Saja nak berkongsi. Lagu yang dipromote oleh rakan serumah tersayang, Cik Nurul Latifah. Terasa sebak dengar lagu ni. Mungkin kerana melodi dan bait-bait lirik yang menyentuh soal cinta kepada Dia. Ya, kepada DIA. Sayangnya ramai daripada kita pada hari ini semakin endah tak endah untuk menggapai cintaNya, tapi semakin berlumba-lumba untuk mengejar cinta yang berlawanan jantina. Cinta kepada Allah dijanjikan pahala dan syurga, tapi cinta kepada yang bukan mahram itu dapat apa ya? Sama-sama kita muhasabah diri semula dan gunakan akal yang dikurniakanNya untuk membezakan yang baik dan yang buruk, yang halal dan yang haram, inshaAllah :)
Post a Comment