January 7, 2012

Kerana Dia cinta sejatiku

Bismilllah

Sebelum anda baca post ini, saya minta anda untuk lupakan sebentar siapa yang menulisnya. Kerana saya tahu pembaca blog saya ini tak lah ramai mana, dan yang membaca itu pula kebanyakannya adalah kenalan saya, maka saya minta anda untuk cuba bayangkan bukan saya yang menulis ini, tapi ia adalah dari seorang saudara/ a sister in faith yang sedaya upaya membina ikhlas supaya apa yang cuba disampaikan ini dapat terus sampai ke hati anda. Fahami isi nya, bukan penyampainya. Walaupun post ini adalah agak peribadi buat saya, tapi saya kira harus saya kongsikan agar lebih ramai yang dapat manfaatnya inshaAllah.


Lewat kebelakangan ini, saya banyak berfikir dan merefleksi, terutamanya selepas pulang daripada Twins of Faith Conference tempoh hari. Fikir tentang kehidupan yang pernah saya lalui dan bakal saya lalui. Sungguh, terlalu banyaaaak nikmat yang Allah beri kepada saya. Nikmat dilahirkan sebagai Islam terutamanya. Dan selepas itu, nikmat dilahirkan dalam keluarga yang agak senang pula. Tak cukup dengan itu, nikmat berjaya masuk ke UM ni pula.


Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  (An-Nahl: 18)


Sehingga pada satu ketika, saya terfikir.. 'Apa lah yang aku buat hebat sangat sampai dapat banyak sangat nikmat ni' Dan langsung saya tersentap, terfikir dan tersedar yang rupa-rupanya saya belum berbuat apa-apa lagi. Setakat solat 5 waktu dan mengaji sikit-sikit tu, itu belum cukup untuk menunjukkan saya betul-betul hargai nikmat yang sungguh hebat ini. Allah...

Mari kenali saya 7 tahun yang lalu.

Sewaktu di sekolah menengah, saya sangat rajin study. Kerana sangat mahu berjaya dalam exam, selalu saya stay up sampai tengah malam dan hujung minggu pun masih dengan buku. Begitu juga sewaktu di asasi. Masih begitu rajin sampai roommate saya selalu lari ke bilik kawan dia sebab stress saya rajin study huhu. Dah lah rajin study, lepas tu rajin pulak pergi surau. Solat hajat semua. Ok cukup. Tentu anda rasa saya sangat bangga dengan diri saya maka saya ceritakan ini semua kepada anda kan?

Hakikatnya.. bukan begitu! Betul, saya selalu pergi surau dan rajin study semua, tapi itu semua untuk apa? Ketika itu semuanya hanyalah untuk berjaya dalam peperiksaan. Saya rajin ke surau supaya Allah bantu saya dalam exam. Kerana saya takut jika saya gagal,orang akan pandang rendah, pandang serong kepada saya. Maka saya berusaha keras untuk mengelakkan perasaan malu, malu dengan pandangan manusia. Astaghfirullah. Tidak cukup dengan itu, saya telah menggunakan Allah untuk mencapai target saya, iaitu untuk berjaya dalam exam dan kehidupan di dunia. Allahu.. tiada langsung perasaan bangga dalam diri ini, tapi yang wujud adalah hanya perasaan hina... Ampunkan aku Ya Allah T_T

Perkara ini saya kira ramai yang terlepas pandang. Kerana mahu berjaya dalam exam, kita gunakan Allah. Kerana mahu rezeki yang banyak dan melimpah ruah, kita gunakan Allah. Kerana mahu berkahwin dengan orang itu dan ini, kita minta tolong dengan Allah.

Tapi, bukankah ia sepatutnya begini..?

Kerana mahukan Allah dan syurgaNya, kita perlu bersungguh-sungguh menuntut ilmu, berjaya atau tidak dalam exam.. itu bukan persoalannya.


Sabda Rasulullah saw,  Sesiapa yang mengambil jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga (Muslim)


Juga, kerana mahukan Allah, kita mahukan rezeki dan wang yang secukupnya supaya boleh diinfaq ke jalanNya. Kerana mahukan Allah, kita perlu berkahwin dengan orang-orang soleh supaya baitul muslim yang bakal terbina mendapat redhaNya, dan dapat menghasilkan mujahid dan mujahidah yang 'izzah dengan Islam yang syumul ini. Tapi, sedikit sekali dalam kehidupan kita, kita tujukan apa saja.. and with  that I mean ANYTHING yang kita lakukan semata-mata untukNya.

Dan apa yang membuatkan saya bertambah-tambah sedih dan terharu dan malu kepada Allah lagi ialah walaupun kadang-kala saya tersalah niat ketika melakukan sesuatu perkara, Allah masih beri apa yang saya minta. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani.


                                                                           kredit


Dulu-dulu, walaupun saya rajin study dan rajin minta tolong pada Allah, tapi saya masih lagi ada perasaan 'insecure'. Dan bila difikir balik, semua itu berlaku hanya apabila kita terlalu risau dengan pandangan manusia,  matlamat utama kehidupan kita belum betul-betul ditujukan kepada Allah semata-mata.

Dan kini, Allah beri saya satu lagi nikmat, iaitu nikmat untuk fahami hakikat kehidupan ini hanyalah untuk Dia. Amazingly, selepas saya faham itu semua.. tiada lagi perasaan 'insecure'. Kini yang wujud hanyalah perasaan yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa bersama saya, membantu saya menghadapi mehnah / ujian di dunia yang fana ini. Manusia mungkin boleh berkata apa saja yang mereka mahukan, tapi hakikatnya, bukanlah mereka yang mengganjari saya syurga atau mengazab saya dengan api neraka kelak (nauzhubillah). Itu yang pasti.


Point nya di sini, andai sebelum ini kita pernah tersilap dan terleka dengan mainan dunia ini, mungkin sudah sampai masanya untuk kita 'reshuffle' semula prioriti hidup kita dan lantas, dengan perasaan rendah hati dan jiwa kehambaan, kita kembali kepada Dia. Sekiranya dalam hidup ini kita hanya mahukan kesenangan di dunia semata-mata, Allah pasti akan berikan dunia kepada kita. Tapi sekiranya kita mahukan kehidupan dunia dan akhirat yang berkat dan selamat, itu  pun akan diberikan Allah kepada kita. Maka pilihlah sewajarnya.


Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada anda yang membaca. Barakallahu feekum!





Allahu Rabbi.. sungguh banyak kasihMu kepada ku. Andai dapat ku rendahkan dahiku lebih dari rendahnya tanah yang ku sentuh setiap hari dalam solatku, aku sanggup Ya Rabb! Moga Engkau bimbing hati ini, hati yang mudah berbolak-balik ini.. terus lurus ke jalan menuju syurgaMu. Allahumma ameen.






IZ: Dah start study week. Mohon doanya ya agar saya diberi kefahaman dalam pelajaran dan dapat menjawab exam dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang, dengan niat hanya satu- untuk menggapai redhaNya! ^^

5 comments:

aCu said...

sumtin yang juga berlaku pada cika :(

SI PENGEMBARA JALANAN said...

moga Allah mengurniakan yg terbaik buatmu.. sungguh, suke lihat kamu skrg..=)) alhamdulillah thummalhamdulillah..

Izyan Zainuddin said...

Cika: Its okay, kita semua pernah tersilap, tapi yg paling best ialah bila kita sedar yang kita tersilap dan kita perbaiki, kan? :)


Kak Shirah: Ameen! Tq for the du'a :) Tgh cuba perbaiki diri yang sgt byk kelemahan ni kak. Alhamdulillah, Allah sentiasa tunjukkan jalan :)

Syaz said...

saya pernah alami dan sedang mengalami benda yang sama.. menggunakan Allah semata-mata untuk perihal dunia.. rajin belajar semata-mata nak berjaya, tak nak org pandang rendah.. tp mcm mana saya nak tanamkan di dlm hati, bahawa hakikat kehidupan ini hanyalah untuk Dia..

Izyan Zainuddin said...

Salam syaz. Saya rasa the fact that awak berjaya utarakan soalan ni pun dah berjaya menjawab soalan awak tu :) Sekarang awak dah tahu kan yang hakikat hidup awak untuk Allah semata-mata?

Takpa, kita semua pernah tersilap, dan bila dah tau kita tersilap, Allah suruh bertaubat dan mulakan semula; dengan langkah baru, semangat baru.

InshaAllah, luruskan niat bila nak buat sesuatu dan istighfar if u think if u've deviated from your initial intention. Semoga berjaya! ;)

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers