Syukur alhamdulillah, 4 hingga 11 Disember yang lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk melancong ke Korea Selatan. Pengalamannnya, memang tiada tandingan. Walaubagaimanapun, benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
August 7, 2010
Tahun Tiga
Salam 'alaik. Bila saya check account google ni semalam, baru perasan dah lama sangat blog ni tak di'update'. Sibuk, antara sebab mengapa saya jarang dapat online sekarang ni. Tambahan pula, semenjak duduk di luar UM ni, connection internet sangat terbatas, tapi inshaAllah akan dapat diatasi tak lama lagi bila streamyx dah dipasang di rumah nanti.
Read More
Duduk di luar ni sebenarnya ada baik dan buruknya. Baiknya sebab balik rumah memang hilang stress sebab kawasan rumah yang agak luas berbanding bilik yang hanya ada katil dan meja study seperti di kolej dulu. Selain tu, di rumah ni boleh masak dan makan anytime my stomach desires, hehe. Tapi yang kurang bestnya bayarannya mahal sikit berbanding kolej dan dah jarang dapat dengar pengisian di surau kolej. Hanya pengisian di IKIM dan usrah seminggu sekali yang mengisi rohani saya daripada kosong.
Dari sudut pelajaran, sudah 4 minggu saya berada di tahun tiga fakulti pergigian UM. Dan perkenalan dengan staf-staf yang baru dan semestinya pensyarah-pensyarah baru kepada kami yang baru naik tahun klinikal ni, merupakan titik tolak baru dalam hidup saya. Cabaran bakal bermula; saya tidak lagi belajar teori saja, tapi harus diaplikasikan kepada pesakit saya, and with that, I mean REAL patient.
Semenjak saya menjejakkan kaki di UM ini, saya sedar perjalanan hidup selama 5 tahun ini sememangnya akan mengubah saya. Dan apa yang paling saya harapkan biarlah perubahan itu satu perubahan yang positif. Saya mengharapkan saya semakin yakin, dan keyakinan itu adalah berteraskan kepada bertambahnya keyakinan saya kepada ALLAH. Saya mengharapkan saya semakin bijak berkomunikasi dan biarlah ia terjadi kerana ilmu yang penuh di dada, dan bukan omongan sembarangan. Saya mengharapkan saya akan bertemu dengan ramai kawan dan saya mengharapkan mereka adalah sahabat yang ikhlas dan mencintai saya kerana cinta mereka kepada ALLAH.
Namun, saya hanya mampu berharap dan berdoa. Sesungguhnya apa yang paling saya takutkan ialah kalau-kalau tahun klinikal ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri, yang hilang sifat jujur dan prihatinnya dan seorang yang lupa akan niat asalnya untuk menuntut ilmu. Na'uzhubillah.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (HR Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya niat adalah asas kepada segala amalan yang dilakukan. Dan saya amat takut jika ada ketika niat saya untuk belajar di UM ni ter'deviate' daripada apa yang sepatutnya. Maka dengan itu saya mengharapkan doa anda dan sudah tentu doa saya sendiri supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus untuk menggapai redhaNya. Jika ketika belajar pun niat kita sudah salah, apatah lagi bila dah bekerja nanti? Mungkin nanti kita hanya akan bekerja dan terus bekerja untuk menjadi hamba dunia saja, semuanya kerana asas atau niat yang sudah awal-awal lagi salah. Astaghfirullah
Oh ya, speaking of niat, jangan lupa pasang niat dan azam untuk menjadikan Ramadhan yang bakal menjelang kali ini adalah yang terbaik daripada sebelumnya. Since Ramadhan only comes once in a year and we are not really sure whether we will be seeing Ramadhan again next time, so lets just make this Ramadhan the best Ramadhan ever! ( in terms of ibadah I mean, not the food :P) And dont forget to pray for our brothers and sisters in Palestine and all over the world too, for them to go through this month with strength, patience and hearts full of iman. May Allah protect them, ameen! Till then, take care and Ramadhan Kareem!
IZ: Akan melakukan suntikan local anaesthesia buat kali pertama dalam seumur hidup hari Isnin ni. Cemas juga ni. Semoga orang yang disuntik nanti selamat-selamat saje, huhu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Get Social Share 2.0!