Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Tak tahu kenapa, tapi lagu ni selalu terngiang-ngiang di telinga saya lewat kebelakangan ini. Hmm mungkin kerana rentaknya yang syahdu dan liriknya yang menginsafkan, selain lagu ni merupakan lagu feveret ayah selepas dibelinya cd karaoke kumpulan raihan hari tu. Dan mungkin juga liriknya bertepatan dengan saya yang terlalu banyak mengutamakan dunia sebelum ini, maka lagu ini seakan-akan mengejutkan saya dari kesilapan itu...Try la dengar, u'll love it. Ok, nak sambung baca endo.. huu menulis hanya di kala mahu. Moga redha Allah sentiasa bersama kita, inshaAllah
0 comments:
Post a Comment