May 28, 2010

Kita masih belum faham


Kemenangan Rima Fakih dalam Miss USA baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Rima, seorang Arab-American telah dinobatan sebagai pemenang dalam pertandingan ratu cantik dan memewaskan puluhan yang lain. Tapi, kenapa kemenangan Rima mencetuskan kontroversi ya?



Di Amerika
Rima adalah berbangsa Arab. Sudah beberapa tahunnya masyarakat Amerika bersikap prejudis terhadap bangsa Arab dan kejadian 11 september tambah memburukkan keadaan. Di Amerika, apa-apa yang berkaitan dengan Islam turut dibenci, tapi saya tahu bukan semua, hanya sesetengah masyarakat Amerika yang tidak mengkaji dan hanya bersumberkan CNN sebagai wadah utama berita mereka.



Ada satu ketika, lelaki berbangsa sikh turut diserang kerana orang ramai menyangkanya seorang muslim kerana janggut yang disimpannya. Wanita yang memakai tudung, lelaki yang mempunyai nama seorang muslim turut menjadi mangsa diskriminasi. Dan saya pun agak terkejut kerana Rima berjaya dinobatkan sebagai pemenang, seumpama ada konspirasi yang dilakukan pihak penganjur. Bukan, saya bukanlah bersikap paranoid terhadap mereka, tapi sudah tentulah tindakan mereka menyebabkan umat Islam bersuara. Ya, sudah tentu kita marah apabila mengetahui seorang wanita Islam menyertai pertandingan seperti ini dan mempamerkan auratnya di khalayak. Saya pasti pihak penganjur juga sedar akan hakikat ini tapi masih lagi memberi kemenangan kepadanya untuk melihat bagaimana reaksi kita.



Filem My name is Khan sedikit sebanyak mempamerkan masalah yang dihadapi umat Islam di Amerika terutamanya pasca 11 September


Dan hakikatnya, ya! Ramai muslim yang memberikan reaksi negatif terhadap kemenangannya. Sama juga dengan tindakan kartunis Amerika yang melancarkan 'Everybody Draw Muhammad Day'. Mereka tahu kita akan marah, tapi sengaja di ada-adakan perkara seperti itu. Cuma apa yang menyedihkan, ramai yang marah dan mengamuk, (saya juga marah) tapi ramai juga antara kita yang tidak pun menjadikan sunnah Rasul sebagai panduan hidup kita, tapi dia punya mengamuk lebih hebat dari yang lain. Rasulullah pasti sedih sekiranya tahu ada yang menghinanya, tapi Rasulullah pasti juga sedih bila mengetahui umatnya sendiri tidak mengamalkan apa yang telah diajarkannya-kita masih lagi leka, masih lagi melakukan kemungkaran.. Either way around, bukankah kedua-duanya juga adalah penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w? Astaghfirullah..


Baca sini utk artikel menarik mengenai isu Rima dan wanita Arab yang lain.




Di Malaysia
Facebook sememangnya satu medium terbaik untuk mengenal kerenah manusia. Lucu sungguh bila membaca macam-macam group yang ditubuhkan dan beribu-ribu orang yang join ataupun 'like' group tersebut. Ada ketikanya lucu, dan ada ketikanya juga menyakitkan hati.



Saya pernah terbaca mengenai satu group yang bernama lebih kurang begini 'benci perempuan yang pakai tudung hanya sebagai alas'. Pada pendapat saya, ia adalah satu benda yang bagus, sekurang-kurangnya ada yang concern dengan perkara sebegini. Cuma mungkin mereka patut tukar nama group itu kepada 'benci perbuatan yang hanya pakai tudung sebagai alas', sebabnya kita tak pernah diajar untuk membenci orang, tapi hanya untuk membenci perbuatan mungkarnya saja.



Tapi orang yang 'menglike' group tersebut pula yang buat saya garu kepala. Saya faham mereka tak suka, tapi tak perlulah sampai nak keluarkan kata-kata yang tak sedap didengar. Dan yang paling 'best', orang yang kuat mengutuk tu pula tak pun pakai tudung. Mengapa ya? Adakah mereka merasakan kedudukan mereka lebih mulia kerana mereka 'tidak mempermainkan agama' berbanding mereka yang bertudung tapi tak sempurna itu? (saya difahamkan itulah alasan yang diberi segelintir mereka) Hmmph.


Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


-maka, tiada exception untuk itu. Sebagai seorang muslim, tanggungjawab kita sudah tentu sami'na wa ata'na, kami dengar dan kami taat.



Hijab, adalah umpama satu hadiah daripada Islam untuk wanita. Dengan hijab, kita merasa kita selamat dan terpelihara, dengan syarat anggota badan ditutup rapi sebagaimana yang dianjurkan syarak. Manisnya wanita, andai diri sentiasa dijaga, kata-katanya lembut dan bukan yang buruk, akhlaknya indah mempesona. Dengan hanya membaca ayat ini, kita sendiri merasa indah bukan? Apatah lagi bila bertemu dengan wanita sebegini. InshaAllah, my dear sisters, masih belum terlambat untuk untuk kita menjadi wanita acuan Islam yang sebenar.



Baca sini untuk artikel mengenai aurat oleh Ustaz Zaharuddin, who, obviously, lebih layak untuk membicarakan perihal ini.



Saya bukanlah orang terbaik untuk bercakap mengenai hal-hal ini. Tapi inilah yang saya rasakan, dan saya kira wajar untuk dikongsikan. Banyak perkara yang kita masih lagi tak faham, tapi masih belum lagi terlambat untuk memahaminya. Mudah-mudahan Allah sentiasa sinari hidup kita dengan cahaya hidayahNya, dan menjauhkan kita dari kemungkaran. Wallahu'alam.








IZ: Tak berjaya mendapat kerja. Mungkin hanya gunakan cuti ini untuk mantapkan ilmu bakeri. Eheh :)

6 comments:

aCu said...

juga tertantya-tanya akan perkara yang sama. hurm...

Zuhairi said...

Islam harus dilihat akan isinya, bukan kulit.

Bukan dengan emosi, tapi dengan intelek dan dasar keilmuan yang kukuh.

Apabila seseorang melihat sesuatu bukan di atas konteksnya, dia akan tersasar.

Good post here..

Izyan Zainuddin said...
This comment has been removed by the author.
Izyan Zainuddin said...

Cika: Kan cika kan? But it is never too late for people to change. Sama-sama kita doakan, untuk mereka dan kita jugak, inshaAllah


Eri: Exactly!

Yuana said...

u're right
i not realized,
x perasan that we shouldnt hate 'perempuan'
but hate 'perbuatan'

thanks

Izyan Zainuddin said...

most welcome kak
sama2 mengingatkan, inshaAllah :)

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers