January 19, 2010

Rahmat dalam kesibukan

Sering kita mengeluh dengan rutin kehidupan kita yang sibuk. Kerana kesibukan dengan tugas sebagai pelajar (saya mengambil kira dari sudut pelajar kerana saya sendiri seorang pelajar), kita tak dapat buat itu dan ini. Kita terlepas peluang ke situ dan ke sini.


Tapi cuba kita lihat situasi ini dari sudut yang berbeza.


" Ala..banyaknya assignment tak settle lagi. Dah lah kena submit esok. Melepas lah tengok AJL malam ni.."



"Alamak.. petang ni ada kelas ganti pulak. Baru plan nak keluar tengok movie.. Adush"



Sedar tak sedar, kesibukan yang kita lalui sebenarnya telah menyelamatkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang hakikatnya melalaikan dan tidak diredhai Allah.


Maka, marilah bersyukur andai kita punya banyak komitmen untuk dilaksanakan berbanding mengeluh; kerana dalam kesibukan itu ada rahmat.


Satu perkara yang penting, bukanlah kesibukan itu menjadi alasan untuk kita menjadi semakin jauh daripadaNya. Sesibuk mana pun, badan kita perlu tenaga. Oleh sebab itu, kita tetap makan untuk memenuhi keperluan fizikal walau sesibuk mana pun kita.


Hati kita juga begitu. Kerana kesibukan dengan urusan dunia, hati kita hakikatnya dahagakan santapan rohani. Oleh itu, kita perlukan diri ini sentiasa diingati dan dijamah dengan ilmu akhirat kerana kesibukan dan kejayaan kita di dunia bukanlah penentu selamatnya kita di akhirat nanti.


Maka dengan itu, marilah hadapi hidup ini sehabis baik dan raikanlah kesibukan yang dalamnya ada rahmat. Moga-moga kita bukanlah dalam kalangan orang-orang yang menyesal di hari kemudian. Ameen.




Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka kerjakan.
(Surah Hud:15-16)

0 comments:

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers