June 17, 2011

'Saya tak layak untuk dia'

Daisy Love





Bismillah


Pertama kali menulis tentang cinta, saya pasti saya bukanlah orang yang terbaik untuk membicarakan perihal ini. Tapi inshaAllah, saya percaya bahawa saya, dan juga anda sudah cukup matang dan dewasa untuk berbincang mengenai cinta. Apabila mengatakan tentang cinta, tentu kita punya pelbagai persepsi mengenainya, tapi jujurlah, kalau berbicara pasal cinta, cinta kepada siapa yang muncul di fikiran kita dahulu? Izinkan saya membuat tafsiran, kalau viewers artikel ini berada di sekitar umur belasan tahun atau dua puluhan, saya percaya mungkin 80- 90% terfikirkan cinta kepada yang berlawanan jantina. Hanya tafsiran, kalau salah, maafkan saya.


Pernah dengar orang kata cinta itu fitrah? Saya pernah, dan saya juga percaya. Tapi apa yang membuatkan ia gagal menjadi fitrah ialah apabila cinta itu tidak disalurkan ke jalan yang betul. Cinta itu fitrah, tapi kalau tidak fahaminya, ia jadi masalah.


Bercakap tentang fitrah, ramai yang jelas dengan fitrah manusia yang sukakan kesempurnaan. Contohnya apabila mendengar keluhan beberapa sahabat yang meminati seseorang kerana kesempurnaan yang dimiliki seseorang lelaki. Walau tidak ada manusia sempurna di dunia ini, kata sahabat saya dia seperti sempurna, akhlaknya baik, perwatakannya soleh, dan wajahnya pula sedap mata memandang. Tapi dia hanya meminati, tidak berani untuk merisik lebih dari itu, apalagi untuk meminta lelaki itu masuk meminang, kerana katanya dia tidak layak untuk lelaki itu memandangkan dia hanya wanita biasa-biasa, belum sampai tahap solehah.



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.  An-Nur: 26



Dalam kes ini, kalau ada orang yang tanyakan adakah sahabat saya bersalah kerana mempunyai perasaan suka kepada lelaki yang soleh? Jawapan saya adalah tidak, Sebagai seorang wanita, dia adalah normal kerana mempunyai fitrah, iaitu perasaan suka kepada lelaki dan dia juga normal kerana fitrahnya suka kepada kebaikan dan kesempurnaan.


Tetapi adalah sangat mengecewakan jika perasaan cinta itu hanya sekadar cinta dan tiada sebarang perancangan untuk menjadikannya halal. Kalau sudah suka kepada lelaki yang soleh, kenapa tak cuba untuk menjadi solehah? Kalau ada hati dekat sesorang yang berakhlak baik, mengapa tidak berusaha untuk mempunyai akhlak yang lebih baik? Ramai yang tahu ayat daripada surah An-Nur di atas, tapi ramai yang masih belum berusaha untuk berada di kelompok yang baik-baik seperti dikatakan ayat ini. Menjadi seorang yang berperwatakan mulia bukan kurniaan seperti mempunyai paras rupa yang menawan. Sebaliknya ia adalah usaha dan doa kita sendiri untuk berada dalam golongan yang disayangi Allah ini. Jadi, tak ada sebarang alasan untuk mengatakan.. 'ala.. aku ni bukannya baik pun..' sebab bila katakan demikian, kita sebenarnya belum lagi berusaha untuk menjadi lebih baik



Dalam hidup ini, kita tak tahu apa perancangan Allah terhadap hidup kita. Andai kata, kita berusaha menjadi lebih baik dan solehah pun masih belum menjadi pilihan, janganlah bersedih  atau patah hati kerana percayalah, dalam kita cuba berubah untuk mencuri hati seseorang, Allah terlebih dahulu mencuri hati kita untuk menjadi dekat denganNya. Dalam pada niat asal kita mahu menjadi solehah kerana mahu menjadi teman sehidup semati si dia, Allah terlebih dahulu akan meniupkan rasa cinta kepadaNya. Dan akhirnya, kita akan sedar kita tak perlukan sesiapa untuk menjadikan kita lebih baik kerana kita sebenarnya sudah jatuh cinta kepada Allah, dan itu lebih bernilai daripada segalanya.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Dear Izyan,
I like your new layout. It shows maturity. ;)

I have to admit that at certain point in our life, the feeling of loving someone is cannot be avoided.

I keep the feeling inside. I always make myself reminded that he is better than me in term of many ways so i have to give some room for myself to improve,

with a lots of praying to Allah to handle the rest. No worries at all ;)

Izyan Zainuddin said...

Waalaikumussalam,

Yes kak yuliana, u definitely get my point and yes you definitely handle it so well mashaAllah ^^

Wish that more people will understand this and stop refraining themselves from being a good person just because of some bad characters they have inside. To me, all people can change for the better, whatever their motivation is.

p/s: Thanks for liking. I do sense the maturity when my bro showed this to me (he's the one who actually designed it). So I guess no more childish post after this, huh :P

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers