Syukur alhamdulillah, 4 hingga 11 Disember yang lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk melancong ke Korea Selatan. Pengalamannnya, memang tiada tandingan. Walaubagaimanapun, benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Showing posts with label BDS. Show all posts
Showing posts with label BDS. Show all posts
September 20, 2011
Dental Year IV
Bismillah
So its been a week since the semester reopened. A little bit stressful, which I think is a norm to any dental students. And alhamdulillah I am now staying at 6th residential college which brought me to a realization - that I'm still young! No, not that I mean that I enjoy the fact that I'm young hence I can do anything that I like. No, nothing like that. But what I mean here is, I am seeing lots of young people in this hostel ( I rented a house before this, thus I didnt see that many people before) and with the blessings given by Allah, these young people can actually do a lot of things.
For instance, the nikmat of having healthy body and brain that is still active, we, the shabab, can actually make the most of this world. It would be just amazing to see we, the young people, unite together, stand in one saff during salah, take care about each other and work for this deen! And wouldnt it be nice to see these young people, rather than to be occupied only with the study, spend some time to discuss about the problem of this ummah and try to seek a solution for that?
I'm not saying that we should not take our studies seriously, but on the other hand, we MUST take it seriously if we really want to change the condition of our ummah. Studying is one thing, but when we get older and get a scroll of what we've been studying for, it will be just that.. We are young, before the brain stops functioning, before the body is having difficulties in moving, lets do something, for we dont want to be among those who regret their pass.
Rasulullah saw once said,
“Take advantage of five matters before five other matters: your YOUTH before you become old; and your health, before you fall sick; and your richness, before you become poor; and your free time before you become busy; and your life, before your death.” (Narrated by Imam Ahmad])
Read More
So its been a week since the semester reopened. A little bit stressful, which I think is a norm to any dental students. And alhamdulillah I am now staying at 6th residential college which brought me to a realization - that I'm still young! No, not that I mean that I enjoy the fact that I'm young hence I can do anything that I like. No, nothing like that. But what I mean here is, I am seeing lots of young people in this hostel ( I rented a house before this, thus I didnt see that many people before) and with the blessings given by Allah, these young people can actually do a lot of things.
For instance, the nikmat of having healthy body and brain that is still active, we, the shabab, can actually make the most of this world. It would be just amazing to see we, the young people, unite together, stand in one saff during salah, take care about each other and work for this deen! And wouldnt it be nice to see these young people, rather than to be occupied only with the study, spend some time to discuss about the problem of this ummah and try to seek a solution for that?
I'm not saying that we should not take our studies seriously, but on the other hand, we MUST take it seriously if we really want to change the condition of our ummah. Studying is one thing, but when we get older and get a scroll of what we've been studying for, it will be just that.. We are young, before the brain stops functioning, before the body is having difficulties in moving, lets do something, for we dont want to be among those who regret their pass.
Rasulullah saw once said,
“Take advantage of five matters before five other matters: your YOUTH before you become old; and your health, before you fall sick; and your richness, before you become poor; and your free time before you become busy; and your life, before your death.” (Narrated by Imam Ahmad])
Random pic: 1st week of being a year 4 student- witnessed a surgery and couldn't stop my self from admiring Prof Ngeow's gentle way in handling the patient and performing the surgery. Pls make du'a so that I can be as pro as he is..
February 26, 2010
Carelessness will make you broke
Ya, mungkin itulah ayat yang sesuai menggambarkan keadaan saya ni. Hm 'papa kedana' bunyinya macam seram je. Lets try this one. Kecuaian akan menyebabkan anda kehilangan sejumlah wang biasiswa yang sepatutnya digunakan untuk keperluan yang lain tapi terpaksa diterbangkan duit itu untuk mengganti benda yang tak sepatutnya diganti lalu menyebabkan anda berasa geram dengan diri sendiri. Uhm sounds better kot. Huwaa~.
Setiap orang pastinya dikurniakan pelbagai anugerah, pelbagai kelemahan. Dan kalau ditanya apa kelemahan yang ingin saya atasi sekarang ni, mungkin untuk menjadi seorang yang kurang cuai.
Semenjak menyertai bidang dentistry ini, saya sedar kecuaian bukanlah perkara main-main. Di waktu pre-clinical ini pun telah ditekankan betapa pentingnya seorang pelajar pergigian itu untuk menjadi begitu berhati-hati dalam setiap kerjanya. Dan saya percaya, bukan saja dentist, malah setiap apa pekerjaan pun kalau tercuai akan ada banyak masalah yang menanti.
Seorang doktor, kalau ada kecuaian dalam merawat pesakit, bersedialah menghadapi saman daripada pesakit tersebut dan keluarganya. Dan tambah menekankan emosi, mungkin si pesakit akan minta kesnya dilaporkan di muka depan akhbar perdana. Seorang arkitek atau jurutera, kalau cuai dalam mereka bentuk bangunan atau calculation yang dibuat, mungkin akan menyebabkan ketidakstabilan bangunan yang dibina, disaman dan hilang kepercayaan client. Pendek kata, dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, jangan cuai.
Dan sehingga kini saya kira dah begitu banyak duit yang terbang kerana kecuaian saya di operative technique lab. Okay, lets do some calculations
Anggaran perbelanjaan Izyan sepanjang berada di optech lab:
Re-do cavity preparation di gigi cavo minggu ini: 2xrm 5=rm 10
Hilang wax knife (diguna utk manipulate wax utk buat gigi palsu) :1xrm 15=rm 15
Dental bur (diguna utk drill gigi), setakat ni 5 bur kot yang dah hilang/patah: 5xrm5=rm 25
Re-do resin block (tak tau nak explain macam mana):1xrm5=rm 5
Misplace tray/orang lain terambil (diguna utk letak instruments):1xrm 12=12
Le Cron carver hilang jugak : 1xrm5 (kalau x silap)=rm 5
Gates glidden bur patah: 1xrm2=rm 2
Total=RM 74 ( hanya anggaran kasar, rasanya memang lebih daripada jumlah ni)
-collection of dental burs that went missing :(-
Its not about the lost of the money that makes me really frustrated. I have to say its because of my carelessness that causes me to lose the money that makes me feel irritated. I mean, we all have our own budget.. ie how much we should spend this month, how much should we save and now I seem to have lost it because of my carelessness, which is something that I should be able to avoid.
Huu.. dengan baki sebulan lebih lagi di optech, saya tak tahu berapa lagi wang yang perlu saya 'spare'kan kalau-kalau berlaku lagi kecuaian di optech. Spending money in optech is one thing, but I heard that the money that should be spent in clinical years is a lot more. I think I should find a part-time job (if I manage to get the long break) after this. What is it eh.. a cool and fun job to do. Oh! Maybe I should go babysitting some babies! Sounds fun, sounds fun! The only problem is.. where on earth I can find babies? And which mother would send their children to an unskilled babysitter like me?
I dont know.. I think I'm going to keep searching.. I shall find the answer soon and I'll let you know if I found one. Well, only if you are interested to know. Till then!
August 30, 2009
Bunsen burner T_T
Lepas Asar dan dah sampai kat rumah, tengok-tengok ayah ada lagi kat rumah. Aik.. kata ada hal tadi, tak jadi ke meetingnya ( ayah kalau takde kat rumah selalunya sebab attend meeting di masjid). Rupa-rupanya takde meeting pun. Ceh. Dan hal yang dimaksudkan tu sebenarnya sebab nak pergi bazaar Melawati, nak beli kuih tepung pelita. Haha. Ayah.. ayah, kalau dah mengidam tu, lautan api pun sanggup direnangi.
Dan lepas tu kami pun berangkatlah ke bazaar tu, harap-harapnya boleh lah jumpa bunsen burner di kedai hardware di Melawati. Jumpa memanglah jumpa, tapi harganya pulak sampai beratus ringgit! Adoi.. terus cancel beli. Spirit lamp pun takde kat kedai tu, yang ada cuma panjut yang orang pasang kat keliling rumah masa nak dekat raya tu.. ha yang tu adalah. Takkanlah nak buat record block di perkarangan rumah pulak kan. So, lawak ayah yang suruh beli benda tu memang kena tolak mentah-mentahlah. Huhu.
Oh lupa pulak nak cerita kenapa saya perlukan spirit lamp tu. Sebenarnya kami kena siapkan projek prosthetic- complete denture (gigi palsu yang lengkap). Dan tak boleh nak guna lilin sebab nak guna api yang warna biru so that wax tu nanti tak lah warna hitam. Memandangkan saya banyak lagi tak siap, jadi kenalah siapkan di rumah.. cuti 3 hari kan.. rugi pula kalau tak manfaatkan.
Ini lah sebahagian bahan-bahan yang diperlukan untuk buat record block, salah satu step sebelum complete denture dapat disiapkan.
Memandangkan bunsen burner tak beli sebab mahal, spirit lamp pulak tak jumpa, construction of my record block tomorrow hanya akan menggunakan api dapur. Yeah!! Ni pun lepas dah dapat nasihat daripada cik ezza yang katanya record block dia menjadi bila dia guna api dapur. Dan harap-harapnya ibu pun taklah marah bila tengok dapur dia kena tumpahan wax. Huhu.
Ok, sampai sini dulu. Doakan urusan saya dipermudahkan esok, dan juga pada hari-hari akan datang ya.
July 25, 2009
3 Minggu Yang Berlalu
Hmm dah 3 minggu saya menjalani kehidupan sbg pelajar tahun kedua jurusan pergigian. Jujur saya katakan, bahang stress tu dah mula terasa. Serasa baru saja nak adapt dengan sistem pembelajaran masa tahun 1 dulu, sistem pembelajaran sekarang ni is totally different! Kebanyakan masa kami dihabiskan di lab dan semua orang berlumba-lumba nak siapkan projek secepat mungkin.
Kalau dibandingkan dengan tahun 1 dulu, saya akui tahun 1 juga memang mencabar. Tapi mencabarnya tu bukan dari segi kesuntukan masa untuk menyiapkan projek dsb, (okay la mungkin ada sikit kesuntukan masa dan penat berulang alik dari fakulti pergigian ke fakulti perubatan) tapi mencabarnya itu dari segi subjek yang dipelajari susah nak score, ditambah pula dengan sistem grading lecturer yang strict. Adoi.. memang menangis la masa mula-mula dapat result exam dulu. Tapi bila masa berlalu pergi, kita pun mula belajar. Mula faham kehendak lecturer dan kehendak soalan dan sedar tak sedar, dah habis pun year 1. Saya tamat tahun pertama, alhamdulillah. Tapi tidaklah begitu cemerlang. Walau macam manapun, saya bersyukur, sebab kalau dibandingkan, masih ada lagi rakan-rakan yang belum lagi dikurniakan rezeki untuk berjaya.
Year 1 class, 2008/09
Naik tahun kedua, saya jangkakan keseronokan yang digembar-gemburkan senior. Tapi sampai hari ini pun saya belum temui keseronokan tu. Bila di lab, semua orang tak kisah kiri dan kanan lagi, yang penting, projek mesti disiapkan secepat mungkin. Dan saya, yang hand skill nya tak berapa bagus ni memang selalu ketinggalan. Apatah lagi bila cubicle-mate kita dah laju meninggalkan kita. Kerja yang mula-mula ok dah jadi tak ok sebab panik yang mendatang. Bila tunjuk kat lecturer hasil kerjanya, memang kena bambu la. Tapi itu hak mereka nak marah. They expect the best from their students. Hmm tapi kira okla kena marah dengan lecturer daripada kena marah dengan patient nanti. Silap haribulan kena saman, lagi naya.
Selama 20 tahun roh dan jasad saya bersatu, saya cukup kenal siapa diri saya. Saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang gifted dan cemerlang dalam banyak bidang. Apa-apa yang saya dapat, saya berusaha keras untuk itu dan selebihnya hanya Allah yang menentukan sama ada saya layak atau tidak mendapat kejayaan. Walaupun kadang-kadang cemburu tengok kawan-kawan yang cemerlang walaupun tak berusaha mana, solat dan ibadahnya pun tunggang langgang, tapi masih lagi lebih berjaya daripada saya. Namun lepas tu cepat-cepat beristighfar. Ini semua rancangan Allah. Siapalah kita nak mempersoalkan semua itu. Walaupun perjalanan hidup saya tidak selancar orang lain, di penghujungnya nanti saya pasti akan ada juga sinarnya.
Kadang-kadang selalu juga tanya diri sendiri, kenapa ambil course ni in the 1st place. Saya sebenarnya dah lama sedar yang hand skills saya tak berapa bagus. Nak kata minat pun tak la minat sangat sebab memang tak ada pendedahan tentang course ni masa di sekolah dan asasi dulu. Ibu dan ayah pun tak pernah paksa. Cumanya saya rasakan memang dah tertulis di Lauh Mahfuz saya di sini, belajar tentang gigi, bahagian mulut, kepala dan leher. Maka saya mengikut gerak hati saya untuk memilih bidang ni dan kalau orang tanya kenapa ambil, saya sememangnya tak tau kenapa. Kehendak itu datang dengan sendiri.
My cubicle- mate, hsin yuan with her dummy
Sekarang saya dah pilih jalan ini, seharusnya saya tak menoleh lagi ke belakang walaupun kadang-kadang terasa saya tak mampu lagi berdiri, sebab Allah dah janji, takkan bebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapinya. Tentang hand skills, inshaAllah ia boleh diperbaiki, cuma saya perlukan sedikit masa untuk itu. Maka dengan itu, saya takkan berputus asa, terus pandang ke depan dan berusaha memberi khidmat dan rawatan terbaik kepada masyarakat yang meletakkan kepercayaan kepada saya untuk meneroka oral cavity mereka!
Subscribe to:
Posts (Atom)

Get Social Share 2.0!