslim di Korea adalah kerana ramai daripada mereka tidak tahu mengenai Islam. Dan saya juga agak terkejut melihat begitu banyak gereja di Seoul dan Jeju, kerana saya kira mereka adalah seperti rakyat China atau Jepun yang beragama Buddha. Ternyata pengaruh Kristian begitu pesat berkembang di Korea. Sampaikan ada saluran di televisyen hanya berkenaan agama Kristian!
Saya masih ingat ketika sedang membeli oren di Jeju Island, makcik-makcik di situ sangat suka dengan gaya tudung kami, tapi sayang kerana mereka tidak tahu pun bertudung itu adalah tuntutan dalam agama Islam dan menganggap ia adalah fesyen semata-mata, yang mana menunjukkan Islam belum lagi berjaya untuk sampai ke pengetahuan mereka.
Hari 5
Hari kelima kami berada di Pyeongchang untuk bermain ski. Seronok, sebab skiing adalah pengalaman baru bagi kami semua. Jatuh, bangun semula, jatuh lagi dan bangun lagi sehingga mahir. Seperti mana dalam kehidupan kita, bila jatuh, kena cepat-cepat bangun, kalau tidak, kita tak akan berjaya untuk sampai ke matlamat kita. Dan yay, saya dapat A+ daripada tour guide saya untuk ujian ski hari tu. ^_^
Pemandangan di Alpensia Ski Resort
Pada waktu tengah hari, kami bergerak pulang ke Seoul dan dalam perjalanan pulang itu pula, salji turun. Pertama kali dalam seumur hidup saya menyaksikan salji turun di depan mata saya, subhanAllah, Allahuakbar. Hari kelima definitely was the highlight of my visit to Korea.
Hari 6
Hari keenam kami dibawa ke Itaewon, dan kami sempat untuk melawat dan solat di Seoul National Mosque. Tapi saya sedikit kecewa kerana masjid itu tak dijaga dengan begitu baik. Tandasnya tak sebersih tandas di R&R mereka yang wangi dan siap ada muzik, dan lokasinya juga tak strategik. Bayangkan, anda perlu mendaki untuk sampai ke masjid tersebut dan oleh kerana kami melawat pada musim sejuk, laluan pendakian itu menjadi licin dan kebarangkalian untuk jatuh juga amat tinggi. Terdetik di hati saya, jika untuk ke masjid menjadi sesukar ini, bagaimana local muslims dan juga warga Korea yang berminat dengan Islam dapat menjadikan masjid sebagai rumah kedua mereka?
Seoul National Mosque, Itaewon
Antara kedai yang dikendalikan oleh warga Muslim, sepanjang perjalanan ke masjid. Kawasan ini kebanyakannya dihuni oleh 'foreigners' dari Turki, Mesir, Pakistan, dsb.
Selepas solat Zuhur, masa kami banyak dihabiskan di indoor theme park, Lotte World. Saya sebenarnya tidaklah begitu menggemari theme park, lebih-lebih lagi theme park di negara asing. Orangnya terlalu ramai dan saya perasan kami sering dilihat dengan pandangan yang pelik oleh kebanyakan remaja sewaktu di theme park tersebut, yang saya pasti kerana kami (saya, ibu dan kakak) bertudung. Sekali lagi, saya dapat merasakan mereka, terutamanya anak-anak muda di Korea langsung tidak tahu mengenai Islam. Mereka kelihatan sangat enjoy dengan dunia mereka dan saya tidak dapat menafikan terdetik perasaan sedih dan kecewa dalam diri saya.
Di Lotte World pada sebelah malamnya terdapat Christmas parade yang diadakan secara besar-besaran. Saya melihat adik-adik kecil di Korea sangat terhibur dengan persembahan Santa Claus dan konco-konconya. Ironinya, pada sebelah tengah hari tadi saya baru saja melihat adik-adik Korea yang beragama Islam sedang belajar di sebuah bilik kecil di Seoul National Mosque. Doa saya, semoga aqidah mereka tetap utuh dan tidak sesekali terpengaruh dengan budaya Barat yang telah berjaya mempengaruhi masyarakat Korea.
Hari 7
Hari ketujuh tak banyak aktiviti yang kami lakukan, sekadar lawatan ke Ginseng Shop dan kedai kosmetik kerana Korea memang sangat terkenal dan berbangga dengan teknologi kosmetik mereka. Kesimpulan saya, warga Korea memang sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan. Kami diberitahu, ginseng Korea sangat berkhasiat sampai bekas Presiden Amerika, Bill Clinton pun turut mengambilnya sebagai dietary supplement. Ginseng juga merupakan komponen utama dalam produk kecantikan mereka kerana katanya dapat meratakan tona wajah dan mengecilkan liang roma.
Bercakap tentang kecantikan, saya teringat ketika kami sedang window shopping di mall mereka. Di kiri dan kanan saya, dan boleh kata hampir semua penjual wanita di kedai-kedai di situ sedang sibuk membelek wajah di depan cermin dan mentouch-up solekan mereka. Fuh, betapa bersyukurnya saya ketika itu kerana saya adalah seorang Muslim dan sedar bahawa bukanlah rupa paras yang menjadi ukuran dalam Islam, tapi ketaqwaan lah yang membezakan kita dengan yang lain. Kalau tidak, mesti penat hidup saya asyik nak beli barangan kosmetik dan membelek wajah setiap masa. Alhamdulillah, thank you Allah :)
Hari 8
Hari kelapan kami bersiap sedia untuk pulang ke tanah air. Terus terang, memang saya sedih untuk tinggalkan Korea, macam nak nangis pun ada. Rakyatnya sangat baik dan very welcoming. Tapi saya haruslah berpijak pada bumi yang nyata, banyak lagi tanggungjawab yang tak tertunai di tanah air. Bagi saya, pengalaman di Korea sangat tak ternilai harganya. Dan jika diberi rezeki dan peluang, sememangnya saya tak akan menolak untuk ke Korea lagi ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Get Social Share 2.0!