• Korea Selatan: Pandangan Sisi Dari Seorang Muslimah

    Written by Izyan Zainuddin  December 14, 2010   Comments »

    Syukur alhamdulillah, 4 hingga 11 Disember yang lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk melancong ke Korea Selatan. Pengalamannnya, memang tiada tandingan. Walaubagaimanapun, benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

  • Moist Banana cake

    Written by Izyan Zainuddin  May 26, 2011   Comments »

    Terbaru, saya sempat buat moist banana cake yang saya rasakan adalah satu kejayaan sebab dulu pernah juga saya buat kek pisang , tapi bila dah masak jadi macam bingka pulak :(Anyways, resepi ini sangat mudah. Kalau tak ada mixer, guna saja spatula untuk mengacau. Dan kalau tak ada oven, guna saja pengukus...

  • A Glimpse of Jalan TAR

    Written by Izyan Zainuddin  February 15, 2011   Comments »

    Saya selalu suka untuk 'bersightseeing'. Jadi, bila diajak untuk teman kakak saya beli tudung di Jalan TAR, sudah tentu saya tak menolak. Bukan nak beli barang sangat pun, tapi saja nak lihat keadaan di sana sebab dah lama sangat tak ke Jalan TAR, tambahan pula sekarang tengah cuti seminggu. Perfect timing, tak perlu pening dulu fikir pasal kelas dan klinik....

  • Kita Masih Belum Faham

    Written by Izyan Zainuddin  May 28, 2010   Comments »

    Kemenangan Rima Fakih dalam Miss USA baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Rima, seorang Arab-American telah dinobatan sebagai pemenang dalam pertandingan ratu cantik dan memewaskan puluhan yang lain. Tapi, kenapa kemenangan Rima mencetuskan kontroversi ya?

September 21, 2009

Bila membenci dan dibenci

| 0 comments
Sedih. Bila soal agama dan semangat kebangsaan kita semakin dicabar akhir-akhir ini, membuatkan saya terfikir apakah langkah terbaik bagi saya, seorang muslim dan seorang rakyat Malaysia untuk menghadapi permasalahan seperti ini. Isu ini adalah isu global, maka kita sebagai ahli masyarakat tidak dapat tidak, mesti bersedia menghadapi dan membincangkannya.



Di Indonesia, sentimen anti-Malaysia semakin memuncak sehingga wujudnya aktiviti 'sweeping Malaysia' yang giat dijalankan penduduk di sana. Terfikir juga saya, apakah mereka punya begitu banyak masa lapang untuk meng'sweep' rakyat Malaysia di sana. Ada baiknya mungkin sesi itu digantikan dengan berusaha mencari rezeki untuk keluarga masing-masing ataupun maningkatkan amal ibadah dan jariah memandangkan sesi ini mula dilakukan pada Ramadhan tempoh hari.



Kalau diikutkan, saya bukanlah seorang yang semangat patriotiknya begitu menebal sekali. Tak pernah pula saya mengikuti perarakan kemerdekaan di peringkat daerah apatah lagi di peringkat kebangsaan. Saya juga belum lagi berjuang bermati-matian mempertahankan negara. Cumanya, sebagai seorang yang dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan sebagai rakyat Malaysia, maka cukup wajarlah saya kira untuk melahirkan rasa kesal dan sedih atas sikap mereka ke atas negara kita.



Isu-isu yang ditimbulkan sebenarnya agak remeh untuk dibincangkan. Terbaru, mereka berang dengan isu tarian pendet masyarakat Bali yang dipaparkan dalam iklan mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Walaupun sudah dijelaskan oleh pihak Discovery Channel yang sebenarnya mereka tersilap dan tidak melakukan kajian menyeluruh sewaktu memproses iklan itu, kelihatan penduduk di sana masih belum berpuas hati.



Sebelum isu tarian pendet, banyak juga isu yang dibangkitkan mereka seperti kes Cik Puan Mano, kes penderaan amah, dan kebayakan isu mengenai budaya mereka yang katanya telah dicedok oleh Malaysia. Tentang kes Cik Puan Mano, saya tak tahu banyak mengenai hal itu memandangkan penyiasatan pun masih lagi berjalan sekarang. Tentang kes penderaan amah, saya kira seluruh Malaysia ini menentang sekeras-kerasnya penderaan yang dilakukan majikan ke atas amah tersebut. Kerana hakikatnya, amah itu telah pun dibela dan majikan itu pun telah dikenakan tindakan. Agak hairan ya, media di sana sibuk untuk memanjangkan isu amah yang didera tapi tak pula memaparkan usaha kita membanteras masalah-masalah dan membela amah-amah tersebut. Isu budaya yang dicedok? Sepatutnya itu bukanlah permasalahan pokok yang harus ditimbulkan. Kita berkongsi rumpun yang sama, kita seharusnya sedar pemisahan antara negara tidak dapat menjadi benteng pemisah berkembangnya sesuatu budaya. Orang Jawa dari kepulauan Jawa sebagai contoh, yang berhijrah ke Tanah Melayu sudah tentu membawa budaya mereka bersama-sama mereka. Kita akui budaya itu dari kaum-kaum tertentu, tapi tidak semestinya dari negara itu kerana budaya dari sesuatu kaum itu bisa tersebar merentasi negara dan benua.



Apa yang lebih menghairankan, kebencian orang di sana terhadap kita secara tiba-tiba meletus. Seumpama ada sesuatu yang menghasut mereka untuk membenci kita setelah apa yang kita lakukan untuk membantu membangunkan ekonomi mereka. Yang lebih menyedihkan, muslim sesama muslim antara dua negara ini pun mula bercakaran dan saling membenci. Banyak blog yang dicipta untuk mengutuk, tak kurang juga groups yang wujud di facebook untuk menyemarakkan lagi api kebencian sesama kita. Dalam Al-Quran, Allah berfirman:



Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Al-Hujurat:10



Alangkah indahnya dunia jika semua muslim di dunia berpegang dengan ayat ini. Sudah pasti aktiviti sweeeping Malaysia, membakar bendera Malaysia dan membuat demonstrasi di depan kedutaan Malaysia tidak akan terjadi. Malangnya, semangat kebangsaan mereka seolah-olah dimanipulasi untuk melebihi semangat cintakan agama dan sesama saudara muslim.



Saya tidak mengatakan Indonesia salah. Saya juga tidak mengatakan Malaysia di pihak yang betul. Tapi satu perkara yang saya benar-benar pasti, perasaan benci membenci ini tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sebaliknya kita haruslah bersatu, bersedia menentang musuh-musuh Islam yang tidak pernah berhenti menjatuhkan deen ini. Di Eropah sebagai contoh, lihatlah betapa banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh saudara kita di sana. Larangan memakai hijab, larangan membina masjid, dan terbaru adalah agenda mereka melancarkan 'stop Islamization of Europe' betul-betul menyesakkan nafas saudara kita di sana. Dan kita di sini masih berkelahi atas isu perebutan tarian?



Mungkin sudah sampai masanya kita menjadi dewasa, sedewasanya umur negara kita yang 52 tahun ini. Api yang dimarakkan mereka, bukan api balasannya dari kita. Tapi alhamdulillah, student Malaysia di sana dengarnya tak cepat melatah dengan kerenah penduduk di sana. Baguslah. Yang tak bestnya, bila agaknya dapat ke Indonesia lagi; makan ikan gurami, pisang salai, jus sirsak (betul ke eja ni?), shopping busana muslimah yang murah-murah.. aish~






IZ: Maaf andai ada yang tak setuju dgn pendapat di atas. I seek Allah's forgiveness for every incorrect things I said, for Allah is the one who is perfect among all. Peace!
Read More

September 13, 2009

Genting trip

| 3 comments
Huh. Mesti pelik kan baca tajuk ni. Biar betul. Genting trip? Dalam bulan Ramadhan pulak tu.. Hehe hold on.Its not like what you think. Ceritanya macam ni. Semalam saya dan Kas (my classmate) baru je pergi genting. Tapi tujuan ke sana bukan lah nak naik rides kat sana atau nak enjoy atau yang sewaktu dengannya. Tujuannya saya hanya temankan Kas ke sana jumpa adiknya yang kerja dekat-dekat genting tu. Adiknya dari Sabah, kerja sementara di restoran makanan segera, while waiting for his admission to poli this November.



Jadi dalam pukul 9 pagi lebih tu kami pun bertolak dari Kolej 1 di UM ni. Fikir punya fikir, rasanya cara terbaik nak ke sana adalah dengan menaiki train sampai ke KL sentral. Dari KL sentral pulak, kami akan terus naik bas sampai ke genting. Ok, sounds brilliant. Sampai KL sentral, terus kami cari kaunter tiket ke genting. Aisey, tak jumpa pulak. With that, terpaksalah tanya orang kat mana kaunter tiket ke genting. To be honest, rasanya memang nampak muka terkejut abang tu kami tanya kaunter tiket ke genting kat mana. Huhu. Ye lah, ni kan bulan Ramadhan.. siapa la yang nak pergi genting time ni. Plus, Kas was wearing very decent clothes which was just not suitable to take on roller-coaster or whatsoever rides kat genting tu. Lantak la.. pandangan Allah tu lebih penting pada kami daripada pandangan orang lain. Lebih-lebih lagi pandangan abang tu.



Shoot. Ingatkan bila kaunter dah jumpa, that would solve the problem. Tapi bas ke ke genting pulak pukul 1. And it was just 10.15 am at that time. So, we tried to sort the problem out. Tak nak lah tunggu sampai pukul 1, lama sangat tu. Ting! Tiba-tiba datang idea to take a bus from Terminal Putra and to our relief, the bus will only depart at 12. Okay la kan, an hour earlier. Kami pun teruskan perjalanan menaiki train ke Terminal Putra pulak.


Sampai kat situ, beratur pulak beli tiket bas. Then ada sorang pakcik ni keep on buggering us, suruh naik teksi dia, for RM 20. Siapala yang nak naik teksi dia when we can go there for only rm 7.60 by bus. So.. sorry to disappoint you, uncle!


Dengan berbekalkan suratkhabar dan sebuah majalah (bukan majalah hiburan ye), kami pun duduk tunggu bas which was going to arrive in 50 minutes time ( eheh seseungguhnya notes patho yang dibawa rupa-rupanya hanya menjadi pemberat beg je..huhu). Not to mention that there were a bunch of philipino there who were speaking so loud that made me wonder whether was I in the pangako sa yo drama that time.


Nasib baik bas sampai cepat. Tapi bila nak naik tu, baru perasan. I lost my ticket! Great, just great. Then I had to que one more time and buy another one. It was okay if I had to buy the ticket as the ticket was lost because of my carelessness. But as soon as I realized that the pakcik was still there (the one who kept on asking me n Kas to take on his taxi) I just knew that he would laugh at me and would go like.. 'tu lah.. tadi suh naik taxi taknak.. kan dah hilang tiket'


Dengan cuba memekakkan telinga, saya pun beratur la. Tiba-tiba ada suara. 'Eh dik, tadi kan dah beli tiket?' Hah. I knew it! Pakcik tu mesti nak gelakkan. Huu.. Selepas banyak kali jugakla pakcik tu tanya, baru la saya jawab, dengan suara yang paling perlahan, bersedia nak menerima ejekan pakcik. Suddenly, 'Eh, tercicir? Kejap eh'. Then pakcik tu pergi dan datang balik, WITH TICKET in his grip!! Tercicir depan kaunter katanya. Astaghfirullah.. betapa saya dah buruk sangka kat pakcik tu. May Allah and that pakcik forgive me.. :(


And after that, the journey was smooth and sound. Sampai genting, terus naik cable car sampai atas. It was pretty hazy but we enjoyed it, tambah pulak dengan suasana sejuk kat genting tu. Akhirnya, dapat jugak Kas jumpa adik dia. Alhamdulillah.. :)


With so many things happened along the way, we were just too tired to take the train once again and went back to UM. Instead, I decided to straight away went home and of course invited Kas to come along, perform my zuhr prayer there and just have a rest as my house is kind of near to Terminal Putra.


So, yup, that's it. A half day journey, with a very precious lesson I learn. Never ever suu uzzhan!





IZ: Terjumpa an arabic family, one of them wearing headscarf.. tengah makan dengan bahagianya di KFC, pd waktu tengah hari dan obviously, di bulan Ramadhan. Tried to be husnuzzhan, but couldnt find the answer.. hmm can anyone help me with it?





Read More

September 9, 2009

Mari bersyukur.

| 0 comments
Sudah sampai masanya kita bersyukur. Ya, bersyukur dengan benar-benar bersyukur dan berterima kasih, lebih dari sekadar ucapan alhamdulillah. Kadang-kadang bila lepas sendawa yang bau durian tu.. baru dengar ucapan alhamdulillah. Itupun diucapkan tanpa sebarang perasaan yang benar-benar terdetik dihati, yang mensyukuri nikmat yang dikurniakan. Ia umpama satu ritual. Bila sendawa, mesti cakap alhamdulillah, tapi sayangnya bibir yang bergerak itu tidak selaras dengan perasaan syukur dalam hati.


Soal bersyukur dengan rezeki is one thing, but one thing that is very common among us in this world is the feeling of thankful of what we are today.


How I wish I am smarter

How I wish I am prettier

How I wish I am I richer

How I wish I could trade places with her

How I wish oh how I wish


Sounds familiar to u? It sounds familiar to me. Well not really all of them, but hmm yeah, some of them. But alhamdulillah, I did not get carried away by it. Somehow Allah made me realize that those things are nothing. Allah made me realize that He had actually created me in the very best manner that I should never ever ask for more. When sometimes I feel like I should have been given better life than anyone else, reading this verse in the Quran is just enough to take me back down to earth and really be thankful to Him.



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat". SQ 14:7




See! Its a promise! And moreover its not a promise from your friend who always said that she's gonna be meeting you in half an hour's time but turns up 3 hours later, but its a promise from Allah, the One who created us and all the creatures in this world. And as a muslim, we must believe that Allah does not break His promise. It is either we are patient enough to wait for more of his nikmat to come.


It is weird though that some people tend to forget Allah when He already showered them with all the nice things in this world. Dan pelik juga bila ada orang yang hanya rajin ingat Allah bila nak exam atau bila berada dalam kesusahan. Atau pun dah tak pelik dah since this thing is so very common in our society. The question now is, adakah Allah itu hanya wujud bilamana kita dalam kesusahan? Dimana pula Allah bilamana kita diberi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan, dinaikkan pangkat dalam pekerjaan atau tiba-tiba diberi durian runtuh oleh majikan?


One thing we need to realize is, Allah is everywhere people. Yup, EVERYWHERE! And that means He is with you all the time. So why should we left Him out whenever we get what we want and only start seeking Him when we need something from Him? Seumpamanya kita menganggap Allah itu sekejap ada, sekejap tak ada.


And one more thing. When I keep thinking why and why I did not get what the others get. I found the answer.


If I was created as the smartest person in this world today, I would probably travelling all around the world, forcing people to admire me for creating/ finding new things with the high IQ level I have-na'udzubillah. Riak, ujub di situ.


If I was created as the prettiest girl in this world, I would have been busy attending photo shoots or maybe doing catwalking today-na'udzubillah. Pendedahan aurat, maksiat di situ.


If my pocket is full of money until it becomes as thick as a dictionary, I would probably buying things according to my nafsu without even thinking the relevance of buying them all-na'udzubillah. Shaitan's good friend I must say.


And most importantly, if I really get what I want to get, I will never ever be me today.


I'm not saying that me today is a perfect person with nice heart In fact, im FAR from perfect.. I make mistakes too u see, but what I want to stress out here is that it is okay if we dont get what we want because Allah has the reason for arranging our lives in such a way. It is just enough for us to be blessed with nikmat iman dan islam, because with those two, we can face whatever obstacles that are about to come. Chill.. Dont worry about what people may think of you because of how imperfect you are in their eyes, but instead lets just worry about how imperfect you are going to be seen by Allah if you have all the things in the world with you today. Dengan itu, marilah bersyukur ya. Setakat ini dulu. Wallahu'alam


The nikmat given by Allah to me that I am very very thankful for it. Can never trade it with anything.
p/s: ade sorang lagi abang sbnrnye, tp die x dpt cuti utk join kami makan angin time ni.. sian die..

Read More

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers