November 29, 2010

Tips-tips berkomunikasi untuk disenangi

Assalamualaikum. Dah lama tak mencoret sesuatu kat sini. Aish.. tiap-tiap kali buat post baru mesti tulis macam ni kan. Nak buat macam mana, memang tiap kali update blog jarak masanya sangat lama. Mungkin sebab 'ketidakpandaian' saya dalam mengurus masa.. kalau ada exam pasal pengurusan masa mungkin saya boleh fail kot. Erk.


Nevertheless, saya akan cuba juga untuk isi blog ini dengan info bermanfaat dan cerita-cerita saya, dan untuk kali ini saya akan kongsikan tips-tips untuk menjadikan komunikasi kita lebih baik dan inshaAllah lebih berkesan.


Sebelum itu, satu soalan patut kita tanya, apa pentingnya komunikasi sampai nak kena belajar untuk komunikasi berkesan? Kepentingan? Memang sangat banyak. Andai kata anda seorang doktor (atau doktor gigi :p), kebolehan anda berkomunikasi dengan patient dan staff sememangnya dapat menghasilkan rawatan yang lebih baik, semuanya kerana komunikasi anda dengan mereka menyebabkan mereka lebih co-operative dan suka dengan anda in which, psikologi pesakit juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjayakan rawatan.


Kedua, adalah dalam peranan anda sebagai seorang rakan, baik dalam social circle anda sendiri ataupun dengan rakan-rakan yang baru anda kenali. Siapa yang tak suka orang yang pandai bersembang dan ambil hati kawan-kawan yang lain kan. Dan yang terakhir dan terpenting adalah dalam lapangan kita sebagai seorang da'ie. Lihat sajalah contoh Rasulullah saw berkomunikasi dengan sahabat-sahabat mahupun musuh-musuh baginda, semuanya ada contoh tauladan terbaik yang patut kita ikuti sehingga jatuh sayang mereka semuanya kepada baginda. Dengan itu, syariat Islam berjaya disebarkan.


Ok, done with the benefits, sekarang jom kita tengok apa tips tips untuk menjadikan komunkasi lebih efektif. FYI, kebanyakan daripada tips-tips ini saya ambil daripada buku Leil Lowndes, bertajuk How To Talk to Anyone. Hee saya memang suka baca buku self-help dan psikologi ni, dan saya kira buku Leil ini sangat menarik dan mudah untuk dipraktikkan tips2nya. Selain daripada buku ni, saya pun ada beli satu lagi buku beliau yang bertajuk How to Feel Confident. Tapi buku ni ok2 je, tak sebagus the previous one that I bought. Ada 2 lagi buku beliau yang saya tak beli, kalau tak silap tajuknya How To Make Anyone Fall in Love with You (ehm rasanya tak perlulah beli buku ni) dan satu lagi tajuknya How to Make Anyone Like You. Yang ni saya tak beli sebab rasanya kalau kita dah pandai cakap dengan orang lain, automatically orang tu akan like kita kan.. jadi sama je. Eh oklah, dah panjang sangat ni.. lets see what tips that Leil and I got to offer to make your conversation better!


First, lets start with how to begin a conversation.


1)Find something unusual about that person
Untuk orang yang baru ingin kita kenali, susah betul nak cari topik untuk memulakan perbualan kan? Apa kata kita mulakannya dengan mencari sesuatu yang ada pada individu tersebut.

Contoh:

Wow what a nice brooch you got there! Where did you get it from?

Ya, lebih kurang begini. Contohnya bila kita jumpa individu tu dalam train atau majlis-majlis, kita bolehlah menggunakan apa yang ada pada individu tu untuk mulakan perbualan. Tapi awas, benda yang dijadikan topik perbualan haruslah benda yang baik-baik dan diikuti dengan pujian. Elakkan daripada menjadikan fizikal seseorang untuk dijadikan topik perbualan, seperti ' Wow that is a really HUGE tummy you got there! I wonder how many times you eat in a day?!' kepada orang yang overweight.. silap hari bulan mau kena pelangkung pada hari pertama perkenalan.



2) Remember their names
Ok, jadi bila dah ada topik perbualan baru lah boleh tanya nama. Dan adalah sangat penting untuk ingat nama individu yang baru kita kenali tadi. Ia mungkin susah untuk sesetengah orang terutama bila berkenalan dengan ramai orang sekali gus, seperti sesi ice breaking di program-program, tapi with practice, inshaAllah ia dapat diatasi.

Dan bila dah ingat nama, sebaiknya sebut nama mereka setiap kali mahu berkomunikasi dengan mereka.

Contoh:

(nama kawan adalah Siti, memperkenalkan diri sewaktu sesi ice breaking)

Eh Siti asal daripada mana ya?
Oh saya pun suka jugak memasak macam awak, Siti
etc..


Mesti Siti tu rasa terharu bila ada orang ingat nama dia, dan ingat maklumat yang dia sampaikan mengenai dirinya waktu sesi ice breaking tadi. Jadi kesimpulannya jangan malu untuk sebut nama kawan yang kita baru kenal atau tak berapa nak rapat sangat, sebab dia mesti suka dan terharu bila orang yang tak berapa rapat dengan dia pun begitu mengingati namanya.



3) Complimenting with reasons
Siapa yang tak suka kena puji kan. Tapi satu lagi teknik untuk menyebabkan pujian itu lebih berkesan ialah bila kita puji dia sekali dengan alasan atau sebab.

Contoh:

Wow I really like the color of your shirt! It matches the color of your beautiful eyes!

as compared to:

Wow I really like the color of your shirt!


Ternyata statement yang pertama adalah lebih kuat dan meninggalkan kesan kan? Jadi, figure out things that you are about to compliment and things to support them.



4)Parrot-ing
Parrot atau burung kakak tua memang suka ajuk apa kita cakap. Tapi sikap parrot ni tak adalah 'annoying' mana sebab ia boleh diaplikasikan dalam teknik komunikasi berkesan. Contonya, dalam kehidupan kita sehari-hari mesti ada hari yang kita sangat letih tapi orang-orang di sekeliling kita waktu tu pulak rajin nak sembang dengan kita.

For instance, after a loong day at work/ attending classes, your mum who picked you up was so enthusiastic to talk about this new handbag that she bought. And you were wayy too tired to talk and just wanted to sleep. So what you can do is just by repeating the last word that your mum said, and your mum will think that you are interested in the conversation and you yourself manage to not hurting your mum's feelings.


Contoh:

Mak: Semalam mak beli handbag baru..
Anak: Handbag baru?
Mak: Ya, dekat Parkson Subang Parade. Ada diskaun!
Anak: Huh diskaun?
Mak: Diskaun sampai 70% nak. Tu yang mak beli tu. Jenama Gucci pulak tu
Anak: Wow.. gucci!



Dan begitulah seterusnya. Tapi tak perlulah sampai nak ulang setiap apa yang mak kita cakap tu, nanti kantoi pulak kita tak concentrate. Jadi penyelesaian terbaik selepas beberapa kali jawab dengan mengulang, mungkin boleh guna 'uhuh' atau 'oh..' atau 'iya?' dan mengulang semula. Tapi kalau dah tak larat tu tidur je lah, provided that kita dah cakap few sentences dengan mak tadi. Selepas tu, baru mintak excuse nak tidur, daripada terus tak mau sembang dengan mak kita sebab nak tidur dalam kereta. It's not nice to do that to your mum guys.



5)Directing the spotlight.
Dan yang paling penting bila berkomunikasi dan harus kita ingati ialah the spotlight is always directed to the other person. Maksudnya, bila bersembang, janganlah kita yang menguasai perbualan. Pasti rakan kita tu rasa senang bila kita betul-betul menunjukkan minat mengenai apa yang dia bicarakan. Talk less, listen more. Dan bila perlu, balas/ reply apa yang patut. Ya, walau pun cerita yang di sampaikan adalah sangat boring.. tak apalah, dengar saja, dan excuse yourself once they have finished.




Sebenarnya ada banyak lagi tips dalam buku How to Talk to Anyone ni, tapi ini saja yang saya ingat sebab ini yang selalu saya praktikkan. Memandangkan buku ni tak ada bersama saya sekarang, maka tak boleh lah saya nak pinjamkan kepada siapa-siapa yang berhajat nak pinjam. Lebih baik, saya mencadangakan anda untuk membelinya sendiri dan praktis sendiri. Pada saya, pelaburan membeli buku tak pernah merugikan :)


Uhm and one more thing, once you have mastered the skills in communication, or even trying to master it, do remember to correct the niat of why you are learning this. I mean, I really hope that whoever reading this tips that I share do not use it for bad purpose for example to flirt (??) or to take advantage or manipulating others. The people whom you talk with might not know your real intention, but hey, ALLAH is watching over you and He knows everything inside out.. So with that, happy practicing!

4 comments:

Yunalia said...

I like this article so much.
TQ 4 sharing Sis.

I used to apply 'parrot-ing' when talk with my mom. I just noticed it was 'parrot-ing'. Well, should minimize it. InshaAllah.

Izyan Zainuddin said...

Hee most welcome kak
Semoga bermanfaat :)

syimiekitty said...

wow...interesting sgt!! :)
nak try buat la

Izyan Zainuddin said...

Ok shima.. selamat mencuba :)

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers