Syukur alhamdulillah, 4 hingga 11 Disember yang lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk melancong ke Korea Selatan. Pengalamannnya, memang tiada tandingan. Walaubagaimanapun, benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Showing posts with label Current issues. Show all posts
Showing posts with label Current issues. Show all posts
May 28, 2010
Kita masih belum faham
Di Amerika
Rima adalah berbangsa Arab. Sudah beberapa tahunnya masyarakat Amerika bersikap prejudis terhadap bangsa Arab dan kejadian 11 september tambah memburukkan keadaan. Di Amerika, apa-apa yang berkaitan dengan Islam turut dibenci, tapi saya tahu bukan semua, hanya sesetengah masyarakat Amerika yang tidak mengkaji dan hanya bersumberkan CNN sebagai wadah utama berita mereka.
Ada satu ketika, lelaki berbangsa sikh turut diserang kerana orang ramai menyangkanya seorang muslim kerana janggut yang disimpannya. Wanita yang memakai tudung, lelaki yang mempunyai nama seorang muslim turut menjadi mangsa diskriminasi. Dan saya pun agak terkejut kerana Rima berjaya dinobatkan sebagai pemenang, seumpama ada konspirasi yang dilakukan pihak penganjur. Bukan, saya bukanlah bersikap paranoid terhadap mereka, tapi sudah tentulah tindakan mereka menyebabkan umat Islam bersuara. Ya, sudah tentu kita marah apabila mengetahui seorang wanita Islam menyertai pertandingan seperti ini dan mempamerkan auratnya di khalayak. Saya pasti pihak penganjur juga sedar akan hakikat ini tapi masih lagi memberi kemenangan kepadanya untuk melihat bagaimana reaksi kita.

Filem My name is Khan sedikit sebanyak mempamerkan masalah yang dihadapi umat Islam di Amerika terutamanya pasca 11 September
Dan hakikatnya, ya! Ramai muslim yang memberikan reaksi negatif terhadap kemenangannya. Sama juga dengan tindakan kartunis Amerika yang melancarkan 'Everybody Draw Muhammad Day'. Mereka tahu kita akan marah, tapi sengaja di ada-adakan perkara seperti itu. Cuma apa yang menyedihkan, ramai yang marah dan mengamuk, (saya juga marah) tapi ramai juga antara kita yang tidak pun menjadikan sunnah Rasul sebagai panduan hidup kita, tapi dia punya mengamuk lebih hebat dari yang lain. Rasulullah pasti sedih sekiranya tahu ada yang menghinanya, tapi Rasulullah pasti juga sedih bila mengetahui umatnya sendiri tidak mengamalkan apa yang telah diajarkannya-kita masih lagi leka, masih lagi melakukan kemungkaran.. Either way around, bukankah kedua-duanya juga adalah penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w? Astaghfirullah..
Di Malaysia
Facebook sememangnya satu medium terbaik untuk mengenal kerenah manusia. Lucu sungguh bila membaca macam-macam group yang ditubuhkan dan beribu-ribu orang yang join ataupun 'like' group tersebut. Ada ketikanya lucu, dan ada ketikanya juga menyakitkan hati.
Saya pernah terbaca mengenai satu group yang bernama lebih kurang begini 'benci perempuan yang pakai tudung hanya sebagai alas'. Pada pendapat saya, ia adalah satu benda yang bagus, sekurang-kurangnya ada yang concern dengan perkara sebegini. Cuma mungkin mereka patut tukar nama group itu kepada 'benci perbuatan yang hanya pakai tudung sebagai alas', sebabnya kita tak pernah diajar untuk membenci orang, tapi hanya untuk membenci perbuatan mungkarnya saja.
Tapi orang yang 'menglike' group tersebut pula yang buat saya garu kepala. Saya faham mereka tak suka, tapi tak perlulah sampai nak keluarkan kata-kata yang tak sedap didengar. Dan yang paling 'best', orang yang kuat mengutuk tu pula tak pun pakai tudung. Mengapa ya? Adakah mereka merasakan kedudukan mereka lebih mulia kerana mereka 'tidak mempermainkan agama' berbanding mereka yang bertudung tapi tak sempurna itu? (saya difahamkan itulah alasan yang diberi segelintir mereka) Hmmph.
Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
-maka, tiada exception untuk itu. Sebagai seorang muslim, tanggungjawab kita sudah tentu sami'na wa ata'na, kami dengar dan kami taat.
Hijab, adalah umpama satu hadiah daripada Islam untuk wanita. Dengan hijab, kita merasa kita selamat dan terpelihara, dengan syarat anggota badan ditutup rapi sebagaimana yang dianjurkan syarak. Manisnya wanita, andai diri sentiasa dijaga, kata-katanya lembut dan bukan yang buruk, akhlaknya indah mempesona. Dengan hanya membaca ayat ini, kita sendiri merasa indah bukan? Apatah lagi bila bertemu dengan wanita sebegini. InshaAllah, my dear sisters, masih belum terlambat untuk untuk kita menjadi wanita acuan Islam yang sebenar.
Baca sini untuk artikel mengenai aurat oleh Ustaz Zaharuddin, who, obviously, lebih layak untuk membicarakan perihal ini.
Saya bukanlah orang terbaik untuk bercakap mengenai hal-hal ini. Tapi inilah yang saya rasakan, dan saya kira wajar untuk dikongsikan. Banyak perkara yang kita masih lagi tak faham, tapi masih belum lagi terlambat untuk memahaminya. Mudah-mudahan Allah sentiasa sinari hidup kita dengan cahaya hidayahNya, dan menjauhkan kita dari kemungkaran. Wallahu'alam.
IZ: Tak berjaya mendapat kerja. Mungkin hanya gunakan cuti ini untuk mantapkan ilmu bakeri. Eheh :)
January 3, 2010
Future pearls.. or not?

Selain program idola kecil, ada satu lagi program yang melibatkan 'bakat' kanak-kanak, kalau ada sahabat-sahabat yang pernah mengikuti, tom-tom bak namanya di saluran Astro. Comel jugak tengok keletah adik-adik ni terutamanya masa sembang-sembang dengan uncle Aznil mereka tu.
Tapi saya agak khuatir dengan satu segmen dalam program ini yang saya tak pasti apa namanya, tapi segmen ini melibatkan adik-adik kecil ni menonjolkan 'bakat' masing-masing sama ada nyanyian, tarian atau lakonan. Dan yang saya paling risau bila tengok cousin saya yang paling comel, Sophie, dah pandai goyang inul sebab tengok segmen ni.. erk!
Dengan kebanjiran program-program seperti ini, saya percaya bukanlah individu berkualiti yang dapat kita hasilkan suatu hari nanti. Sebabnya, bayangkan kalau semua orang kat Malaysia ni nak jadi penyanyi, macam mana ya kita nak cari pemimpin untuk negara kita ni? Hmm saya tak pasti pula dengan menyertai program seperti ini, adik-adik kita ni akan ada bakat kepimpinan dan ilmu yang luas. Dengan menyertai program ni dapat berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan? Boleh berjaya dunia akhirah? I dont know about you, but it does sound weird to me.
Sewaktu kecil-kecil dulu, saya kira tiada pun program-program macam ni yang diterbitkan untuk kanak-kanak, tapi terasa zaman kanak-kanak dulu macam sangat seronok. Petang-petang main kat luar rumah sambil tunggu babu atau pak cik aiskrim datang.. lepas tu compare dengan adik beradik dan kawan-kawan dapat hadiah apa dalam bungkusan tora atau pun dendang.. huhu :)
Pendek kata, masa kecil-kecil dulu, tiada apa yang ingin dikejarkan. Bila waktu belajar, belajar. Bila waktu cuti, main. Ia semudah itu.
Tapi zaman sekarang berbeza. Adik sekecil 6 tahun sudah diajar target dunia. Mesti perform elok-elok atas stage. Mesti menang. Dari sudut positif, mungkin adik-adik ini diajar daya saing. Ok, itu bagus. Tapi sayang, daya saingnya untuk perkara yang tidak menjamin apa-apa. Do you think that people will still buy your album when you are already 60 and have to go on wheelchair to perform on stage? Well I dont think so. Tapi jika anda seorang ilmuan, selagi anda sihat mentally, ilmu dan pendapat anda akan sentiasa diambil kira waima anda terlantar di atas katil sekalipun.
Zaman kanak-kanak seharusnya menjadi zaman bagi kanak-kanak untuk mengenal dunia, tapi sudah tentu bukan dengan cara seperti ini. Biarlah kanak-kanak ini membesar dengan cara yang sepatutnya, naturally. Tidak perlu dihantar ke program-program yang memberikan stress kepada mereka (walaupun mereka cakap seronok, tapi stress tu mesti ada kan)
Dalam isu ini, bukanlah adik-adik ini yang patut dipersalahkan,. Adakah ibu-bapa mereka? Mungkin juga tidak, sebab mereka mungkin tidak mengetahui. Tapi berbaliklah kepada diri masing-masing. Apakah sumbangan kita untuk mengubah fenomena ini. Mungkin boleh beritahu makcik-makcik yang berkeinginan untuk hantar anak-anak mereka, atau beritahu adik-adik yang excited nak join program seperti ini atau lebih mudah, tak perlulah beri mereka menonton program-program seperti ini. Ada banyak cara kan..
Baru berusia 20 tahun, suami pun tiada, apatah lagi ada anak.. apalah agaknya yang saya tahu tentang ilmu parenting. Cuma satu yang pasti, membentuk individu yang bertaqwa adalah tanggungjawab semua, tak kisah lah kita dah mempunyai keluarga atau belum. Tapi alhamdulillah, mungkin sebab berusrah dengan naqibah yang dah berkeluarga, at least ada sedikit la kot basic idea macam mana nak membesarkan anak-anak and of course, sending them to singing competition will be the last thing on earth to put in the list!
Apa-apa pun, hanya kepada Allah kita berlindung. May Allah guide us all, always. Ameen :)
September 21, 2009
Bila membenci dan dibenci
Sedih. Bila soal agama dan semangat kebangsaan kita semakin dicabar akhir-akhir ini, membuatkan saya terfikir apakah langkah terbaik bagi saya, seorang muslim dan seorang rakyat Malaysia untuk menghadapi permasalahan seperti ini. Isu ini adalah isu global, maka kita sebagai ahli masyarakat tidak dapat tidak, mesti bersedia menghadapi dan membincangkannya.
Di Indonesia, sentimen anti-Malaysia semakin memuncak sehingga wujudnya aktiviti 'sweeping Malaysia' yang giat dijalankan penduduk di sana. Terfikir juga saya, apakah mereka punya begitu banyak masa lapang untuk meng'sweep' rakyat Malaysia di sana. Ada baiknya mungkin sesi itu digantikan dengan berusaha mencari rezeki untuk keluarga masing-masing ataupun maningkatkan amal ibadah dan jariah memandangkan sesi ini mula dilakukan pada Ramadhan tempoh hari.
Kalau diikutkan, saya bukanlah seorang yang semangat patriotiknya begitu menebal sekali. Tak pernah pula saya mengikuti perarakan kemerdekaan di peringkat daerah apatah lagi di peringkat kebangsaan. Saya juga belum lagi berjuang bermati-matian mempertahankan negara. Cumanya, sebagai seorang yang dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan sebagai rakyat Malaysia, maka cukup wajarlah saya kira untuk melahirkan rasa kesal dan sedih atas sikap mereka ke atas negara kita.
Isu-isu yang ditimbulkan sebenarnya agak remeh untuk dibincangkan. Terbaru, mereka berang dengan isu tarian pendet masyarakat Bali yang dipaparkan dalam iklan mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Walaupun sudah dijelaskan oleh pihak Discovery Channel yang sebenarnya mereka tersilap dan tidak melakukan kajian menyeluruh sewaktu memproses iklan itu, kelihatan penduduk di sana masih belum berpuas hati.
Sebelum isu tarian pendet, banyak juga isu yang dibangkitkan mereka seperti kes Cik Puan Mano, kes penderaan amah, dan kebayakan isu mengenai budaya mereka yang katanya telah dicedok oleh Malaysia. Tentang kes Cik Puan Mano, saya tak tahu banyak mengenai hal itu memandangkan penyiasatan pun masih lagi berjalan sekarang. Tentang kes penderaan amah, saya kira seluruh Malaysia ini menentang sekeras-kerasnya penderaan yang dilakukan majikan ke atas amah tersebut. Kerana hakikatnya, amah itu telah pun dibela dan majikan itu pun telah dikenakan tindakan. Agak hairan ya, media di sana sibuk untuk memanjangkan isu amah yang didera tapi tak pula memaparkan usaha kita membanteras masalah-masalah dan membela amah-amah tersebut. Isu budaya yang dicedok? Sepatutnya itu bukanlah permasalahan pokok yang harus ditimbulkan. Kita berkongsi rumpun yang sama, kita seharusnya sedar pemisahan antara negara tidak dapat menjadi benteng pemisah berkembangnya sesuatu budaya. Orang Jawa dari kepulauan Jawa sebagai contoh, yang berhijrah ke Tanah Melayu sudah tentu membawa budaya mereka bersama-sama mereka. Kita akui budaya itu dari kaum-kaum tertentu, tapi tidak semestinya dari negara itu kerana budaya dari sesuatu kaum itu bisa tersebar merentasi negara dan benua.
Apa yang lebih menghairankan, kebencian orang di sana terhadap kita secara tiba-tiba meletus. Seumpama ada sesuatu yang menghasut mereka untuk membenci kita setelah apa yang kita lakukan untuk membantu membangunkan ekonomi mereka. Yang lebih menyedihkan, muslim sesama muslim antara dua negara ini pun mula bercakaran dan saling membenci. Banyak blog yang dicipta untuk mengutuk, tak kurang juga groups yang wujud di facebook untuk menyemarakkan lagi api kebencian sesama kita. Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Al-Hujurat:10
Alangkah indahnya dunia jika semua muslim di dunia berpegang dengan ayat ini. Sudah pasti aktiviti sweeeping Malaysia, membakar bendera Malaysia dan membuat demonstrasi di depan kedutaan Malaysia tidak akan terjadi. Malangnya, semangat kebangsaan mereka seolah-olah dimanipulasi untuk melebihi semangat cintakan agama dan sesama saudara muslim.
Saya tidak mengatakan Indonesia salah. Saya juga tidak mengatakan Malaysia di pihak yang betul. Tapi satu perkara yang saya benar-benar pasti, perasaan benci membenci ini tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sebaliknya kita haruslah bersatu, bersedia menentang musuh-musuh Islam yang tidak pernah berhenti menjatuhkan deen ini. Di Eropah sebagai contoh, lihatlah betapa banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh saudara kita di sana. Larangan memakai hijab, larangan membina masjid, dan terbaru adalah agenda mereka melancarkan 'stop Islamization of Europe' betul-betul menyesakkan nafas saudara kita di sana. Dan kita di sini masih berkelahi atas isu perebutan tarian?
Mungkin sudah sampai masanya kita menjadi dewasa, sedewasanya umur negara kita yang 52 tahun ini. Api yang dimarakkan mereka, bukan api balasannya dari kita. Tapi alhamdulillah, student Malaysia di sana dengarnya tak cepat melatah dengan kerenah penduduk di sana. Baguslah. Yang tak bestnya, bila agaknya dapat ke Indonesia lagi; makan ikan gurami, pisang salai, jus sirsak (betul ke eja ni?), shopping busana muslimah yang murah-murah.. aish~
IZ: Maaf andai ada yang tak setuju dgn pendapat di atas. I seek Allah's forgiveness for every incorrect things I said, for Allah is the one who is perfect among all. Peace!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Get Social Share 2.0!