August 7, 2009

Be nice does not harm you

Pernah tak dalam hidup anda, anda rasa penat untuk buat baik? Ok, jujurlah dengan diri masing-masing. Sebab jika saya katakan dengan jujur, saya memang pernah rasa macam tu. Saya pernah rasa peritnya bila kita buat baik dengan seseorang, tapi dia tak pernah pula nak hargai apa yang pernah kita lakukan untuk dia. Sampai ada satu masa tu mulut dia begitu lancang kutuk kita pun ada. Saya pernah rasa macam tu. Dan selalu rasa untuk lepaskan apa yang saya rasa dalam hati ni dan cakap depan-depan dia apa yang kita rasa. Tapi saya tak punya kekuatan untuk itu. Maka. saya hanya diam dan biarkan perkara itu berlalu.


Masa berlalu. Saya masih belum ada kekuatan untuk suarakan apa yang saya rasa. Tapi satu perkara yang perasan lama kelamaan, dia tak lagi macam tu. Kata-kata dia bukan lagi yang menjengkelkan. Pendek kata, dia BAIK terhadap saya. Pelik kan. Tapi itulah yang terjadi. Sekarang memang saya sangat bersyukur sebab saya tak pernah diberi kekuatan untuk berdepan dengan orang. Sebabnya bayangkan kalau saya marah dia hari tu, boleh jadi dia kecil hati dan tak mahu lagi jumpa dengan saya.


Pengalaman-pengalaman macam ni buat saya belajar yang manusia itu boleh berubah. Berubah kepada kebaikan atau keburukan, itu bergantung kepada tuan punya diri. Tapi kita sebagai rakan atau insan disekelilingnya jangan cepat sangat melatah atau berprasangka. Jika dia tidaklah sebaik mana, kita doakan supaya dia berubah menjadi orang yang lebih baik. Jika dia suka sangat cakap tentang keburukan kita dan orang lain, kita diamkan saja dan kalau mampu, kita tunjukkan contoh yang baik kepada dia; beri dia hadiah, puji kelebihan dia, ambil tahu perkembangan dia.. nanti lama-kelamaan dia pun segan nak cakap buruk-buruk pada kita.








Teknik ni sebenarnya agak sukar, sebab perlukan kita untuk telan saja kejahatan orang pada kita, tapi kita kena ingat yang 'good things will never come easy'. Istiqamahlah dengan apa yang kita cuba tunjukkan pada dia, inshaAllah Allah akan bantu kita menghadapi kesukaran itu dan bantu untuk mengubah dia pula.


Orang selalu cakap tak perlu untuk baik sangat dengan orang. Alasannya mungkin 'Alah.. takkan kita nak biar dia pijak kepala kita pulak!' Hmm itu mungkin betul, sebab kita kena tegakkan pendirian kita KALAU kita di pihak yang betul. Tapi lepas tu bermulalah permusuhan dua muslim, yang orang kafir akan gelak dan seronok bila tengok. Kadang-kadang orang duk marah atau tak suka kita tu sebab kesalahan kita juga. Jadi perkara terbaik untuk mula-mula sekali kita lakukan ialah cermin balik diri kita. Kalau kita sedar kita salah, cepat-cepat perbaiki. Tak perlu egois.


Alhamdulillah saya pernah diberi peluang untuk menyertai training ESQ 165, beberapa bulan yang lalu. Dalam kursus tu, saya tertarik dengan satu formula matematik yang diaplikasikan, yang apabila apa-apa nombor kalau dibahagi dengan kosong, akan mencapai nilai infinity atau ketakterhinggaan. Formula ini dinamakan 'zero mind process' Maksudnya, jika hati kita kosong, bersih dari segala prasangka, kita pasti akan mampu mencapai tahap yang tersangat baik iaitu infinity. Biarlah orang nak cakap apa sekalipun, hati kita kekal bersih, sebab apa yang penting, kita cuba untuk menjaga ukhwah antara kita dan cuba untuk meraih redha Allah, biarpun perit sikit pada awalnya.


Saya akui, memang fitrah manusia untuk tak nak buat sesuatu kalau tak dapat ganjarannya. Dan sebab itu susah untuk orang buat baik sebab dia tak nampak apa hasilnya kalau dia buat baik. Tapi kita kena selalu ingat, di kiri dan kanan kita ni malaikat raqib dan atid akan SENTIASA mencatat setiap amalan dan keburukan yang kita lakukan. Maka tak perlu lagi kita ragu-ragu untuk buat kebaikan sebab balasannya ada, tapi sudah tentu bukan sekarang. Hmm kalaulah orang boleh nampak malaikat dengan mata kasar kan...


3 comments:

Izaida Zainuddin said...

Hee well said sister :D
Will try not to be so bitter, though some people really deserve it.

Aqeedah Mumtazah said...

assalamualaikum
Minta maaaf saya pengunjung luar ingin berkongsi rasa kerana begitu terkesan membaca artikel.

Memang agak sukarkan sebenarnya nk jadi 100% baik, nk memuaskan hati semua org, nk jaga hati semua org dan nk phm semua2 org.

Psikologinya, manusia kdg2 suka lihat keburukan bbndg kebaikan. Melihat kulit dulu baru isinya.

Itu saja.Wasslam

Izyan Zainuddin said...

waalaikumussalam. tq ye aqeeda sudi ziarah blog ni.

hmm mmg susah, even org yg menulis ni pon x terlepas dari berprasangka, tp rsnye kt boleh practise dulu kot. nnti lm2 baru bole jd habit.

walaupun x dpt puaskn hati semua org sekalipun, rsnye cukuplah kt menjadi yg terbaik utk diri kt. sekadar berpendapat :D

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers