December 18, 2009

Tahun baru, umur baru

Alhamdulillah. 18 Disember 2009, saya selamat menginjak ke usia 20 thn. Pagi-pagi lagi dah dikejutkan dengan kucupan istimewa ibu dengan ucapan hari lahir. Huu terharu2. Malam tadi jam 12 pula dapat macam-macam versi lagu happy birthday daripada ayah, abang dan kakak. Adik pulak send sms. Okla tu kan. Bukannya senang si adik yang sorang ni nak ingat birthday orang. Selalunya saya sering merasakan betapa istimewanya hari ini, dapat ucapan dan doa yang baik2, dapat kek (heh tang ni saya paling suka) dan kadang-kadang dapat hadiah daripada family dan sahabat- sahabat yang pemurah tu.



Tahun ini, tarikh hari lahir saya adalah serentak dengan tarikh 1 Muharram, tahun baru 1431 H. MashaAllah, suka saya bila perasan tarikh itu tarikh yang sama. Seumpama ada sesuatu yang ingin diberitahu Dia kepada saya. Mungkin saya perlu keluar daripada zone yang saya berada sekarang, perlu maju beberapa tapak lagi dan berazam untuk menjadi mukmin yang bertaqwa dan berusaha untuk kebaikan, baik untuk kebaikan duniawi mahupun ukhrawi.



Sebelum-sebelum ini, saya sering merasakan hari lahir adalah hari yang cukup special untuk diri saya. Ya, untuk saya saja. Tapi rupa-rupanya saya silap. Dalam satu ceramah yang pernah saya dengar di tv, hari lahir kita sebenarnya adalah hari sepatutnya kita mengucapkan terima kasih dan menyatakan penghargaan kepada ibu kita, kerana pada hari inilah ibu kita bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini, untuk melalui satu perjalanan hidup dan mengutip apa yang ada di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti.



Tidak lupa juga kepada ayah yang bersusah payah mencari nafkah untuk membesarkan kita sehingga kita menjadi kita yang hari ini, dan memberikan didikan supaya kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Dengan itu, bila tibanya hari lahir, marilah kita ucapkan kata-kata penghargaan kepada mereka dan kalau ada rezeki lebih tu, berilah hadiah untuk diberi kepada mereka, rather than asking for presents from them kan kan.



Alhamdulillah, walaupun saya tak lah kisah sangat mereka nak raikan atau tak birthday saya ni, tapi sambutan mereka mashaAllah, terharu dibuatnya! Lepas tu dapat pulak presents including a watch and a book which I'm soo thrill to read esok sebab malam ni macam dah sangat ngantuk hehe.



All of all, segala puji dan kesyukuran hanya untuk Allah, atas segala nikmat yang diberikan ke atas saya selama 2o tahun hidup saya di muka bumi ini. Terus terang, saya tidak mengharapkan hadiah daripada keluarga ataupun sahabat-sahabat (tapi kalau orang dah bagi tu ambik je la kan :p), memadailah hanya dengan mendoakan kesejahteraan saya, keluarga dan seluruh umat Islam di dunia ini dalam solat kalian. Semoga nikmat yang kita kecapi tidak menjadikan kita lalai dan jauh daripadaNya, mudah-mudahan.. Ameen.






6 comments:

Yuana said...

Allah Selamatkan Kamu, Allah Selamatkan Kamu, Allah Selamatkan Izyan Zainudin, Allah Selamatkan Kamu...

Happy 20th, welcome to early adult.
hehe

im wondering if during my birthday i will buy a present to my parents. sure touching moment nyer...nak cubalah bulan 5 nanti dgn tag note..

"Mak Ayah, tanpa kalian Liana tidak akan menjadi sptmana Liana sekarang. Terima kasih kerana melahirkan, menyusukan, dan menjaga Liana"

InsyaAllah jika panjang umur. so xcited. TQ Izyan.

Mohd Hasyim Bin Harun said...

selamat hari lahir...

SI PENGEMBARA JALANAN said...

selamat hari lahir.. moga terus dalam rahmat dan kesejahteraan dr Dia..

Izyan Zainuddin said...

Kak yuliana: thank you!! yup, try la bagi. mesti parents akak terharu nanti. hehe

hasyim: time kasih! :)

kak shirah: wawawa org jauh ni. thanks akak! ameen :)

Syahidah Roslam said...

selamat hari lahir izyan!^_^

Izyan Zainuddin said...

oh tq syahid ;))

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers