August 13, 2011

Jodoh

Bismillah


Lewat kebelakangan ini selalu saya ditanyakan tentang jodoh. Daripada makcik-makcik yang ditemui ketika berbuka puasa, keluarga saya sendiri dan kawan-kawan pun ada. Sampai saya pun pelik. Sebaiknya soalan itu ditujukan kepada kakak saya yang dah nak masuk ke usia 24 tahun, sedangkan saya baru nak berusia 22 tahun.


Terbaru, saya mendapat panggilan daripada seseorang yang saya hormati yang usianya sudah boleh dianggap sebagai mak cik kepada saya, menasihati saya supaya berhati-hati dalam berkawan dan jangan terjebak dengan lelaki-lelaki yang tak patut. Saya pada mulanya agak terkejut mendapat panggilan daripada makcik ini pada waktu yang dikira agak 'odd', tapi bila perkara yang dibincangkan adalah tentang jodoh maka lagilah saya 'ehhh?'


Mungkin orang-orang yang bertanyakan saya tentang perkahwinan ini adalah orang yang cukup risau sama ada saya akan bertemu jodoh atau tidak. Lebih-lebih lagi apabila saya tidak pernah menunjukkan minat kepada mana-mana lelaki (yang maksudnya tak pernah ada boyfriend), ataupun mereka risau saya tidak dapat bertemu jodoh yang sesuai with my 5'8" height. Aha..!


Satu perkara yang mungkin makcik-makcik ini terlepas pandang ialah, tidak menunjukkan minat untuk mempunyai teman lelaki bukanlah bermaksud kita tak mahu berkahwin. Mungkin bila melihat anak kawan-kawannya sudah berpasangan dia mula risau bila kita tak ada pasangan. Tambahan pula, bila kita berada dalam bidang medical-dental ini, agak kurang waktu untuk bersosial. Mungkin anda yang membaca ini pun pernah mengalami situasi yang sama dengan saya. Dalam Al-Quran Allah berfirman:




(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia  An-Nur:26




Bagi sesiapa yang biasa mengikuti program-program atau usrah-usrah, saya yakin anda pasti sudah biasa dengan ayat ini. Maka untuk mendapatkan jodoh yang baik kita harus mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik dahulu. Ibadahnya bagaimana, akhlaknya bagaimana. Tapi awas, niat untuk menjadi yang terbaik itu bukanlah semata-mata untuk berjodoh dengan lelaki yang baik. Sebaliknya, letakkan redha Allah di tangga yang pertama. Jodoh itu, dapat atau tidak, perkara kedua. Tapi walau familiar manapun anda dengan ayat ini, malangnya masih ramai lagi yang belum lagi jelas dengannya. Juga ramai lagi yang tak faham dengan konsep penjagaan ikhtilat antara lelaki dan wanita maka disuruhnya kita cepat-cepat mempunyai teman lelaki atau cepat-cepat bawa calon suami untuk diperkenalkan kepada ahli keluarga -_-"


Sungguh, tidak terlintas pun di hati saya untuk menjadi 'tensen' dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini.. Ok tipu, sikit tu ada lah. Tapi golongan-golongan yang punyai pemikiran sebegini perlu didakwahi. Bagaimana? Dengan menjaga diri kita daripada mempunyai hubungan yang teman tapi mesra dengan lelaki-lelaki, dan yang paling penting, buktikan perkahwinan yang didasari atas dasar cinta kepada Allah adalah lebih sweet dan bahagia. Nanti bila dah kahwin dan dilihatnya toleransi dalam rumahtangga kita yang tak pernah dating masa mula-mula kenal dulu, mungkin dalam hati mereka mula meyakini perkahwinan tanpa dating sebenarnya lebih bahagia daripada yang berdating. Dan mereka pun tidak lagi mempengaruhi orang lain untuk mempunyai teman lelaki lagi dan maksiat pun berjaya dikurangkan dalam masyarakat yeay!


Walaubagaimanapun, saya masih lagi menghargai concern yang ditunjukkan oleh anda-anda yang gemar bertanya. Kalau ada yang risau, tak perlu risau sebab inshaAllah saya akan cuba berkahwin juga sebelum menginjak ke usia 27 tahun (ameen!) kerana ada satu kata-kata yang sering diulang-ulang oleh ayah saya di meja makan kepada saya dan kakak saya, tak lain dan tak bukan..




'Sesiapa yang tak kahwin sebelum 27 tahun, ayah burn sponsorship' 


Scary much? Well thats my dad. Huhu


'
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) Al-Israa: 32


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan  An-Nur: 30




IZ: Sudah masuk ke fasa kedua Ramadhan. Bagaimana agaknya momentum iman dan ibadah kita. Makin laju atau makin layu?









5 comments:

tunku aisyah said...

salam yan..
dah lame x jenguk blog yan..suke 'wajah baru' blog yan..:)

(p/s: kite senasib la yan ,,org pun duk tnya chah pasal jodoh..haha)

Kambenggurun said...

before 27 eh? amin :)

Izyan Zainuddin said...

Chah: Wslm.. hehe ye ke chah? tak lama lagi la tu :p


Cika: Huhu inshaAllah, mgkin pd usia 26 tahun 11 bln kot. Doakan :) Cika bila pulak? :p

syimiekitty said...

me 2...lg2 sbb kite ni amik profesional course

Izyan Zainuddin said...

Kan shima.. agaknya la kot. Huhu

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers