August 30, 2011

Salam Aidilfitri :)

Bismillah

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini- terutamanya buat keluarga dan saudara mara, rakan-rakan daripada SK 1 Taman Selayang, SMK Taman Selayang, SM Sains Muar, PASUM, rakan-rakan daripada Fakulti Pergigian UM, dan teristimewa buat sahabat-sahabat yang bersama saya di jalan tarbiyah dan da'wah ini.


Saya juga ingin memohon jutaan ampun dan maaf andai pernah terkasar bahasa dan tersalah bicara kepada pembaca blog ini kerana saya hanyalah insan dhaif, tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Yang paling penting dan saya hargai, tegurlah saya secara berhemah supaya saya berpeluang untuk menjadi saya yang lebih baik. Semoga Allah menerima amalan kita pada bulan Ramadhan yang lalu dan menjadikan hati kita terus hidup untuk beramal di jalanNya inshaAllah.


Oh ya, sesiapa yang berada di sekitar Selayang atau pun tak kisahlah di mana saja anda berada, jemput lah datang menziarahi saya dan keluarga ya. InshaAllah, kita tautkan kembali silaturrahim :)





 Taqabbal Alallhu minna waminkum wa kullu 'aameen wa antum bikhayr :)




Salam Aidilfitri.

Ikhlas,
Nurul Izyan Haji Zainuddin





0 comments:

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers