August 30, 2009

Bunsen burner T_T


Haih... penatnya pusing-pusing cari bunsen burner ni. Cadangnya nak beli spirit lamp yang senior cakap ada jual kat seksyen 14 di Petaling Jaya. Jadi bila ayah jemput dari UM semalam nak la singgah sekejap dan beli kat situ. Tapi ayah nak cepat, ada hal katanya lepas Asar nanti, jadi saya pun berangkatlah pulang ke rumah dalam pukul 3. 40 macam tu, dengan harapan boleh cari spirit lamp atau bunsen burner di area Selayang.


Lepas Asar dan dah sampai kat rumah, tengok-tengok ayah ada lagi kat rumah. Aik.. kata ada hal tadi, tak jadi ke meetingnya ( ayah kalau takde kat rumah selalunya sebab attend meeting di masjid). Rupa-rupanya takde meeting pun. Ceh. Dan hal yang dimaksudkan tu sebenarnya sebab nak pergi bazaar Melawati, nak beli kuih tepung pelita. Haha. Ayah.. ayah, kalau dah mengidam tu, lautan api pun sanggup direnangi.


Dan lepas tu kami pun berangkatlah ke bazaar tu, harap-harapnya boleh lah jumpa bunsen burner di kedai hardware di Melawati. Jumpa memanglah jumpa, tapi harganya pulak sampai beratus ringgit! Adoi.. terus cancel beli. Spirit lamp pun takde kat kedai tu, yang ada cuma panjut yang orang pasang kat keliling rumah masa nak dekat raya tu.. ha yang tu adalah. Takkanlah nak buat record block di perkarangan rumah pulak kan. So, lawak ayah yang suruh beli benda tu memang kena tolak mentah-mentahlah. Huhu.


Oh lupa pulak nak cerita kenapa saya perlukan spirit lamp tu. Sebenarnya kami kena siapkan projek prosthetic- complete denture (gigi palsu yang lengkap). Dan tak boleh nak guna lilin sebab nak guna api yang warna biru so that wax tu nanti tak lah warna hitam. Memandangkan saya banyak lagi tak siap, jadi kenalah siapkan di rumah.. cuti 3 hari kan.. rugi pula kalau tak manfaatkan.


Ini lah sebahagian bahan-bahan yang diperlukan untuk buat record block, salah satu step sebelum complete denture dapat disiapkan.


Memandangkan bunsen burner tak beli sebab mahal, spirit lamp pulak tak jumpa, construction of my record block tomorrow hanya akan menggunakan api dapur. Yeah!! Ni pun lepas dah dapat nasihat daripada cik ezza yang katanya record block dia menjadi bila dia guna api dapur. Dan harap-harapnya ibu pun taklah marah bila tengok dapur dia kena tumpahan wax. Huhu.


Ok, sampai sini dulu. Doakan urusan saya dipermudahkan esok, dan juga pada hari-hari akan datang ya.






4 comments:

Yuana said...

ASSALAMUALAIKUM izyan,
janga biasakan bawak balik projek ke bilik.
kat bilik masa utk study.
utk pengetahuan, akak x pernah bawak balik projek utk dibuat dlm bilik kecuali ada ingat sekali je la utk wax up.
tp wax up tu pun bukannye pakai api.
dasyat la korang nie semangat sungguh!
cuba disiplinkan diri utk settle di lab. insyaAllah.

saja nak share pengalaman. yg baik ikut. hehe...wslm

Izyan Zainuddin said...

waalaikumussalam..
oho.. ye ke kak?
sbnrnye pnah gak terfikir cam tu
tp rs tkt lmbt siap sbb lecturer pon da complain tkt kami ni x sempat keja schedule
nways, thx for sharing
lps ni inshaAllah x nk bwk blk da :)

cyrus rupert said...

hi. izyan. long time no see...bhgia nya hidup u d UM. good luck in ur study. hehehe

Izyan Zainuddin said...

hi cyrus!
yea2.. lepas abis pasum trus menghilang je kan
nways, all the best in ur studies too~

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers