Ahlan ya ramadhan! Wah, tak terasa sungguh dah setahun Ramadhan yang lalu ditinggalkan. Kini Ramadhan menjelma lagi, membuatkan kita membina 1001 hajat dan semangat untuk melalui bulan ini dengan sebaik-baiknya. Saya juga macam tu. Berkobar-kobar ni. Dan harap-harapnya semangat ini tak luntur sampailah habis Ramadhan nanti, inshaAllah. Sesungguhnya Ramadhan bukanlah sebenarnya bulan peperangan dengan diri dan nafsu kita sendiri, sebaliknya ia bulan untuk mempersiapkan diri menghadapi sebenar-benar peperangan untuk 11 bulan yang akan datang.
Entri kali ini bukan tentang Ramadhan, sebab saya pasti ramai sahabat di luar sana yang banyak pengetahuannya tentang kelebihan ataupun hikmah bulan ini yang boleh dikongsikan kepada semua. Tapi ia tentang tabiat manusia yang selalu berlaku di sekeliling saya. Entahlah. Saya suka perhati di sekeliling saya dan selepas itu terjemahkan dalam bentuk tulisan (cewah.. padahal baru je start blogging ni pun :p). Dan yang pasti, bukanlah niat saya untuk menghukum, jauh sekali mencela sesiapa sebab tujuan saya tulis ni pun untuk menegur diri saya yang asyik sangat buat silap ni. Haihh~
Sinonimkah ya perempuan dengan mengumpat? Bukan apa, kalau tengok perempuan berkumpul sikit, dan ada lelaki yang lalu.. selalu dia cakap macam ni.. "Haa.. buat ketupat la tu!" Saya taklah kecil hati kalau betul kami ni buat ketupat dan dia nak tegur atau nak rasa sikit ketupat tu, tapi yang dimaksudkan dengan ketupat oleh si lelaki tadi tu bukanlah ketupat yang boleh dimakan dengan kuah kacang ataupun lodeh tapi sebaliknya aktiviti mengumpat. Aduhai lelaki.. lain kali husnuzzhan sikit ye?
Tapi kalau difikirkan balik, lelaki itu mungkin hanya menyuarakan apa yang dia rasa. Ataupun apa yang sering dia lalui. Mungkin dia pernah/banyak kali terdengar perempuan yang ramai-ramai mengumpat dan tak pasal-pasal perempuan-perempuan yang dilihatnya berkumpul, semuanya dikira melakukan aktiviti mengumpat. Dan ini membuatkan saya merefleks semula diri saya. Adakah saya pernah berada di kelompok itu? Kelompok yang pada awalnya bersembang, tapi lama-kelamaan sembangnya lebih kepada hal orang lain, dan bukan tentang perkara yang bermanfaat.
And to my offense, the answer is yes. Astaghfirullah.. may Allah forgive me! Kadang-kadang kita cuba untuk lari daripada mendengar cerita tentang orang lain, tapi tak jumpa alasan untuk pergi dari situ, dan lidah ini pula seakan kelu nak bersuara. Kelu untuk menyeru orang di sekeliling kita untuk berhenti. Kelu untuk katakan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut kita ini dihitung dosa pahalanya. Astaghfirullah.. ternyata iman saya masih lemah dan akhirnya, saya hanya mendengar cerita-cerita yang disampaikan. Again, may Allah forgive us all. Akan kucuba perbaiki diri ini ya Allah..
Ada juga orang yang bila ditegur, responnya selalu "Eh.. mana ada mengumpat, ni benda betul ni.." Hakikatnya, benda yang betul itu pun, bila menceritakan keburukan orang lain, itu masih dikira mengumpat kan? Kalau ceritanya tak betul, fitnah namanya tu.. Saya tak punya pengetahuan agama yang luas, tapi daripada apa yang saya pelajari, kita hanya boleh mengumpat apabila untuk selamatkan keadaan. Maksudnya, kalau kita pasti dan ada bukti yang kukuh seorang rakan kita ni seorang pencuri, maka haruslah kita sampaikan kepada orang lain supaya mereka lebih berhati-hati dengan si pencuri tadi.( tolong betulkan ya jika saya salah)
Malangnya, aktiviti mengumpat seakan-akan menjadi norma dalam kehidupan seharian kita. Kalau di hari-hari perayaan, bila dah berkumpul ramai-ramai tu, memang banyak benda yang dibualkan, termasuklah hal-hal orang lain yang tak patut diceritakan. Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. Al-Hujurat:12.
Walaupun dalam ayat di atas tidaklah disebutkan mengapa/sebab kita tidak dibenarkan mengumpat orang lain, namun realiti kehidupan hari ini telah pun membenarkan larangan Allah dalam ayat di atas. Sebagai contoh, kita dapat melihat bagaimana kesannya umpatan seseorang kepada seorang yang lain. Bagaimana umpatan yang dibuat menjadikan kehidupan seseorang bercelaru kerana orang lain memandangnya dengan sinis, dan bayangkan perasaannya jika dia tahu orang lain memperkatakan yang buruk-buruk tentang dirinya? Pasti susah untuk dia berdepan dengan orang lain, dan akhirnya perasaan benci-membenci mula wujud dalam ummah kita. Aduhai.. siapalah kita untuk menghukum orang lain. Jika benar dia ada keburukan, tegurlah secara berhikmah. Kalau keburukan itu bukan daripada dirinya (ada masalah keluarga, pelajaran.. etc) tak perlulah untuk dibincangkan bersama orang lain. Sebabnya dia tak tau pun apa yang diumpatkan dan yang paling penting, ia sama sekali tidak mengelokkan keadaan, malahan dapat menyebabkannya bertambah buruk.
Secara jujurnya, takut juga untuk post entri ini. Takut-takut apa yang ditulis ini akan diuji oleh Allah ke atas saya suatu hari nanti. Namun, seperti yang dikatakan tadi, saya menulis ini untuk menegur diri sendiri sebenarnya. Kalau-kalau suatu hari nanti terlajak cakap, sekurang-kurangnya saya ingat yang saya pernah menulis tentang ini, dan saya MESTI mempraktikkan apa yang saya cakap. Dan anda yang baca entri ini, saya sangat-sangat mengalu-alukan teguran anda jikalau ada kesilapan yang saya lakukan suatu hari nanti. Mungkin Ramadhan ini adalah titik tolak terbaik untuk jadi diri kita yang baru? Setakat ini dulu. Wallahu'alam..
IZ: Err pelik pulak tgk combination warna ni. Takpela, sekali sekala cuba kelainan. Hee :D
1 comments:
Assalamualaikum..minta maaf banyak2sekali lagi kerana saya pengunjung luar datang singgah lagi.
Sy ingin berkongsi lagi apa yg saya rasa sekali lagi kerana dlm artikel ini ada sikit menyentuh saya.
Bab Mengumpat
Dulu2 masa belajar akhlak, takrif mengumpat ialah,(saya simpulkan apa yg difaham) bercakap sesuatu perkara mengenai hal org, kalau org itu dengar, dia pasti x suka, itu namanya mengumpat. Contoh, aisha,amina dan fatimah kawan baik. aisha cakap kat amina, "Fatimah tu pemalas orgnya" dan kalau Fatimah tu dengar ( x kisah benar/x benar)mesti x sukakan?? terasa hatikan? itu adalah mengumpat apa yg saya faham.Mungkin ada org lain ada definisi lain.
Cerita bab mengumpat ni, secara jujurnya kita mcm x dpt larikan?. kdg2 kita termengumpat org, kdg2 kita diumpat org. Either in expressly or impliedly. X perlu mulut, mata dan mimik muka pon boleh. Tgk org yg x suka tu dtg mimik muka dah lain, berlaku jeling2.org tu mesti rasa kecik hatikan??Lepastu ada unsur bisik berbisik..mcmanatukan?
Mengumpat ini terjadi bila seseorg itu ada berasa x puas hati kat seseorg tu. Dia ada rasa x senang kat seseorg..atau ada rasa dengki ke..sesetengah org mampu pendam, ada yg x mampu pendam maka meluahkan la perasaan kat org lain. Eloknya kita patut bersemuka pada org kita x puas hati tukan?? tp berapa rmi org boleh buat?? cth A x puas hati dgn si B, Si A akan cari C,D,E,F atau sesape lain utk meluahkan perasaan x puas hati dia tu. kalau C,D,E,F tu baik2 dan bg solution x pe, kalau diorg mengapi2kan lagi lagi dahsyat kan?
Soal mengenai hati dan perasaan ini agak subjektifkan? Nk jadikan hati ni betul2 bersih dan baik, kdg2 kita x tahu nk determine camana..
Saya pon bukanlah baik sgt dan msh proses membaiki diri.Ni cerita atas dasar pengalaman la. Sekadar berkongsi rasa.
Sekali lagi minta maaf krn ziarah lg blog ni pastu bg respon pjg2 dan complicated pulak tu.. Apepon tq n Wassalam..
Post a Comment