Jadi saya pun mem'baking' lagi. Bukan sebab tak ada sesuatu yang lain daripada resipi untuk dikongsi bersama, ada banyak sebenarnya yang bermain di fikiran saya ni. Tapi apa kan daya, masa sejak akhir-akhir ini macam cemburu benar dengan saya. Jadi dengan masa yang ada ini saya buatkan entry yang cepat siap dan juga bermanfaat untuk saya ( sebab saya juga berhasrat menjadikan blog ini sebagai buku rujukan memasak saya) dan juga untuk anda yang suka masak dan makan dan bagi orang lain makan ^^
Buat pengetahuan anda, dah 3 kali saya buat bread pudding ni dan setiap kali saya buat alhamdulillah laju je habis. Maka adalah begitu 'selfish'nya saya jika saya tak kongsikan resipi yang membawa kegembiraan kepada orang lain ni dengan anda semua yang membaca. Kesimpulannya bukan lah saya yang pandai masak tapi resipi ni memang kena dengan semua orang sama ada family, kawan-kawan atau pun saudara mara sebab saya selalu pelik kalau orang cakap saya pandai masak sedangkan saya hanya membuat semula (baca : reproduce) resipi itu dan bukan lah saya yang mencipta resipi itu. But either way, alhamdulillah and thank you for the compliments :)
Resipi ini saya dapat daripada allrecipes,com. Jadi dalam bahasa Inggeris lah ya. Sebab masa tak mengizinan tak sempat saya nak translate ke bahasa Melayu. Kalau ada sesiapa yang nak terjemahannya boleh bagitahu, nanti lepas dah balik dari Terengganu (ya, esok pagi saya akan ke Terengganu) saya buatkan terjemahannya inshaAllah.
Ingredients
Directions
Note: For vanilla sauce, dont put the egg together inside the saucepan, instead, take about half cup of the milk mixture from the saucepan, mix it into the egg that has been beaten and pour it back into the saucepan. Otherwise you will be having scrambled egg inside the milk sauce :|
Dan hasilnya..
Terlupa nak ambil gambar bila pudding ini dah dipotong dan disiram vanilla sauce :|
Adalah biasa untuk pudding ini menjadi sangat naik (baca: rise) selepas baru saja keluar dari oven dan menurun selepas lama dibiarkan sejuk. Boleh juga ganti vanilla sauce dengan vanilla ice cream; sesuai dengan citarasa anda dan family. Selamat mencuba :)
0 comments:
Post a Comment