August 1, 2011

Ramadhan dan Membina Syukur

Bismillah

Alhamdulillah. Seribu kali syukur kerana sekali lagi kita berjaya ditemukan lagi dengan Ramadhan 1432 H. Subhanallah, tidakkah Allah itu Maha Pengasih sifatNya, masih lagi memberikan kita peluang demi peluang untuk merebut ganjaran di bulan yang mulia ini? Sungguh, rugilah orang-orang yang mensia-siakan kedatangan bulan yang pernuh barakah ini dengan bersifat sambil lewa dalam beribadah, malah kalah dengan godaan nafsu.


Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Kini Ramadhan sudah menjengah, sebaiknya kita utarakan sedikit persoalan kepada diri, apakah perasaan kita ketika datangnya Ramadhan. Rindu kah? Terujakah? Terbeban kah sebab dah tak boleh makan-makan di waktu siang lagi, atau biasa-biasa saja, tiada apa-apa perasaan? Mari sama-sama muhasabah kembali.

Sewajarnya kita sambut Ramadhan ini dengan perasaan teruja. Teruja bukan kerana pada bulan inilah berlakunya pesta makanan dan promosi jualan murah, tapi teruja dengan promosi-promosi yang ditawarkan Allah.



Daripada Ibn Umar, bahawa Rasulullah saw bersabda;

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.
( Hadith riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim)



Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa)



Ramai yang tidak sedar yang tinggal dan berpuasa di Malaysia adalah satu nikmat dan rahmat. Pernahkah agaknya terlintas di benak fikiran kita ini untuk berpuasa sehingga 16 ke 20 jam sehari? Tentu tidak, bukan. Puasa dari 5.30 pagi ke 7.30 malam pun dikira lama, apatah lagi sehingga 20 jam.Tapi itulah yang perlu di hadapi oleh saudara-saudara kita di negara-negara yang mengalami musim panas sekarang, yang mengalami waktu siang yang panjang. Atau pernahkah kita terfikir untuk berpuasa dalam keadaan kemarau, ditambah pula dengan masalah kebuluran dan malnutrisi. Tapi bayangkan, itulah yang terpaksa dilalui oleh saudara seagama kita di Somalia dan beberapa negara Afrika Selatan yang lain!

Justeru, dengan kedatangan Ramadhan kali ini, mari sama-sama kita tanamkan sifat syukur yang sangat mendalam dalam diri kita dengan segala nikmat yang dikurniakanNya. Sekiranya saudara kita yang dalam kedhaifan masih lagi cemerlang imannya, punyai graf iman yang seringkali konsisten, mengapa tidak kita yang ada hampir segalanya beribadah seperti mereka, atau sepatutnya, lebih baik daripada mereka memandangkan 'blessings' yang diberikan kepada kita?

Ayuh, mari sama-sama gunakan kesempatan yang diberikan Allah kepada kita ini untuk beribadah dengan sehabis baik! Andai ini Ramadhan terakhir kita, mahukah kita untuk sambil lewa meraikannya?


Till then, Ramadhan Kareem!






IZ: Ingatan untuk diri juga. Mari bersyukur dan mengingati mereka yang dalam kedhaifan. Ramadhan ialah pesta ibadah, bukan pesta makanan ya


2 comments:

Anonymous said...

Ramadhan ialah pesta ibadah, bukan pesta makanan ya :o) CUTE!

tHANks for sharing izyan :)
i.allah

Izyan Zainuddin said...

:)

About Me

25. Aim to live with the principle of to love for others what I love for my self. A dentist by profession. A Muslim by religion. A Dai'yah by action ( well at least that's what I hope I am) My writings are usually of reflections on matters happening around me.

Recent Posts

Followers